“Saya pernah berkasar dengan almarhum” Siapa Sebenarnya Nike Ardilla Di Mata Saari Amri - Menujukebenaran
Uncategorized

“Saya pernah berkasar dengan almarhum” Siapa Sebenarnya Nike Ardilla Di Mata Saari Amri

Kuala Lumpur: Komposer terkenal Saari Amri, 55, menghargai peminat tempatan serta Singapura, Indonesia dan Brunei terhadap sokongan yang diberikan sepanjang lebih 30 tahun pembabitannya dalam industri muzik.

Saari berkata, ia membuatkan dia lebih bersemangat untuk terus berkarya sehingga sekarang.

“Rasanya dah hampir 30 tahun saya berkarya dalam industri muzik dan hampir 500 lagu pernah saya cipta. Saya berterima kasih kepada peminat Indonesia yang begitu banyak beri sokongan menerusi lagu Gerimis Mengundang nyanyian Slam yang dinyanyikan kembali lebih 30 versi.

“Itulah kepuasan buat saya. Terima kasih banyak-banyak,” katanya menerusi YouTube Saari Amri Official. Turut dipaparkan ialah sedutan muzik video lagu Gerimis Mengundang yang dinyanyikan dalam versi dangdut, keroncong, dalam bahasa Batak dan pelbagai lagi.

Saari berkata, dia masih aktif mencipta lagu, namun kebanyakannya disimpan kerana keadaan pasaran sekarang tidak seperti dulu.

“Kalau sebelum ini banyak artis yang buat album tapi sekarang tidak lagi macam dulu. Artis-artis baharu sekarang pula cipta lagu sendiri.

“Pada mereka mungkin itu lebih beri kepuasan. Apapun saya memang seronok apabila menghasilkan lagu baharu yang dinyanyikan oleh artis sekarang walaupun sambutannya agak perlahan

“Saya tidak kisah kalau orang hendakkan lagu saya dan saya tidak menolak. Ada di antara artis baharu kata lagu saya sedap didengar. Itulah kegembiraan buat saya kerana karya saya masih lagi diterima oleh masyarakat,” katanya.

Terkini, nama Saari terus menjadi sebutan peminat Indonesia apabila lagu Buih Jadi Permaidani nyanyian asal kumpulan Exists dengan tajuk Mengintai Dari Tirai Kamar menjadi perhatian semula.

Ia apabila Nabila Maharani Widyadewi menerusi saluran YouTube Nabila Suaka memuat naik semula lagu dendangannya bersama Zinidin Zidan pada 22 Oktober lalu yang kini mencatat lebih 45 juta tontonan.

NIKE ARDILLA DI MATA SAARI AMRI

“Nike Ardila sungguh berkenan dengan lagu baru yang saya cipta, Suara Hatiku. Beliau terus bertemu dengan saya di Kuala Lumpur” itu antara perkongsian Saari Amri menceritakan pengalaman sewaktu dia bekerjasama dengan Nike Ardilla

Saari Amri pernah berkasar dengan Nike Ardilla

Menurut Saari lagi, semasa proses rakaman, dia pernah berkasar dengan Almahrum kerana ada sedikit perbezeaan dari segi bahasa antara Malaysia dan Indonesia

“Saya tak tahu masyrakat Indonesia menggunakan  “ijin” sedangkan di Malaysia menggunakan bahasa  izin”

 

” Jadi saya keliru juga, tetapi setelah diterangkan oleh beliau, jadi saya ikut apa yang masyarakat Indonesia mahukan iaitu ‘ijin’.

” Sewaktu rakaman juga saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan almarhum kerana memang beliau seorang penyanyi yang sangat hebat.

” Kerja saya dengan beliau memang cukup senang untuk menyiapkan sebuah lagu memang tidak memerlukan masa yang panjang.

” Suara lunak beliau memang saya akui sangat-sangat bagus. Saya begitu tenang sekali bekerjasama dengannya.

” Alfatihah untuk almarhum Nike Ardilla” luah Saari.

Susulan dari perkongsian kisah oleh Saari Amri itu juga menyebabkan ramai ntizen dari Indonesia memenuhi ruangan komen.

Rata-ratanya memuji lagu Nike Ardilla ciptaan komposer yang berasal dari Tanah Merah Kelantan itu diterima dengan luar biasa oleh masyarakat Indonesia.

” Terus berkarya Bang Saari Amri.. Karya-karyamu menemaniku disaat masih zaman sekolah sampai sekarang. Salam Serumpun dari tanah perbatasan Indonesia – Malaysia” tulis Mifzal.

” Luar biasa lagu ciptaan abg… Abadi sepanjang masa, tak ada yg dapat menggantikan lagu abg buat almarhum, musisi senior di Indonesia sekali pun tak kan mampu menciptakan lagu berkualitas seperti ini..” tulis Irfan.

Fakta menarik Nike Ardilla

1) Berketurunan Sunda dan berasal dari Bandung, Nike Ardilla digelarkan Queen Of Rock Indonesia dan Artis Album terlaris di Indonesia dan Malaysia.

2) Nama sebenar almarhum adalah Raden Rara Nike Ratnadilla, lahir di Bandung pada 27 Disember 1975.

3) Bapa Nike Ardilla bekerja di PT Kereta Api Indonesia, bersara di Bandung. Ketika Nike Ardilla berusia 5 tahun, beliau menang dalam pertandingan nyanyian pada tahun 1980

4) Beliau pernah membawa lagu ciptaan komposer popular dari Malaysia, Saari Amri iaitu Duri Terlindung dan Aku Tak Akan Bersuara.

5) Lagu itu melonjakkan nama Nike Ardilla sebagai Artis Indonesia paling popular di Malaysia sekitar tahun 1994.

6) Almarhum juga pernah membawa lagu ciptaan Joe Wings, iaitu Pengembara Terasing. Lagu Aku Tak Akan Bersuara sering dimainkan diradio Malaysia sehingga kini.

7) Beliau telah menjual 30 album setakat ini, dan mempunyai jualan album Indonesia terbaik sepanjang zaman.

8) Album ketujuh dan yang terakhir beliau, Sandiwara Cinta telah terjual sebanyak lima juta salinan, sementara album keduanya, Bintang Kehidupan terjual sebanyak enam juta salinan.

9) Nike Ardilla m4ut dalam kmIangan jalan raya di Bandung pada 19 Mac 1995 ketika usia 19 tahun ketika kerjaya muziknya berada di puncak populariti

10) Walaupun sudah 26 tahun meninggI dnia, namun satu-satunya kenangan ‘harta’ ditinggalkan Allahyrham iaitu kereta jenis Honda Civic Genio masih disimpan seorang peminat setianya, Lia Nathalia.

Walaupun sudah 26 tahun meninggI dnia, namun satu-satunya kenangan ‘harta’ ditinggalkan Allahyrham iaitu kereta jenis Honda Civic Genio masih disimpan seorang peminat setianya, Lia Nathalia.

Pengurus kelab peminat Nike Ardilla, Emma Amrin berkata, hingga kini kereta yang dinaiki penyanyi itu ketika terbabit dalam kmIangan pada 19 Mac 1995 hingga menyebabkan kem4tiannya masih tersimpan rapi.

” Kalau tidak silap saya, Lia membeli kereta itu secara lelong dengan harga Rp100 juta (RM29,285). Itu dulu,” katanya.

Emma berkata, ketika ini keadaan kereta itu tidak baik kerana terdapat bahagian yang ro.sak selain tidak boleh bergerak.

” Beginilah bentuk kereta itu sekarang. Mungkin tidak dalam keadaan baik kerana ada bahagian yang ro.sak.

” Namun, keadaan luaran kereta ini masih asli seperti dulu. Hanya pintu saja yang diganti kerana dulu pintu asalnya ro.sak tervk. Malah, cat kereta juga tidak ditukar dan masih kekal yang asli,” katanya.

Mengulas mengenai pembeli baharu yang berminat, Emma berkata, ramai yang ingin membeli kereta itu tetapi keputusan menjualnya terletak pada Lia.

” Memang ada ramai yang nak beli kereta ini, tapi terpulanglah kepada Lia untuk menjualnya atau tidak.

” Dia pernah bergurau dengan saya bahawa dia akan menjual kereta itu jika ada pembeli menawarkan harga Rp10 bilion (RM2.9 juta),” katanya.

Menurut Emma, dia tahu Lia tidak serius untuk menjual kereta itu dan yakin wanita itu akan terus menyimpan kereta milik Allahyrham itu sebagai koleksi peribadinya yang bermakna.

Lagu Aku Tak Akan Bersuara telah melonjakkan nama Nike Ardilla sebagai Artis Indonesia paling popular di Malaysia sekitar tahun 1994.

Malah, Alhhayrham juga pernah membawa lagu ciptaan Joe Wings, iaitu Pengembara Terasing.

KERETA jenis Honda Civic Genio yang digunakan Nike ketika m4ut dalam kem4langan 28 tahun lalu. FOTO AGENSI

Kredit: trendingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button