“Mak Wan Latah Ke Mahkamah” – Didie Alias Buka Mulut Lepas Tau Cerita Sebenar Dri Mak Wan. - Menujukebenaran
Uncategorized

“Mak Wan Latah Ke Mahkamah” – Didie Alias Buka Mulut Lepas Tau Cerita Sebenar Dri Mak Wan.

Polemik yang melanda pelakon senior, Halimatussa’diah Mohd Daud atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Wan Latah dengan bekas pembantu peribadinya mungkin akan berakhir tidak lama lagi apabila kes berkenaan kini dalam penelitian pihak berkuasa dan juga mahkamah.

Didie berkata, dia sudah pun bertemu dengan Mak Wan beberapa minggu lalu dan telah mendengar cerita sebenar dan segala hal yang berkaitan dengan isu daripada mulut dramatis itu sendiri.

“Saya sendiri minta dia bercerita kepada saya kerana dalam ramai-ramai kawan artis, tiada siapa pun yang ambil tahu hal berkaitan dirinya.

“Di Sana Dia Akan Merangkak Cari Mak Wan…”- Mak Wan Luah Rasa Sedih Lepas Diaibkan

“Alhamdulillah, saya sudah pun dapat cerita sebenar tentang isu berkenaan, A sampai Z.

Selepas saya dapat cerita sebenar, saya akan selamanya menyebelahi Mak Wan.

Sebab kita ada bukti. Sebagai contoh, bukti duit keluar masuk dari bank yang diuruskan oleh pihak berkenaan.

“Ya mungkin Mak Wan tahu dia keluarkan untuk apa, tapi benda tu tak dapat.

Sedangkan dia nak beli ubat dan makan pun tiada duit. Kenapa mesti kau aniaya dia macam tu?

Dan kenapa kau mesti create content yang menjatuhkan reputasi dia? Apa yang kau dapat sebenarnya?,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Didie berkata, bekas pembantu peribadi Mak Wan ada meminta untuk berjumpa, tetapi dia selesa untuk berjumpa dengan Wan Wan terlebih dahulu.

“Memang dia ada ajak jumpa, siapa panggil saya pengecut. Tapi kau siapa? Sebab tu saya memilih untuk berjumpa dengan Mak Wan dulu,” katanya.

Dalam masa yang sama, Didie turut berkongsi perkembangan terkini Mak Wan yang sudah pun dipanggil oleh pihak berkuasa untuk memberikan keterangan lanjut mengenai isu berkenaan.

“Mak Wan telah dipanggil oleh pihak polis di Balai Polis Taiping, Perak pada Selasa. Dan setahu saya, kes ini akan dibawa ke mahkamah pada 28 Julai ini. Sebagai yang rapat dengan Mak Wan, saya akan teruskan pantauan.

“Masa Tu Duit Dia Tinggal RM15” - Didie Alias Kongsi Keadaan Mak Wan Latah Lepas Dituduh Lakukan Perkara Syirik

“Saya harap agar kita dapat doakan bahagian Mak Wan selesai dengan cepat. Kita minta pihak berkuasa untuk mengadili hal ini dengan saksama.

Sebab bukti semua dah ada. Orang lain pun tak nak bantu dia, persatuan pun… di mana merek? Jadi siapa lagi nak bantu kalau bukan kita?,” tutup Didie.

Terdahulu, bekas pembantu peribadi Mak Wan Latah mendedahkan sikap sebenar bekas majikannya yang dikatakan sebagai panas baran dan suka membuat cerita.

Bekas PA Dah Tak Tahan, Dedah Sikap Sebenar Mak Wan Latah

Nama Mak Wan Latah kembali hangat apabila bekas pengurus peribadinya tampil membongkar sikap sebenar pelakon itu.

Menerusi perkongsian tular di akaun TikTok, wanita dikenali sebagai Amell mendedahkan sisi lain Mak Wan yang didakwa panas baran.

Berdasarkan salah satu video yang dikongsi, kelihatan seorang wanita mirip Mak Wan sedang bertengkar dengan seorang lelaki tua dipercayai bekas suaminya.

Paling mengejutkan wanita itu turut menendang pintu dengan sekuat hati.
Selain itu terdapat beberapa video lain lagi yang di dedahkan Amell menerusi platform yang sama.

Antara pendedahan mengejutkan adalah video memperlihatkan wanita itu seolah-olah ritual pelik yang didakwa berunsurkan syirik.

“Yes aku pun kesian dengan kau miszoktober! Oho kesian sebab dia orang tua? Habis aku dengan mangsa-mangsa dia yang lain termasuk bekas laki dia siapa nak kesian?

“Sekurang aku tak main acah-acah suci nak tunjuk aku tu baik. Aku tak kejam lagi nak bagi orang minum air kencing aku macam dia ni buat! Faham!” jelasnya menjawab komen seorang pengikut di TikTok miliknya.

Terdahulu, nama Mak Wan menjadi sebutan apabila perkahwinan yang dibina bersama Husain Dollah pada 22 Januari lalu hanya bertahan selama tiga bulan sebelum bercerai pada 21 April 2022.

Husain menyifatkan perkahwinan itu sebagai episod hitam dalam dirinya.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button