Uncategorized

‘Jangan Duduk Rumah..’ Puteri Sarah Liyana Ikut Nasihat Bapa mertua

Empat tahun pelakon Puteri Sarah Liyana ‘sorok’ kemelut rumah tangga dengan suami yang juga merupakan pengarah filem, Syamsul Yusof yang didakwa berpunca daripada Ira Kazar.

Kerja back to back

Menurut Puteri Sarah, dia tidak menidakkan kesibukan dia bekerja disebabkan ingin lari daripada terus dibelenggu masalah.

Dedah aktres berumur 36 tahun ini, bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam pernah menghalang dirinya duduk di rumah dan meratap dengan apa yang berlaku.

Ya betul. Macam mana saya ada kekuatan untuk bekerja adalah datang daripada bapa mentua saya. Dua tahun lalu dia ada cakap suruh saya berlakon, jangan duduk rumah.. menangis dan makan hati.

Fokus dekat penggambaran dan jaga anak-anak. Masa mula-mula saya nak buat, memang tak ada kekuatan, rasa takut. Bila dah mula kerja, jadi ketagih asyik back to back.

Saya nak jadi Sarah yang dahulu maksudnya yang bekerja dan ada konfiden dengan diri sendiri.

Puteri Sarah berkata demikian ketika majlis Meet & Greet Puteri Sarah dan Rossa Sera anjuran Inayah Beauty Trading yang diadakan di Avante Hotel Bandar Utama, pada Isnin.

Ingatkan berjuang seorang diri

Ditanya sama ada anak-anak faham situasi sebenar, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memilih untuk merahsiakan.

Anak-anak sampai sekarang tak tahu. Masa saya pergi Singapura, saya tinggalkan anak-anak dengan datuk dan datin. Jadi mereka fikir pergi jumpa atuk, nenek dan sepupu.

Alhamdulillah mereka dikelilingi orang-orang yang positif dan supportive itu yang saya perlukan. Saya tak nak mereka hidup dengan toksik jadi saya keluarkan.

Dalam pada itu, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati akui sebak apabila Yusof Haslam dan isteri, Datin Fatimah Ismail tampil ke hadapan dan bersuara mengenai isu panas tersebut.

Saya gembira sebab selama keluarkan kenyataan, saya ingatkan seorang diri. Netizen asyik cakap saya saja yang bersuara dan sebar aib.

Saya tahu Datuk dan Datin sokong tetapi mereka tak pernah bersuara sehingga hari Syaikhul (anak sulung) dimasukkan ke hospital. Masa itu, saya tahu saya tidak berjuang sendirian. Saya rasa disayangi dan terjaga.

‘Jangan Ugut Anak Saya Kahwin Dengan Video Palsu Itu!’ – Isteri Yusof Haslam

Isteri kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Fatimah Ismail tampil bersuara mengenai desas-desus tersebut. Ketika dihubungi OhBulan!, Fatimah memohon agar media tidak menyebarkan berita yang belum pasti kesahihannya.

Kata Fatimah, dia akan menghubungi Kazar supaya berhenti mengugut anak lelakinya untuk berkahwin dengan Ira menggunakan modus operandi video palsu.

Janganlah di war-warkan berita yang belum sahih. Tolonglah.. Saya akan bagitahu keluarga Kazar supaya jangan ugut anak saya kahwin dengan video-video palsu itu!

Syamsul masih sayangkan isteri dan anak-anak.

Diam bersebab

Dalam pada itu, Fatimah menegaskan Syamsul memilih untuk mendiamkan diri kerana enggan mengeruhkan situasi yang sedang tegang.

Syamsul diam kerana tak mahu memburukkan keadaan!

Terdahulu, sebuah blog mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada aktor veteran.

Biarpun tidak mendedahkan identiti namun rata-rata netizen mengesyaki gosip itu berkait rapat dengan Syamsul dan Ira.

Laporan itu melaporkan Syamsul sudah bertemu dengan bapa mentuanya untuk berbincang hal pernikahan mereka.

Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung gangguan serta pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar.

Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.

Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.