“Baby Kat Malaysia Pun Sama Ke? Sebab…,” – Pelakon Raja Ilya Tunjuk Keadaan Wajah Terkini Bayi Perempuan Beliau, Ramai Beri Petua Dan Mendoakan Bayi Beliau

Pelakon Raja Ilya baru-baru ini bertanya kepada peminat di Instagram penyelesaian terbaik yang boleh dicuba susulan ruam yang dilihat muncul di bahagian wajah anak sulungnya, Talita.
Kasihan melihat keadaan yang menimpa puteri pertamanya yang kini mencecah usia tiga minggu, Ilya cuba mencari cara pencegahan secara alami.
“Siapa ada remedy untuk Milia Rashes on newborn ni? A.k.a Milk Rashes. Bila jumpa doctor they prescribe cream chemical lak.
“Anyone know natural remedy? Kalau tanya orang-orang kat sini semua kata it’s normal memang semua bayi umur 2 minggu akan kena.

“Baby baby kat Malaysia pun sama ke? Sebab tak pernah lak tengok baby dalam family or kawan-kawan yahg kena. Kesian lak tengok @talitalovegarrett ni,” tulisnya di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, ada di antara pengikutnya yang berkongsi petua dah cara mengubati, termasuk rakan artis.
Komen Netizen:
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 800 komen yang ditinggalkan.
Ramai Nak Tahu Kenapa Saya End Up Kat Hospital Dengan Berwayar-Wayar Kat Tangan,” – Raja Ilya Kongsi Perkembangan Diri & Anak
Pelakon Raja Ilya yang kini menetap di Australia berkongsi perkembangan terkini permata hatinya, Talita yang kini hampir dua minggu usianya.
Menurut Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad anak perempuannya itu setakat ini amat mudah untuk dijaga.
“Thank you guys, so overwhelmed. Received tons of text messages and DM tanya pasal baby and my recovery. Thank you, Baby Love doing good.
“She’s almost 2 weeks old now and Ilya rasa like she’s @talitalovegarrett growing to quick. I already miss those chubby cheek kot. So far she’s behaving. Very easy and peaceful,” tulisnya.
Pada masa sama, bintang filem KL Vampires itu juga kini sedang dalam fasa pantang selepas bersalin secara pembed4han.
“Ilya pula still recovering from the surgery. Ramai nak tahu kenapa Ilya end up kat hospital dengan berwayar-wayar kat tangan. Nanti Ilya buat seperate video, panjang nak cerita nanti.
“Thank you for your love & support tau guys. So sorry kalau Ilya tak respond to messages or lambat. Faham-faham saja laa i don’t have much time in hand at the moment,” tulisnya lagi.
Biodata Raja Ilya
Raja Ramilah Begum Raja Mohammad atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya (lahir 11 Julai 1985) merupakan seorang pelakon, model dan usahawan Malaysia.
Beliau terkenal menerusi watak Azura Hanim dalam filem Suamiku Encik Perfect 10 (2015) dan Inspektor Shakila dalam siri drama kepolisan Gerak Khas (2015–2018).
Raja Ilya memiliki darah keturunan Melayu, Arab dan India Malabari merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Beliau memiliki Diploma dalam Pengurusan Perniagaan di sebuah universiti terkemuka negara.
Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 menerusi pembikinan semula filem Papadom yang bertajuk Appalam arahan Afdlin Shauki yang merupakan versi bahasa Tamil, Ilya memegang watak sebagai Shruti. Beliau kemudiannya memegang watak sampingan dalam filem bertemakan 1Malaysia, Estet arahan Mamat Khalid.
Beliau berkahwin dengan seorang ahli perniagaan warga Australia, Trent Garrett pada 23 Disember 2018.
Kredit: mediahiburan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: