“Haihh apa la nasib hang” kecewa ditipv, Ali Puteh tak dapat sebarang bayaran - Menujukebenaran
Uncategorized

“Haihh apa la nasib hang” kecewa ditipv, Ali Puteh tak dapat sebarang bayaran

Pelawak, pelakon dan pengacara Ali Puteh enggan namanya dikaitkan lagi dengan sebuah syarikat pembekal ayam selepas menjadi duta selama tiga bulan lalu.

Menurut laporan Utusan Online, pelawak berusia 33 tahun itu tidak mahu terbabit dengan penlpuan syarikat tersebut terutamanya soal bekalan ayam kepada peniaga dan pembeli.

“Saya tidak mahu ada pihak yang berdepan dengan masalah apabila berurusan dengan syarikat pembekal itu selepas beberapa isu timbul.

“Terus-terang saya juga kcewa dengan apa yang terjadi apabila perjanjian antara saya dengan syarikat itu tidak berjalan seperti yang sepatutnya,” katanya.

Ali berkata, dia sanggup melepaskan beberapa tawaran lain bernilai puluhan ribu demi memberi fokus dan komitmen sebagai duta tetapi kesal kerana tidak menerima sebarang bayaran seperti dijanjikan.

“Saya terima tawaran kerana diperkenalkan orang seorang kawan yang memang saya kenal dan peluang perniagaan turut ditawarkan bagi saya.

“Saya melihat ia sebagai satu peluang terbaik untuk menjana pendapatan lebih stabil tapi perkara lain yang timbul,” ujarnya.

Walaupun mempunyai kontrak sah dan beberapa kali cuba mendapatkan penjelasan, dia menganggap semua yang berlaku ada hikmahnya.

“Sedih sebab saya lepaskan banyak tawaran lain untuk fokus pada peluang ini dan saya ada tanggungjawab serta tanggungan.

“Saya terima dan saya percaya ada hikmah cuma saya perlu tampil untuk membuat penjelasan berhubung hal ini.

“Saya enggan masalah timbul dan nama saya terkait apabila syarikat ini membuat urus niaga. Saya tidak mahu ada pihak lain jadi mangsa,” kongsinya lagi.

Menerusi laporan media sebelum ini, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan itu nafi menjalankan perniagaan bahan mentah itu untuk membayar saman ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali.

Sebelum ini, “Saya baru sahaja menjalin usahasama sebagai duta untuk jenama Red Grocer. Dalam masa yang sama turut menggalas tugas sebagai rakan kongsi.

Saya tahu, akan ada yang cakap kini mula berniaga sebab nak bayar duit itu tetapi bila fikir-fikir semula, netizen memang akan sentiasa bercakap pun.

“Saya memilih untuk senyum sahaja berkata terima kasih. Saya nak fokus pada kerja dan perniagaan ini saja. Saya tak kerja untuk bayar duit itu, tidak ada kaitan. Fokus berniaga ini lebih kepada fardu kifayah,”katanya.

Ali berkata demikian semasa ditemui di majlis perasmian dan pelantikannya sebagai duta di kilang Red Grocer di sini, baru-baru ini.

Selain itu, berkongsi mengenai bidang baru yang diterokainya itu, kata Ali, ia juga bukan penamat kepada perjalanan kerjaya seninya.

“Saya ini berpegang kepada pendirian untuk terus maju ke depan dalam apa sahaja yang saya lakukan. Begitu juga bila sebut tentang industri. Berniaga bukan bermakna saya akan mematikan kerja-kerja seni saya,”katanya.

“Jika masih diberi peluang untuk bermain di gelanggang seni, saya akan bermain. Saya dengan Mamak pun tak pernah membubarkan kumpulan Puteh.

“Hal ini sudah dibincangkan awal-awal. Kalau membabitkan kerja-kerja untuk Kumpulan Puteh, kami akan bergerak sama. Kalau untuk kerjaya solo, masing-masing akan menghormati jalan masing-masing,”katanya.

Untuk info, pada 18 Februari 2022, mahkamah telah memerintahkan Ali untuk membayar kos sebanyak RM60,000 kepada bekas kakak iparnya itu akibat mengeluarkan kata-kata aib di Instagramnya pada dua tahun lalu.

Ali pada masa yang sama memaklumkan akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat.

Sumber utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button