Kena Layan Cincai Siap Di Perli Sangka Nak Window Shopping, Tindakan 5 Beradik Perempuan Ini Buat Staff Kedai Emas Malu Sendiri. - Menujukebenaran
Uncategorized

Kena Layan Cincai Siap Di Perli Sangka Nak Window Shopping, Tindakan 5 Beradik Perempuan Ini Buat Staff Kedai Emas Malu Sendiri.

TABIAT menyindir dan memperlekehkan pelanggan melalui fizikal atau penampilannya sering berlaku di pusat beli belah mahupun kedai berjenama mewah.

Hanya kerana seseorang itu selekeh atau berpakaian ‘out dated’, dia tidak dilayan dengan sebaiknya ketika berurusan malah kadang kala pertanyaannya diabaikan begitu sahaja.

Berdepan situasi yang sama, seorang jurumekap artis (MUA) menceritakan pengalaman disindir oleh pekerja ketika sedang membeli barang kemas di sebuah kedai emas di pantai timur.

Pelanggan ingin memilih rekaan terbaru barang kemas sebelum membelinya. - Gambar hiasan

Dia yang hanya ingin dikenali sebagai Jaja Zaimah memberitahu, kejadian berlaku ketika dia bersama empat lagi adik beradik perempuan dan ibu ingin membeli rantai tangan di kedai tersebut.

“Masa tu kakak dan emak saya masuk dulu ke kedai emas. Biasalah, kalau pergi kedai emas mesti nak beli… kedai itu merupakan lokasi yang biasa dikunjungi saya sekeluarga.

“Nak dijadikan cerita, saya datang lambat sebab baru balik dari make-up pengantin. Jadi kakak yang sampai dulu cuba tanya harga semasa sebab dia memang nak membeli. Tapi lain pula jadinya masa tu, selepas seorang lagi kakak yang belum sampai minta carikan rantai tangan untuk anak perempuan.

“Kakak yang dah ada di situ kemudian ambil gambar sebab nak tunjuk dan dia ada beritahu staf ‘saya tangkap gambar dulu sebab adik saya seorang lagi nak tengok’.

“Staf tu mula tunjuk reaksi kurang senang pada kakak saya. Dalam masa yang sama, seorang lagi kakak saya perasan yang pekerja tersebut perli-perli dan tiba-tiba pekerja lelaki pula cakap ‘kalau pakai emas besar-besar baru bayar’ seolah-olah kami yang pakai gelang kecil ni tak ada duit,” jelasnya ketika dihubungi mStar.

Malah reaksi pekerja lelaki tersebut dirasakan seolah-olah memperlekehkan pelanggan kerana menyangkakan lima beradik itu hanya datang untuk ‘window shopping’.

Jaja meluahkan perasaan di akaun TikTok.

Padahal, sudah jadi lumrah apabila kaum hawa gemar melihat rekaan terkini dan membuat pilihan sebaiknya sebelum membeli.

Disebabkan berang dengan layanan pekerja tersebut yang endah tak endah, kakaknya bergerak ke ruangan menunggu serta tidak lagi mengganggu staf berkenaan.

“Tak nafikan memang kakak tunggu lama tapi tak ganggu staf tu, dia tunggu kat tempat yang disediakan sebab kedai tu ramai staf.

“Bila dapat tahu yang staf tu layan nak tak nak, terus saya ambil satu rantai tangan dengan staf perempuan yang selalu kakak saya beli sebab nak tengok reaksinya.

“Kemudian, pekerja lelaki tu datang dan terus cakap ‘akhirnya akhirnya’ sebab nak perli… dah la depan-depan muka,” luahnya geram.

Menurut anak kelahiran Terengganu itu lagi, tindakan dan reaksi pekerja kedai emas berkenaan berkemungkinan kerana menyangkakan hanya dia saja yang membeli rantai tangan sedangkan seorang lagi kakaknya turut membeli dua utas rantai.

“Kami datang berlima… bila dia dapat tahu yang kakak saya dah ambil dua utas rantai tangan, layanan staf tersebut terus berubah.

“Baru rasa layanan baik dan ramah daripada mereka. Tapi sayangnya, kakak yang datang awal tu tak jadi beli sebab marah dengan sikap staf tersebut,” ujarnya lagi.

Pekerja lelaki tu datang dan terus cakap ‘akhirnya akhirnya’ sebab nak perli… dah la depan-depan muka.
JAJA ZAIMAH

Dalam pada itu, Jaja Zaimah menyatakan bahawa itu merupakan kali terakhir dia dan adik beradiknya mengunjungi kedai emas berkenaan.

Tambahnya, sikap yang ditunjukkan sebahagian pekerja di situ adalah tidak wajar kerana menilai pengunjung premis berdasarkan penampilan.

“Banyak saya dapat komen yang ramai tidak dilayan sebab pakaian selekeh… ada buat muka, tarik muka.

“Saya pun berniaga, tahu penat layan pelanggan tapi tak perlu perli-perli. Tetaplah senyum walaupun pelanggan banyak kerenah,” katanya.

Antara reaksi netizen.

Terdahulu video perkongsiannya itu tular di media sosial.

Rata-rata netizen turut berkongsi situasi yang dialami.

“Macam tu la selalunya, ingat kita yang pakai selekeh ni tak ada duit.

“Macam sama situasi yang dialami.

“Kena dah, dua kedai emas terkenal kat Terengganu. Aku memang pakai selekeh sebab nak survey dulu, lagipun kebetulan lalu… tapi pekerja tak layan.

“Saya dan kakak pernah kena. Pakai selipar Jepun… tak layan pun. Sedangkan memang nak beli, bukan nak hutang.

“Kena juga baru ni… pekerja sound ‘duduk lama-lama tapi tak jadi beli. Kakak tak jadi beli sebab tengok layanan pekerja macam tu,” luah beberapa netizen.

Sumber : Mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button