“Tayar pecah dari dalam”- Zarina Zainuddin Terlibat Kem4langan, Dia Beritahu Kenapa Suami M4rah

“Bila tengok kejadian tayar kereta ni .. Ya Allah permudahkan segalanya.. rupanya dia pecah terbelah macam tu dari dalam .. padahal baru dua bulan saya tukar 4 biji tayar masa nak raya puasa baru ni”
Pelakon, Zarina Zainuddin berkongsi detik cemas apabila tayar pada kereta yang dinaikinya telah pecah ketika memandu di lebuhraya pada malam tadi.
“Tayar Tiba-Tiba Pecah Terbelah”
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, kelihatan Zarina dan ibu serta anak lelakinya, Azil masih berada di dalam kereta kerana rasa takut akan kemalangan yang berlaku.
“Tayar tiba-tiba pecah terbelah. Saya, mak saya, dan Azil dalam kereta. Ya Allah nasib tiada kereta atau lori kat belakang tadi. Sekarang tadi tengah tunggu lori towing. Nak keluar takut kereta tepi highway Slim River.”-Kata Zarina Zainuddin
Dimarahi Suami
Menitipkan rasa syukur apabila dapat kembali ke rumah dengan selamat pada pagi tadi, pelakon drama Teduhan Kasih ini menceritakan bahawa dia telah dimarahi oleh suaminya kerana suka melakukan sesuatu perkara tanpa sebarang perancangan. Walaubagaimanapun, Zarina akui itu adalah kesilapannya dari dirinya sendiri.
“Sesampai di rumah ingat nak mengadu dengan suami last-last kena marah. Suami cakap saya suka buat satu benda tu tanpa rancangan. Terus gerak je sampai Sungai Buloh baru teringat nak beritahu suami.
“Saya kena marah dengan suami takpe sebab salah saya pun janji saya dapat jumpa mak saya. Sementara mak saya masih ada lagi ni.”-Kongsi Zarina
Berikut perkongsian beliau di IG
Allhamdulillah
Saya sampai rumah dengan selamat .. sesampai di rumah ingat nak mengadu dengan suami last2 kena marah .. suami cakap saya suka buat satu benda tu tampa rancangan .. terus gerak jer sampai sungai buluh baru teringat nak bagitahu suami .. abah ibu gerak ke Ipoh ambik mak rinduu sangat kat mak .. ina bawak azil sekali.. dia kata boleh ke handle tu .. sorang sorang.. insyaallah boleh.. keta okay ke saya kata okay jer padahal saya tak check pun .. saya tahu check minyak jer..dia pun tak cakap apa2 saya dah gerak .. dia tahu isteri dia ni main redah jer gi mana2 .. bagi saya saya curi curi masa yang ada kebetulan saya free keadaan mak saya saya jer tahu .. ayah saya kat Sendayan nasib adik2 saya ada jaga .. Ya Allah macamana nak buat semua saya cuba usaha juga .. masa pergi okay masa balik hari hujan lebat saya tak bawak laju sebab bawak anak dgn mak .. masa tayar tu meletop tepi belah kiri ada lori kereta saya dah hilang haluan saya pegang handle kuat kuat dah hanya manpu jerit Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar.. Ya Allah Ya Allah Ya Allah .. tayar tu dah terbelah dah tapi masih lekat pada rim .. saya terbau benda terbakar risau saya .. nasib baik masa kejadian tak ada kereta atau lori belakang kereta saya .. saya handle stering kereta ke bahu jalan rapat raoat .. Ya Allah permudahkan lah ..
Saya kena marah dengan suami takpe sebab salah saya pun janji saya dapat jumpa mak saya .. sementara mak saya masih ada lagi ni .. Saya dengan mak saya sama2 anak sulung sana2 kalau gaduh bertekak masing masing nak menang.. last2 saya sedar apa aku ni itu mak aku .. mengalahlah untuk mak walau kau betul sekali pun .. mak sorang jer kat dunia ni dah takde esok kau nanggis tak berlagu lah rindu nak gaduh dengan dia

Peluk cium anak bujang, Zarina Zainuddin ditegur supaya jaga batas – “Anak saya tak ada nafsu yang begitu”
TINDAKAN pelakon Zarina Zainuddin berkongsi momen indah mengendalikan anak sulungnya yang menghidap autisme iaitu Muhammad Razil Azrai atau Azil di laman Instagram mengundang teguran seorang netizen.
Individu berkenaan menegur tindakan Zarina memeluk Azil dan mengingatkan mengenai batas pergaulan antara ibu dan anak bujang.
“Jangan peluk-peluk sangat dengan anak bujang tu, dia pun ada nafsu juga!” tulis seorang pengikut.
Terkesan dengan teguran yang ditinggalkan individu tersebut, Zarina segera membalas komen wanita berkenaan.
“Apa la anak sendiri difikir begitu. Apalah pemikiran awak, anak saya tak ada nafsu yang begitu… dia cuma ingin belaian kasih sayang dari seorang ibu,” jawab Zarina.
ebelum itu, Zarina memuat naik rakaman video memeluk dan mencium Azil yang kelihatan berada dalam keadaan tenang.
“Hari ini memang di rumah sahaja Azil pagi tadi dah ke kedai beli surat khabar… harini tak ada bagi ubat apa-apa kat Azil, ubat kasih sayang sahaja,” tulis Zarina pada ruangan kapsyen.
Rata-rata peminat menyokong tindakan Zarina membelai dan memelihara Azil dengan kasih sayang, lebih-lebih lagi anak lelakinya itu mempunyai kekurangan diri.
“Anak-anak istimewa ni adalah anak-anak syurga… memang perlu sentiasa di peluk dan dibelai agar dia rasa sentiasa disayangi.
“Azil ni anak istimewa, dia dah macam anak kecil yang perlukan belaian kasih seorang ibu… dia seolah-olah didunia sendiri dan tak macam manusia normal lain.
“Agaknya orang yang komen tu tak pernah beri kasih sayang dekat anak ke sampai tergamak cakap macam tu? Azil dan Azal anak syurga, jangan cakap sebarang kalau tak faham!” komen pengikut.
Azil yang kini berusia 25 tahun memiliki seorang lagi kembar lelaki bernama Azal yang juga merupakan seorang penghidap autisme.
Sumber: Mstar/Murai
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: