Di Tampar Sebab Salam Tak Pandang Muka, Ini Kenyataan Pihak P0lis. Rupanya Mgsa Bukan Calang2 Pegawai

Tular satu video memaparkan seorang lelaki bertindak menampar belakang kepala seorang jemaah selepas selesai menunaikan solat di Masjid An-Nur, Pangkalan Tentera Laut Diraja (TLDM) Lumut, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mangsa berusia 30-an kemudian tampil membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
“Mangsa yang juga anggota TLDM telah bersalaman dengan suspek yang tidak dikenali sebelum ditampar di belakang kepala sehingga terkena telinga sebelah kanan.
“Disebabkan tamparan itu, mangsa mengalami sakit di bahagian belakang kepala dan telinga,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.
Nor Omar berkata, hasil siasatan awal mendapati berpunca kerana mangsa didakwa tidak memandang muka suspek ketika bersalaman menyebabkan suspek berang.
“Suspek beranggapan bahawa mangsa bersikap kurang ajar dengan suspek,” ujarnya.

Tambah beliau, kedua-dua pihak telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung untuk dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
“Namun begitu, mangsa tidak mahu meneruskan siasatan dan menarik semula laporan polis sekali gus diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA),” katanya.
Terdahulu, tular rakaman berdurasi 37 saat memaparkan suspek memakai baju hijau secara tiba-tiba menampar belakang kepala mangsa yang berbaju oren ketika bersalaman selepas solat berjemaah.
Antara komen wargamaya:
Kenapa tarik balik. Tp padangn saya baju oren tengok skjp je wajah baju hijau.Orang x betul agaknya
kenapa la sombong bongkak camtu tunjuk perangai burok kat rumah Allah pula tu patutnya orang tua tunjuk contoh yang baik tegur anak muda dengan cara sopan dah terikut dengan perangai masa bertugas la tu
Adap bersalam Bro ,aku Penh kena tegur ngan 1 org brother ,dia kata kalau salam orang adap dia pandang muka org tu , jadi ada betul apa yang brother tu tegur aku ,semoga yang kena Tampau tu lepas ni tau adap bersalaman dengan org
baru sudah solat dah perangai macam hantu wahai sipolan manusia baju hijau tlg bgtau rmh dimana aku nk jumpa mungkin mak pak hg dulu hati batu la aku nk ajaq hg pulak bgi jadi hati air klau hebat tlg jwb dlm fb ni biar kita jumpa
Sumber: Facebook Polis Daerah Manjung & Perak Press
Kredit: trendingsangat
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: