Baru Sahaja Bergelar Isteri, Wany Ceritakan Taktik Yang Suami Dia Guna. Tak Sangka Lepas Tu Terus ‘Ngam

” Syukur kepada Allah Yang Maha Merancang setiap sesuatu dimuka bumi ini.”
Itu perkongsian penyanyi Wany Hasrita di Instagram ketika mengumumkan dia bakal berkahwin malam ini.
Sebentar tadi, dengan dua kali lafaz penyanyi Wany Hasrita sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya bernama Al Adib Fahmi dalam majlis yang berlangsung pada malam Jumaat.
Akad nikah tersebut disempurnakan oleh bapa Wany sendiri iaitu Hasbullah Hassan kira-kira pukul 9.15 malam di Glam Hall, Damansara Perdana, Selango r.
Pada majlis tersebut Adib atau nama sebenarnya Muhammad Al Adib Fahmi Harun, 30, menyerahkan sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin.
Terdahulu, Wany berkongsi berita gembira dia bakal mendirikn rumah tangga dlam satu hantaran di Instagram pada lewat petang jumaat.
Wany sebelum ini pernah berkongsi tentang perancangan untuk berumah tangga namun merahsiakan hal tersebut termasuk identiti bakal suami.

Suami Wany seorang pilot
Difahamkan lelaki berkenaan bertugas sebagai juruterbang dan majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di sebuah lokasi dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat.
Wany yang popular menerusi lagu Menahan Rindu berkata, dia bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
” Alhamdulillah, saya bersyukur majlis pernikahan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.
” Terima kasih kepada mak, ayah, keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat yang tanpa jemu menitipkan doa yang baik-baik buat saya tidak kira untuk kerjaya mahu pun peribadi.
” Insya-Allah, ini adalah fasa baharu buat saya dan suami. Perjalanan kami masih panjang.
” Tanggungjawab menjadi isteri dan dalam masa sama bergelar anak seni akan saya cuba berikan yang terbaik.
” Cuma, selepas ini tentu saja keluarga menjadi keutamaan saya.
” Saya berdoa agar semoga segalanya dipermudahkan.
” Paling penting juga, saya mohon untuk semua mendoakan yang terbaik buat saya dan suami dalam melayari bahtera perkahwinan ini,” katanya.
Rupanya ini ‘taktik’ suami, “Ada satu hari dia melawak mengenai kartun”
Berkongsi mengenai lelaki yang berjaya menambat hatinya yang juga bekerja dalam industri penerbangan di Kuching, Sarawak itu, Wany berkata, hubungan mereka mula rapat sejak 2019.
” Kalau diikutkan saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi.
” Ketika itu saya mengenalinya melalui rakan baik saya yang juga sepupunya. Kenal macam tu saja.
” Waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi. Cuma, pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat.
” Jadi, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram dan banyak berhubung di situ.
” Ada satu hari dia melawak mengenai kartun Thomas & Friends dan saya pun boleh layan. Sejak itu, kami terus ‘ngam’ dan saling memahami dalam banyak perkara.
” Tidak ada istilah ‘declare’ menjadi kekasih dalam perhubungan kami.
” Masing-masing saling memahami perasaan dan hati dan akhirnya memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius,” katanya.
Masing-masing umur 28, terus rancang kahwin
Menurut Wany yang juga pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 31 pada 2018, dia dan Adib memilih untuk bertunang pada 26 Februari lalu sebelum mengakhiri perhubungan mereka di jenjang pelamin hari ini.
” Apabila sudah rapat, kami terus fikir dan rancang ke fasa seterusnya. Apatah lagi ketika itu (2019) masing-masing sudah berusia 28 tahun.
” Selama ini saya tidak terlalu ‘looking forward’ untuk berkahwin. Tapi selepas rapat, semuanya ‘ngam’ dan serasi dari segi semua perkara.
” Malah, dari mula perhubungan ia bukan lagi untuk cuba-cuba tapi memang nak berkahwin. Dia pun sama juga begitu.
” Itu yang kami ambil keputusan untuk bertunang terlebih dahulu pada 26 Februari lalu di sebuah hotel di Sepang, Selangor, yang mana hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat saja.
” Kalau diikutkan perancangan nak berkahwin dibuat lebih awal, tapi disebabkan jarak kami yang mana dia bekerja di Kuching, masa dan komitmen kerjaya, jadi kami ambil keputusan untuk cari waktu paling sesuai untuk kedua-dua pihak.
” Ditambah pula kita sudah masuk fasa endemik, jadi kami fikir ini waktu yang tepat,” katanya.
Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.
Busana kedua mempelai pula mendapat sentuhan pereka Altelia Amani. Majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan Ahad ini di Cheras, Kuala Lumpur.
Terdahulu, Wany Hasrita berkongsi berita gembira melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya bernama Al Adib Fahmi.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Wany, 30, memaklumkan dia bakal bergelar isteri pada malam Jumaat.
Penyanyi lagu Menahan Rindu ini memohon doa peminat dan berharap majlis pernikahannya itu dipermudahkan.
” Wany dengan rasa rendah hati ingin memohon doa kalian semua untuk menempuh kehidupan di fasa yang baharu.
” InsyaAllah, saya akan bernikah malam ini, jadi dikesempatan ini, saya ingin mohon maaf andai pernah menyakiti hati, terlanjur kata atau mengecilkan hati anda semua,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Wany sebelum ini pernah berkongsi tentang perancangan untuk berumah tangga namun merahsiakan hal tersebut termasuk identiti bakal suami.
Difahamkan majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di sebuah lokasi dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat.
Sumber:mstar/lawaksiot
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: