Uncategorized

Kenapa lambat hebah kehilangan Zalina? Ini penjelasan pihak p0lis

SHAH ALAM: Bekas personaliti TV3, Zalina Azman, tiada melakukan pergerakan ke luar negara ataupun menerima rawatan perubatan di mana-mana hospital, malah nombor telefon juga tidak aktif sejak dilaporkan hilang pada November tahun lalu.

Itu antara hasil siasatan diperoleh polis yang melakukan pelbagai usaha untuk mengesan Zalina atau turut dikenali sebagai Zally, termasuk saling bertukar maklumat dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Kementerian Kesihatan (KKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan syarikat telekomunikasi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pertukaran maklumat itu mengambil masa dan membabitkan proses tertentu untuk mendapatkan keputusannya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa sebelum pertukaran maklumat dilakukan, polis sudah memulakan siasatan sebaik saja menerima laporan kehilangan mangsa daripada anak lelakinya, Mikhael Norman, 33, pada 29 November tahun lalu.

Pertukaran maklumat dengan beberapa agensi seperti Imigresen, KKM, SSM dan syarikat telekomunikasi sudah dilakukan.

“Antaranya, hasil siasatan mendapati tiada pergerakan ke luar negara oleh mangsa (Zalina), malah tiada rawatan perubatan diterimanya di mana-mana hospital dan nombor telefon mangsa juga tidak aktif sejak dilaporkan hilang.

“Justeru selepas usaha berkenaan (mencari Zalina) tidak membuahkan hasil, pihak polis bertindak mengeluarkan hebahan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Iqbal memaklumkan, hebahan orang hilang kepada umum adalah langkah terakhir dalam usaha menjalankan siasatan kes orang hilang.

“Polis tidak melambatkan hebahan, sebaliknya kita mengambil masa untuk membuat semakan dengan beberapa agensi berkaitan dalam usaha mengesan mangsa.

“Ia adalah perkara biasa dalam siasatan kes orang hilang, dan hebahan ini juga membolehkan orang awam menyalurkan maklumat.

Usaha mengesan mangsa memang ada dijalankan selama ini, cuma kita melipatgandakan lagi usaha berkenaan,” katanya.

Penjelasan diberikan Mohd Iqbal itu sekali gus menjawab persoalan ramai mengapa polis mengambil masa hingga lapan bulan sejak kehilangan mangsa sebelum membuat hebahan umum.

Media sebelum ini melaporkan polis giat mencari Zalina yang dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bahawa bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke hospital.

 

Kehil4ngan Zalina Azman Masih Kekal Misteri. Berikut 6 Info Menarik Bekas Pembaca Berita Wanita Yang Hilang

 

DI mana bekas pembaca berita era 90-an, Zalina Azman? Pembaca sebuah stesen televisyen swasta itu dilaporkan hilang sejak November 2021.

Cantik, bijak dan elegan, demikian menggambarkan personaliti Zalina Azman. Karisma dan tutur katanya dalam menjalankan tugasan di depan lensa menjadi inspirasi golongan wanita.

Baca juga: Di mana Jude Angel? Bayi 18 bulan hilang di Beaufort, Sabah belum ditemui

Baca juga: “Mengapa perlu terancam dengan wanita lain? Semua wanita hebat”- Marini

Berita kehilangan Zalina menjadi bualan ramai. Berikut enam fakta mengenai wanita itu;


Zalina bergandingan bersama Puan Sri Normala Samsudin menyampaikan Buletin Utama pada tahun 1996 (Kredit foto: Youtube MAG 2001 MAG Studio Network)

1-Memiliki Sarjana Kewartawanan, Zalina mula bekerja di stesen televisyen TV3 sejak tahun 1990.

2-Pasti ramai yang merindui suara dan kepetahan bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman, 58 menyampaikan berita berbahasa Melayu dan Inggeris.

3-Kewibawaan Zalina Shaharah Azman ketika menyampaikan berita dan mengacarakan program Money Matters sememangnya tidak dapat disangkal.

4-Zalina pernah diberi jolokan ‘hos wanita paling glamour’ dan pernah menemuramah personaliti antarabangsa seperti bekas Perdana Menteri Afrika Selatan, Nelson Mandela.

5-Beliau turut berpeluang menemuramah bintang popular Hollywood, iaitu selebriti Beyonce Knowles dan Britney Spears.

6-Selepas bersara, Zalina menulis beberapa buah buku. Antara karyanya ialah Mystical Mangla dan V for Vintage.

Mula bertugas di TV3 pada tahun 1990, Zalina memiliki Sarjana Kewartawanan. (Kredit foto: Youtube MAG 2001 MAG Studio Network)
Bagaimanapun kini, Zalina dikhabarkan hilang jejak. Beliau dilaporkan hilang sejak November 2021 dan masih tidak dapat dijumpai walaupun segala usaha mencari telah dilakukan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd lqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan daripada anak Zalina, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan ibunya pada 29 Nov tahun lepas.

ZALINA DILAPORKAN HILANG CUBA DIHUBUNGI MIKHAEL SEJAK 24 NOV 2021 BAGI MEMAKLUMKAN DATUKNYA DIMASUKKAN KE HOSPITAL. NAMUN USAHA DILAKUKAN MENEMUI JALAN BUNTU.

“Pada 29 Nov 2021, Mikhael dan pak ciknya sampai di rumah ibunya di Seksyen 3, Shah Alam dan mendapati kereta ibunya berada di rumah,” katanya.

DOKUMEN PERIBADI, WANG TUNAI DAN KUNCI KERETA

Katanya pemeriksaan di rumah Zalina yang dipercayai tinggal seorang diri mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun namun mangsa tiada di rumah.

“TURUT DITEMUI BEG DUIT MILIK IBU PENGADU MENGANDUNGI KAD PENGENALAN, LESEN MEMANDU, KAD BANK, KAD KREDIT, WANG TUNAI RM600 SERTA KUNCI KERETA,” KATANYA.

Beliau berkata segala usaha mencari telah dilakukan namun gagal menemui wanita itu.

1664742

Polis membuat hebahan kepada orang awam untuk membantu siasatan dengan ciri-ciri mangsa adalah berketinggian 158 sentimeter, berat 60 kilogram, berkulit hitam manis dan berbadan kurus.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-55194622 jika mempunyai maklumat.

 

Sumber: BERNAMA, MStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button