Gelagat Johan Di Stadium JDT Sabah Dpt Perhatian Netizen Tapi Sesuatu Terjadi Di Stadium Selepas Itu

Sebut sahaja nama Johan pastinya ramai yang dapat bayangkan suara dan lawaknya. Seorang pelawak yang cukup dihormati ramai kerana keperibadiannya, kehadiran Johan di mana juga pastinya mencuri perhatian.
Bagaimanapun, baru-baru ini perkongsian video memaparkan kehadiran Johan di stadium bola sepak telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Menerusi rakaman pertama dipaparkan Johan berada di tempat duduk penonton dan nampak sangat bersemangat.
@shidapunya sabah ni boss biar tewas2-1 tetap semangat c johan lawakspontan…#fyp #sabahfc#shidashafie #shishasmiley ♬ Ole Ole Ole – Football Crazy
Manakala satu lagi perkongsian rakaman dipaparkan Johan membuat ‘ombak’ bersama penonton lain. Berikut adalah perkongsian rakaman gelagat Johan di stadium bola sepak yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun siichiuuu ini:
@siichiuuu Johan penat wave fans sabah buat berputar tak henti #fyp #sabahfc #jdt ♬ original sound – _Mazi Lurizas
Difahamkan semalam telah berlangsungnya acara perlawanan JDT bertemu pasukan bola Sabah. Kedua-dua rakaman ini meraih lebih 200 ribu tontonan dan ratusan likes. Apa-apa pun gelagat kelakar dan sempoi Johan ini telah menerima pujian ramai.
Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini seperti berikut:
“Sejak Johan dah tak jadi DJ radio..Free memanjang”

“Relex2 suda la kan..Terima kelemahan kita..Esok2 kita upgred lagi percaturan”
“Johan uiii mak jemah..Datang jugak dia”
“Johan tak pernah tak lawak”
“Tapi sayang..Dia datang tak ngam taiming..Ngam2 gaduh2 plak sana hahaha bikin malu tu yang buat hal tu”
Artikel berkaitan
Liga Super: Penyokong Sabah koyak?
Perlawanan Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sabah FC di Stadium Likas, malam tadi dicemari dengan insiden balingan botol dan cemuhan.
Kejadian berlaku selepas pasukan JDT berjaya meledakkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan tersebut.
Menerusi video yang tular di media sosial, seorang lelaki dipercayai penyokong pasukan Sabah FC bertindak menarik turun bendera Johor dengan kasar sehingga menimbulkan rasa kurang senang penyokong skuad JDT.
Video yang dikongsi @cacingturki1 berdurasi 20 saat itu jelas memaparkan ketegangan antara penyokong kedua-dua pasukan namun tiada pergaduhan berlaku.
Kejayaan JDT meledak gol menerusi sepakan percuma penyerang JDT, Fernando Martin Forestieri turut dicemari insiden balingan botol oleh penyokong Sabah FC yang tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil memberikan sepakan percuma.
“Saya ini pun orang Sabah, apa benda mahu baling-baling botol, kalah menang, kita santai-santai sahaja,” kata user1234.
Sementara itu, @Kcung Real berkata, tindakan mencabut bendera itu tidak akan membuat Sabah menang dan hanya memalukan sahaja.
“Tengok bola, sokong betul-betul, kalah menang itu adat bertanding, dah kalah jangan koyak,” @imawariey
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Sumber:HCL