Lelaki Habiskan Lebihan Susu Badan Isteri Cetus Persoalan Netizen - Menujukebenaran
Uncategorized

Lelaki Habiskan Lebihan Susu Badan Isteri Cetus Persoalan Netizen

Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang suami yang menghabiskan bekalan susu badan si isteri gara-gara anak mereka tidak menghabiskannya.

Perkongsian itu kemudian tular dan mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya tentang hukum meminum susu badan tersebut. Malah ramai juga yang berasa terkejut melihat perkongsian dari lelaki itu.

Menerusi video yang dikongsikan itu, lelaki itu dilihat memegang satu paket plastik yang berisi susu badan isterinya.

Difahamkan, susu badan tersebut tidak dihabiskan oleh anak mereka menyebabkan lelaki itu memilih untuk menikmatinya bersama buah-buahan yang dipotong kecil.

Dia kemudiannya menuangkan susu tersebut di dalam bekas berisi buah-buahan itu untuk dinikmatinya. Di bahagian kapsyen, lelaki itu sempat bertanyakan kepada pengikutnya tentang rasa susu ibu sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya mengenainya.

susu

Perkongsian ini turut menerima pelbagai reaksi dari netizen yang berasa bingung tentang hukum menikmati susu badan tersebut.

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, ada yang mendakwa ianya tidak menjadi masalah atau salah untuk dilakukan.

Dalam masa yang sama, rata-rata netizen turut tertanya-tanya dengan rasa susu tersebut dan tidak menyangka lelaki itu akan menghabiskannya.

Setakat ini, video tersebut telah pun menerima sejuta tontonan sebaik sahaja ianya dikongsikan di Tik Tok.

susu

“Aku pernah minum nak termuntah rasanya pastu rasa manis gila.”

lelaki

Ramai tidak tahu hukum samada boleh atau tidak sebenarnya suami minum susu badan isteri. Dibawah kami letakkan potongan rakaman video Ustaz Azhar Idrus beri jawapan.

 

Sumber : HCL / UAI Youtube/awatsheikh

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button