Baru Shj Umum Berpindah Dari Malaysia, Sekali Perk0ngsian Sarah Hildebrand Mengejvtkan Ramai “Semuanya tidak mustahil” - Menujukebenaran
Uncategorized

Baru Shj Umum Berpindah Dari Malaysia, Sekali Perk0ngsian Sarah Hildebrand Mengejvtkan Ramai “Semuanya tidak mustahil”

Memulakan kehidupan baharu di Amerika Syarikat sejak Mei lalu, entri terbaharu pelakon Sarah Hildebrand di Instagramnya seolah-olah memberikan gambaran dia kini sudah menyertai pasukan unit beruniform, Tentera Udara Amerika Syarikat.

Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 32, berkongsi foto dirinya sedang bersalaman dengan seorang pegawai tentera selain memuat naik skor markah yang diperoleh dalam ujian ketenteraan.

Malah, pelakon yang mencipta nama menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu juga turut memuat naik video menunjukkan dia sedang mengangkat sumpah bersama dua pelatih tentera yang lain.

“Semuanya tidak mustahil. Sangat bersyukur untuk segalanya,” tulis Sarah di ruangan kapsyen.

Markah ujian yang di perolehi oleh Sarah agak tinggi


Perkongsian Sarah itu membuatkan ramai peminatnya teruja selain mereka turut mendoakan kejayaan aktres itu di masa hadapan.

“Adakah awak menyertai pasukan tentera, Sarah? Tahniah!

“Patutlah nak tambah berat badan. Tahniah Sarah.

“Fuh, hebatlah Sarah!

“Tahniah! Saya bangga dengan awak,” tulis beberapa netizen.

Rakan artis seperti Dayah Bakar, Nadia Brian dan penyanyi Amir Hassan juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Sarah.

Terdahulu, Sarah mengumumkan persaraannya daripada industri seni hiburan tempatan menerusi sebuah video di Instagramnya.

Kongsi foto berc0li, Sarah Hildebrand nafi tinggalkan Islam

Sebelum ini wanita berusia 31 tahun itu membuatkan ramai peminat terkejut apabila semakin berani berkongsi untaian foto sekadar berbaju dalam atau berc0li dan boxer menerusi Instagram.

Memandangkan Sarah sebelum ini pernah berhijab meskipun tidak berterusan, kelakuan sebegitu dirasakan jaub terpesong daripada kehidupan yang sepatutnya dilalui figura umum sepertinya.

Lebih menikam, dia turut mengundang asakan netizen sama ada sudah bertukar agama memandangkan kini menetap di Amerika Syarikat (AS).

Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand bagaimanapun berpegang dengan pendiriannya masih seorang penganut agama Islam.

“Awak hanya pindah negara bukan agama, bukan? Tolong tahu had limit,” antara komen yang ditinggalkan netizen.

Terpanggil menjawab komen berkenaan, Sarah, 31, membalas pertanyaan yang ditinggalkan netizen dengan menulis: “Dilahirkan dan dibesarkan sebagai Muslim dan saya akan mati sebagai Muslim.”

Sebelum ini sekitar April, pelakon yang cukup dikenali menerusi drama rantaian Pujaan Hati Kanda itu mengumumkan sudah bersara daripada industri seni hiburan tanah air.

Dalam satu video dimuat naik dalam Instagram Sarah memberitahu, dia kini tidak lagi bersedia menerima sebarang tawaran berlakon mahupun pengacaraan.

Baru-baru ini, Sarah, 31, nekad meninggalkan Malaysia buat buat selama-lamanya dengan berhijrah ke AS kerana tidak tahan dengan pelbagai kec4man daripada khalayak termasuk ada yang menggelarnya sebagai perempuan sund4l.

kredit: media hiburan/trendingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button