Uncategorized

“Mereka mestilah menerima pembalasannya” Kerana Satu Gambar, Afdlin Shauki Tarik Balik Dari Pertahankan Crackhouse

Sejak kebelakangan ini nama pelakon, pengarah filem dan pelawak Dato’ Afdlin Shauki menjadi bualan ramai apabila meluahkan bantahannya terhadap penutupan Kelab Komedi Crackhouse.

Afdlin tampil dalam program The Amin Idris Show di Facebook dan Youtube semalam bagi menjawab segala persoalan yang diutarakan kepadanya selain memperjelaskan hal sebenar kepada ramai.

Dalam program tersebut, Afdlin menjawab pertanyaan Amin mengenai tuduhan ramai selebriti itu mempunyai sebarang kepentingan atau ‘share’ dalam kelab komedi berkenaan.

Jelas Afdlin, dia tidak pernah mempunyai ‘share’ satu sen pun, sebaliknya kasihan dengan nasib mereka yang mencari rezeki di situ.

“Saya tiada share satu sen dalam kelab ini. Pendirian saya sebagai NGO, nasib adik-adik yang cari rezeki ini bagaimana? Saya tak buat show pun kat situ.

“Saya memandang mengenai periuk nasi orang lain. Tak semestinya mengenai industri komedi sahaja. Kalau ada orang susah yang perlukan bantuan, saya akan bantu,” katanya.

Afdlin Shauki Tarik Balik Dari Pertahankan Crackhouse

Dalam posting terkini, Afdlin menarik balik sokongan terhadap Crackhouse kerana tindak tanduk mereka buat dia sendiri rasa jijik

“Berdasarkan info-info yang terkini yang telah di beri kepada saya oleh rakan-rakan dan seperti mana yang saya terangkan semalam di live bersama Amin Idris, saya dengan sekeras-kerasnya terus mengecam apa-apa perbuatan menghina agama di pentas lawak.

“Walaupun hanya segelintir, jika ianya berterusan akan menjadi barah. Perbuatan-perbuatan seperti di atas yang di banggakan membuat saya rasa jijik dan saya tak boleh lagi memberi sokongan kepada crackhouse comedy club! walaupun sokongan saya sebelum ni hanya bertujuan untuk kesinambungan rezeki pelawak-pelawak yang kebanyakkan nya mempunyai lawak yg berkualiti dan tak menghina sesiapa.

“Sekarang ni nasihat saya pada pelawak-pelawak stendap cari dahulu tempat alternatif untuk mencari rezeki pasal benda ni takkan settel awal dan seharusnya kita biarkan pihak berkuasa buat kerja mereka dan jika mereka di sabit kesalahan, mereka mestilah menerima pembalasannya. Abang mendoakan agar adik-adik pelawak yang terkesan sentiasa di lindungi sewaktu dugaan ini dan rezeki korang terus murah.

“Kita hanya boleh berjuang berdasarkan informasi yang di terima dan pada ketika ini, informasi ni membuat abg tak boleh lagi menyokong agar crackhouse terus di buka.

“Sekian.

Berikut pula pertemuan di antara saudara Aemierulrizaki Rambli dengan Afdlin Shauki

“BERTEMU AFDLIN SHAUKI

“Beberapa posting saya mengkritik Afdlin Shauki telah membawa kepada pertemuan ini. Saya hadir kerana Afdlin mahu menjelaskan beberapa perkara yang dia rasa tak betul dan tidak mahu timbul fitnah dari pihak saya.

“Pertemuan malam ini saya menjelaskan tentang pandangan saya yang tidak setuju dan mengecam keras berkaitan isu Crackhouse Comedy Club KL yang mempersembahkan pelawak sampah yang membuka baju, tudung dan menghina Islam.

“Bagi pihak Afdlin, dia menjelaskan bahawa tidak ada sedikitpun dia mahu membela perempuan pelawak sampah tersebut. Dia hanya mahu mempertahankan Crackhouse (Kelab Komidi) tersebut yang baginya adalah tempat untuk orang baru mengasah bakat untuk menjadi stand-up comidian. Kami berbincang panjang mengenai bakat-bakat baru yang mahu masuk ke gelanggang pelawak dan masa depan mereka.

“Namun jelas semua itu adalah sebelum Adlin tahu bukan hanya ada satu video yang menghina agama berlaku dalam kelab tersebut. Setelah mengetahui ada banyak persembahan sebegitu, dia tidak setuju dan minta pihak berkuasa untuk ambil tidakan kepada pelawak yang menjadikan agama, bangsa dan perkara perkara sensetif sebagai bahan lawak.

“Setakat malam ini saya telah menjelaskan pendirian saya dan dia telah menjelaskan pendiriannya. Secara umum kami sepakat bahawa sebarang tindakan tak kiralah lawak, lakonan atau apa sahaja yang menjadikan agama, bangsa dan negara sebagai bahan mendapatkan publisiti murahan hendaklah dihentikan.

“Berkenaan dengan politik pula kami sepakat menjadi ahli-ahli parlimen sebagai contoh dimana mereka berperang di dalam dewan dan kemudiannya masa rehat minum di cafe dan bersembang tentang perkara-perkara lain

“Namun begitu saya masih belum selesai. Saya akan terus melawan hingga mereka yang bertanggungjawab dihukum.

“Terima kasih Abang @afdlin shauki belanja minum malam ini. Moga kita jumpa lain kali.

Terdahulu Pelawak berusia 51 tahun itu mendedahkan dirinya pernah memasuki ke kelab komediri tersebut sebanyak dua kali. Afdlin berkata, dia menjejakkan kaki ke situ adalah bagi menemani usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri untuk melakukan komediri dan kali keduanya menonton persembahan kawan-kawan yang lain.

“Kali pertama saya bawa Datuk Seri Aliff Syukri untuk buat stand up. Dan sekali lagi untuk menonton satu show kawan-kawan.”ujarnya kepada penceramah bebas, Amin Idris.

Malah, dia juga mendapati konten yang diketengahkan oleh para komediri di kelab berkenaan tidak keterlaluan sehingga menghina sesuatu agama atau bangsa semasa dia berkunjung ke situ.

Dalam masa yang sama, Afdlin mengatakan Crackhouse merupakan restoran komedi yang dibuka terlebih dulu daripadanya dan ia menjadi tempat kepada ramai untuk belajar melakukan komedi.

“Saya bercakap mengenai Crackhouse kerana saya dulu ada restoran komedi yang halal di sebuah kompleks membeli belah. Ia untuk keluarga dan halal tanpa alkohol.

“Crackhouse dibuka terlebih dulu dari saya. Itu tempat pelajar-pelajar buat komedi dan bisnes komedi bukan mudah. Ia tempat adik-adik yang cari rezeki,” katanya.

Dikesempatan itu, Afdlin bersetuju sekiranya ‘pelawak’ dan pengasas bersama kelab tersebut iaitu Rizal Van Geyzel dikenakan tindakan disebabkan kontennya yang keterlaluan sehingga mencetuskan isu perkauman.

Menurut Afdlin, sekiranya dia didapati bersalah, adalah layak sekiranya hal tersebut diserahkan kepada pihak mahkamah untuk menjatuhkan hukuman.

“Jika mereka salah humban dalam jel. Saya tak tahu menahu tentang konten dia. Dia pernah dulu bekerja dengan saya semasa zaman program A Ha!

“Masa itu dia baru bermula. Tapi saya tak tahu bila masa dia buka kelab ini. Saya cakap satu benda sahaja. Kepada pelawak-pelawak, kau buat, kau berani tanggung.

“Pada saya apabila saya dapat informasi, saya rasa tak adil dikata tempat itu orang menghina Islam. Yang ditonjolkan satu dua sahaja. Yang beratus lagi konten yang baik bagaimana?,” katanya.

Tambah pemilik nama Afdlin Shauki Aksan, sekiranya dia mengetahui awal mengenai hal sebenar, pasti dia tidak akan berada di posisi yang sama pada masa ini.

Sumber: Youtube THE AMIN IDRIS SHOW

Kredit trendingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.