Pelakon Lufya Omar Kenal Wanita der4 Kanak2, Rupanya Ada Sesuatu Berlaku Dgn Dirinya Sblm Mender4

MENGENALI secara peribadi wanita yang ditahan kerana didakwa mend3ra kanak-kanak, pelakon Lufya Omar juga mendedahkan individu tersebut pernah berkongsi tentang masalah depresi yang dialami.
Lufya bagaimanapun berkata tekanan hidup wanita yang dikenali sebagai Myra itu bukanlah alasan untuk dia bertindak kejam melakukan pend3raan terhadap anak angkat berusia empat tahun itu.
“Saya kenal Myra kerana dia pernah tawarkan kepada saya untuk mempromosikan produk. Namun saya tidak bersetuju kerana ada beberapa komitmen lain sebelum ini.

Lufya dedahkan wanita d3ra kanak-kanak itu alami tekanan.
“Dia pernah mendedahkan masalah tekanan yang dialami. Saya boleh katakan itu adalah satu ujian kepada dia dan sepatutnya dia tidak boleh berjanji manis dalam perniagaan.
“Walaupun dia tertekan, namun perbuatan d3ra itu sangat k3jam. Masalah tekanan bukan alasan untuk melepaskan rasa tersebut terhadap seorang kanak-kanak,” katanya kepada mStar.
Meluahkan rasa terkejut dengan video pend3raan yang mula tular sejak awal pagi Jumaat, Lufya menganggap ini adalah satu ujian buat Myra supaya dia cepat sedar dan menginsafi perbuatannya.
Dalam masa sama, Lufya berharap pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap kes seumpama ini supaya ia tidak berulang lagi.
“Apa sahaja yang dia buat adalah cara Allah tunjukkan sayang kepadanya. Ini adalah ujian supaya dia menjadi lebih baik. Anak angkat juga adalah amanah Allah untuk kita jaga.
“Memang saya terkejut apabila melihat video tersebut. Ada masa kita pun marah kepada anak tetapi tidaklah sehingga tahap yang brutal sebegitu.
“Mungkin disebabkan dia tidak melahirkan anak tersebut maka, dia tidak tahu keperitan seorang ibu. Cara dia itu salah,” jelasnya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan suspek wanita itu telah ditahan dengan pasangannya di sebuah rumah di Beranang, Selangor.
Wanita d3ra kanak-kanak empat tahun sudah direman tujuh hari.
Mangsa merupakan kanak-kanak yang dikatakan hyper-aktif berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
PERSONALITI media sosial, Coki mendedahkan dia pernah menjadi saksi dan melihat sendiri kanak-kanak berusia empat tahun bernama Alia didera oleh wanita dikenali sebagai Myra Khan.
Menurut Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel, dia mula mengenali wanita itu selepas menerima tawaran untuk melakukan promosi sebuah produk kosmetik.
Kata Coki lagi, dia juga pernah menjadi mangsa kekerasan Myra apabila dipukul dibahagian kepala selain dimaki dengan kata-kata kesat.
“Saya tinggal di rumah dia dengan beberapa orang pekerja lain. Rupa-rupanya mereka juga menjadi mangsa dan tidak pernah dibayar gaji selepas beberapa bulan bekerja.
“Saya menyaksikan sendiri Alia didera oleh Myra. Dia suap sekepal nasi besar kerana Alia tidak mahu makan. Katanya jangan manjakan kanak-kanak itu kerana dia anak angkat.
“Saya sudah mula rasa tidak sedap hati dan mengajak pekerja lain untuk keluar minum dan ternyata mereka juga adalah mangsa.
“Apabila kami pulang, Myra panggil kami semua berkumpul. Dia maki hamun dan pukul kepala saya. Selepas itu saya terus keluar dari rumah tersebut,” katanya kepada mStar.
Perbuatan dera terhadap Alia juga dikatakan sudah beberapa kali berlaku dan Coki sendiri melihat keadaan anak kecil itu tidak terurus sejak pertama kali berjumpa.
Sementara itu, Coki memberitahu dia dan rakan-rakannya yang turut tinggal di rumah tersebut telah mengumpul bukti kukuh dan mencari masa sesuai untuk membuat laporan polis.
Saya menyaksikan sendiri Alia didera oleh Myra. Dia suap sekepal nasi besar kerana Alia tidak mahu makan
COKI
PERSONALITI MEDIA SOSIAL
“Sejak mula saya nampak Alia sudah seperti tidak terurus selain ada kesan lebam pada bahagian betis. Badannya juga kurus.
“Sebelum ini rakan-rakan saya yang lain menunggu masa sesuai untuk membuat laporan polis dan mereka juga cuba kumpul bukti kukuh.
“Saya pula enggan buat laporan polis atas perbuatan memukul saya kerana mengganggap dia akan dapat balasan setimpal suatu hari nanti. Terbukti hari ini dia sudah ditahan polis,” jelasnya yang bersedia menjadi saksi jika dipanggil pihak berkuasa bagi membela nasib kanak-kanak tersebut.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan suspek wanita itu telah ditahan dengan pasangannya di sebuah rumah di Beranang, Selangor.
Mangsa merupakan kanak-kanak yang dikatakan hyper-aktif berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Sumber : mStar