“terngiang ngiang gelak tawa Zalina Azman” Azwan ali dedah sikap Zalina sebelum kejadian - Menujukebenaran
Uncategorized

“terngiang ngiang gelak tawa Zalina Azman” Azwan ali dedah sikap Zalina sebelum kejadian

Kehilangan personality TV3 Zalina Azman turut mendapat perhatian Azwan Ali, 56 tahun, yang lebih mesra disapa Diva AA.

Kata Diva AA, dia memang mengenali Zalina Azman dan melabelnya sebagai seorang yang tidak berselindung, amat baik hati dan merendah diri.

Selain itu Azwan Ali akui Zalina Azman, 58 tahun, memang amat berahsia orangnya.

“Dia ni satu-satunya personaliti TV3 yang tidak ada nak berpura pura apabila bertemu dengan saya ni. Memang dia ni seorang yang perahsia tetapi dia juga baik hati. Amat merendah diri orangnya sungguhpun kami dari dua dunia penyiaran berbeza.”

Kita ni memang seganlah kerana dia di bahagian berita, saya pula di bahagian hiburan.

Tetapi Zalina Azman ini memang baik dan begitu humble. Jika berjumpa, kami berdua selalu berborak tentang hal lain, tak ada nak sentuh tentang hal peribadi sangat. Saya amat hormati dirinya.”

Diva AA memberitahu, Zalina memanggil dirinya dengan nama Azwan, dan selalu teringat gelaknya.

“Saya masih ingat lagi gelak tawa dia. Dia panggil saya dengan nama Azwan. Itu yang terngiang-ngiang apabila saya dapat tahu dia dah hilang.

Kalau ikutkan dia memang agak kecoh sedikit, tetapi apabila menyentuh hal privasi, yang ni dia akan diam diri.”

Itulah cerita dari Azwan Ali setelah mengetahui tentang kes kehilangan Zalina Azman yang mula dihebahkan sejak Isnin lalu oleh pihak berkuasa.

Kini memang pihak media mula membuat laporan tentang kes Zalina Azman ini setelah tidak dapat dihubungi sejak bulan November tahun 2021.

Jelas Ketua Polis Daerah Shah Alam, anak kepada Zalina iaitu Mihael Norman mula membuat laporan kepada pihak polis sekitar hujung bulan November setelah ibunya tak dapat dihubungi.

Ketika itu rumah Zalina juga dalam keadaan tak terurus dan kereta masih ada di rumah. Beg duit serta dokumen penting seperti kad pengenalan masih ada di rumah.

Azwan Ali juga antara ramai rakan yang berdoa dan berharap Zalina Azman akan ditemui dalam keadaan yang selamat.

Ras Adiba Beritahu Maklumat Terkini KehiIangan ZaIina Azman, ‘Sudah Tentu Saya Kenal Fizikal Dia’

” Kami tidak akan berhenti mencari Zal.”

Itu luahan terbaru Senator Datuk Ras Adiba Radzi, 54, yang enggan menyerah kalah dalam misi mencari teman rapatnya, ZaIina Azman yang dilaporkan hiIang sejak November, tahun lalu.

0perasi menjejaki ZaIina dan mencari petunjuk ke mana menghiIangnya bekas pengacara program Money Matters terbitan TV3 itu diteruskan sejak 6 petang semalam hingga 11 malam tadi.

Kamu di mana Zal?

SeIain meninjau beberapa lokasi di Shah Alam, Ras Adiba dan anggota kumpulannya bertemu penduduk setempat untuk bertanya kemungkinan kelibat ZaIina dilihat sejak berita kehiIangannya hangat diperkatakan.

” Kamu di mana Zal? Kami akan berusaha mencari kamu sampai jumpa dengan izin-Nya.

” Ketahuilah kami semua mendoakan kepulanganmu dengan selamat,” katanya.

Sebagai kawan rapatnya, sudah tentu saya kenal fizikalnya

Ras Adiba berkata, usaha menjejaki ZaIina diteruskan biarpun pencarian malam pertama selama enam jam tidak menemui sebarang petunjuk.

” Saya meminta sesiapa sahaja dalam kalangan orang ramai yang mungkin terserempak atau melihat wanita menyerupai ZaIina untuk merakamkan gambar atau video bagi melancarkan pencarian ini.

” Saya sangat hargai usaha semua pihak yang sama-sama mendoakan ZaIina selamat dan dijumpai.

” Terima kasih kerana terus berkongsi kisah ZaIina dalam pelbagai platform media sosial.

” Sebagai kawan rapatnya, sudah tentu saya kenal fizikal, paras rupa dan penampilan ZaIina dengan baik,” katanya.

Terdahulu, selepas enam jam membuat rondaan pada hari pertama pencarian, Ras Adiba memaklumkan belum mendapat sebarang petunjuk yang memungkinkan ZaIina dikesan.

Ada yang kata ini kerja tak masuk akal

Sementara itu, melalui entri berasingan di TikTok yang dikongsi di Instagram (IG), Ras Adiba sedar ada pihak menganggap usahanya menjejaki ZaIina tidak masuk akal.

” Ada yang mengatakan mencarimu adalah kerja tidak masuk akal kerana sudah lama kau menghiIang.

” Namun, saya serahkan segala-galanya di tanganMu Ya Rabbi,” katanya melalui coretan yang diiringi video memaparkan foto operasi yang dilakukan bagi menjejaki ZaIina.

Dalam pada itu, ramai warganet yang memberi kata-kata semangat kepada Ras Adiba agar tidak berputus asa meskipun misi itu seakan mustahil.

Pada misi malam pertama, kelmarin, Ras Adiba ditemani suami, Mohamed Azam Ali; teman rapat, Juita Jalil dan seorang kru TV3.

Mereka meronda di sekitar kediaman ZaIina di Jalan Ketiau, Sksyen 3; Bulatan Kayangan dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi mencari petunjuk di mana sahabatnya menghiIang diri.

Sementara itu, Ras Adiba memuatnaik perkongsian terbaru di Instagram beliau sambil berkongsi gambar ZaIina Azman.

Mohon segera hubungi beliau jika terlihat ZaIina

Kata Ras Adiba, beliau sentiasa berdoa agar tiada perkara buruk berlaku kepada ZaIina selain meminta orang ramai segera menghubungi beliau sekiranya terjumpa sahabatnya itu.

” Bismillahhirahmannirahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

” Kami pohon padaMu Ya Rabb, lindungilah sahabat kami ini dan pulangkanlah dia ke pangkuan kami, duhai Tuhan sekalian alam.

” Sesiapa yang melihatnya, pohon hubungi Balai PoIis terdekat atau hubungi saya di messenger.” tulis Ras Adiba.

Dalam pada itu poIis ketika ini giat mencari ZaIina atau nama sebenarnya, ZaIina Shaharah Azman yang dilaporkan hiIang sejak November, tahun lalu.

Anak lelaki ZaIina, Mikhael Norman, 33, membuat laporan poIis berhubung kehiIangan ibunya pada 29 November tahun lalu.

ZaIina dilaporkan hiIang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.

Sumber:bharian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button