Ibu Adik Kecik Akhirnya Munculkan Diri, Rupanya Ini Sebab Kenapa Dia Dipisahkan Dgn Anaknya - Menujukebenaran
Uncategorized

Ibu Adik Kecik Akhirnya Munculkan Diri, Rupanya Ini Sebab Kenapa Dia Dipisahkan Dgn Anaknya

VIDEO tular memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu angkatnya terus menjadi buah mulut netizen di media sosial.

Malah, ramai yang turut tertanya-tanya mengenai identiti sebenar serta keberadaan ibu kandungnya sehingga mangsa terlepas ke tangan pelaku.

Sehinggalah pada Sabtu, seorang individu tampil membuat pendedahan mengenai ibu mangsa yang kini berada dalam jagaan keluarganya.

Enggan mendedahkan identiti, pemuda itu berkata dia dan isterinya mengenali suspek kes dera berkenaan sebelum mereka dipertemukan dengan ibu kanak-kanak berkenaan pada tahun lalu.

“Saya dengan isteri kenal dengan suspek kes dera itu kerana dia dulu ada jual kucing. Kemudian isteri saya ada kongsi di Instagram Story, mengatakan tengah cari pembantu rumah. Jadi si pelaku tawarkan kata dia boleh bantu.

“Kami tunggu lebih sebulan baru dia hantar pembantu rumah yang dikenali sebagai Emelda. Dia dari Indonesia, berusia dalam 22 tahun. Emelda jadi pembantu rumah kepada adik ipar saya pada Mac tahun lepas.

Dipisahkan kerana Ibunya Emelda bekerja dgn majikan lain dan pelaku pegang anaknya

“Sebab dia janji nak bagi Emelda kepada kami, dia pegang anak Emelda. Lepas dua bulan bekerja, Emelda lari pada awal Mei. Dia lari bekerja di Klang, dia ikut abang kandungnya.

“Semalam selepas video dera itu tular, Emelda datang merayu dekat kami minta tolong. Dia tiada sesiapa di Malaysia, sebab tu dia patah balik dekat kami,” dakwa pemuda itu ketika dihubungi mStar.

Menurut pemuda itu lagi, Emelda begitu hiba dan sedih apabila mengenangkan anak perempuannya diperlakukan dengan kejam seperti dalam video tular berkenaan.

Dedahnya lagi, dia dan isteri turut menumpangkan Emelda di kediaman keluarganya sejak Jumaat.

Dia juga turut membantu wanita itu untuk dibawa kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Semalam jumpa dia, dia menangis dan berharap dapat jumpa balik anaknya. Lama dia terpisah dengan anaknya. Kemudian kena dera macam tu.

“Ibu mana yang sanggup tengok? Kita yang tiada pertalian darah pun tak sanggup tengok, macam orang tak ada hati perut.

InsyaAllah kami akan bawa Emelda ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang untuk rekod keterangan. Saya difahamkan anaknya kini sedang menjalani pemeriksaan di hospital. Sekarang Emelda tumpang rumah keluarga kami, sebab polis minta kami bantu dia. Kami bantu atas dasar kemanusiaan.

“Kita sebagai manusia tak ada kuasa mutlak untuk jatuhkan hukuman kepada sesiapa. Tapi apa yang pelaku buat kepada kanak-kanak itu memang tak patut. Dia perlu dibawa ke muka pengadilan untuk jadi pengajaran kepada semua,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, kes dera kanak-kanak berusia empat tahun itu meraih perhatian ramai selepas beberapa video tersebar di media sosial sejak pagi Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, dua individu yang dikaitkan dalam kes dera itu sudah ditahan dan mangsa juga telah diselamatkan.

“Selepas menerima laporan berkenaan, Polis Kajang pada 22 Julai 2022 jam 2.30 pagi telah bertindak menyelamatkan mangsa dan telah membuat tangkapan ke atas seorang perempuan Melayu dan seorang lelaki warganegara Singapura di sebuah rumah di taman perumahan Beranang, Selangor.

“Suspek berumur lingkungan 28 hingga 30-an. Tahanan reman dibenarkan selama tujuh hari sehingga 28 Julai 2022. Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan, doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mangsa merupakan kanak-kanak berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Mangsa telah diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak April 2022 kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya. Mangsa dikatakan dipukul oleh pasangan tersebut menggunakan penyangkut baju, kayu penyapu dan kadang-kadang dicucuh dengan pemetik api,” ujarnya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

‘Kena Pukul, Bukan Sebab Nakal…’ – Pemilik Video Viral Tampil Cerita Situasi Di Rumah

Susulan video miliknya tular, pemilik video di mana seorang wanita dilihat memukul kanak-kanak berusia 4 tahun kerana enggan makan tampil menceritakan situasi di rumah berkenaan.

Tak sampai setahun jadi anak angkat

Menerusi satu video baharu yang dimuat naik Aqiel, selebriti TikTok itu mengakui bahawa memang dia sendiri yang merakam video berkenaan dengan niat untuk menularkannya kerana tidak tahan melihat kanak-kanak itu didera.

Aqiel yang bekerja dengan wanita berkenaan berkata, dia melihat kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Alia, dider4 dan dipu,kul hampir setiap kali waktu makan berpunca daripada alasan yang tidak munasabah.

Ya, saya yang merakam video itu secara senyap-senyap.

Saya dan kawan saya empat orang, duduk di rumah itu dan berkerja.

Kami dah tak tahan tengok Alia dipukul sebegitu setiap kali makan… bukan dipukul sebab nakal… Alia dipukul setiap hari hanya disebabkan makan lambat, tak nak makan, kenyang.

Menurut Aqiel, dia dan rakan-rakan membuat keputusan untuk merakam dan menularkan video tersebut bagi mendapatkan keadilan buat kanak-kanak tersebut.

Dalam pada itu, Aqiel juga memaklumkan bahawa Alia diambil sebagai anak angkat dalam keluarga tersebut kurang daripada setahun iaitu sekitar bulan Februari, tahun ini.

Selain itu, Aqiel difahamkan bertindak merakam video tersebut tanpa pengetahuan majikannya sehari sebelum mereka membuat laporan polis.

Aqiel serta rakan-rakan telah mendapatkan bantuan orang luar untuk membawa mereka keluar daripada rumah tersebut dan ke balai polis bagi membuat laporan.

Semalam saya dah buat report dekat IPD Kajang, saya dan kawan saya 4 orang semua pergi sekali.

Pada pukul 4 pagi, pihak polis telah membuat serbuan di rumah pelaku dan tangkap mereka.

Saya dan kawan-kawan saya akan bertarung sedaya upaya bagi mendapatkan keadilan buat Alia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keberanian Aqiel dan berharap agar segala urusannya dipermudahkan, selain berharap agar keadilan berpihak kepada Alia.

Sumber: Mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button