Selepas setahun turun naik m4hkam4h, Kak KM Umumkan Dia Menang Saman. Rupanya Yang Fitnah Kak KM Dulu Pernah Jadi 'Keluarga'.. - Menujukebenaran
Uncategorized

Selepas setahun turun naik m4hkam4h, Kak KM Umumkan Dia Menang Saman. Rupanya Yang Fitnah Kak KM Dulu Pernah Jadi ‘Keluarga’..

SELEPAS hampir setahun berlarutan, usahawan kosmetik Kak KM akhirnya meluahkan rasa syukur menang dalam kes sam4n fitn4h yang dibuat oleh bekas abang iparnya sendiri.

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, bekas suami kakaknya itu memfailkan sam4n selepas dia mengambil tindakan mempertahankan diri menerusi siaran langsung di Instagram tahun lalu.

“Selama ini saya hanya berdiam sahaja. Dia banyak burvkkan saya dan kata produk saya samp4h. Dia juga bayar golongan netizen untuk sebarkan cerita tentang saya.

kak km 2

Kak KM bersyukur kes sam4n fitn4h berakhir.

“Sebelum ini saya ada buat live di Instagram menjelaskan perkara sebenar apabila ramai yang bertanya… kemudian dia guna kenyataan saya itu dan ambil tindakan sam4n kerana memfitn4h.

“Syukur akhirnya kes ini selesai dan saya menang,” katanya kepada mStar.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam Kak KM iaitu Fakhrul Azman Hassan dari Azainie & Fakhrul pada Jumaat.

Dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara, Kak KM memberitahu perkongsian di laman sosial sebelum ini bukanlah bertujuan untuk bermusvh dengan mana-mana pihak.

Namun disebabkan ada pihak cuba menjatuhkan dirinya serta memburukkan ahli keluarga membuatkan Kak KM tidak gentar untuk berdepan tindakan perundangan.

 

“Sebenarnya saya tidak sebut pun nama dia ketika sesi live itu, tetapi dia yang terasa sehingga ambil tindakan sam4n. Apa yang saya cakap semuanya betul!

Apabila berlaku begini ada juga rasa ralat, tetapi saya tidak akan berdiam kalau ia melibatkan ahli keluarga dan perniagaan

KAK KM

USAHAWAN

“Dia mahu ambil tindakan sam4n, saya tidak ada masalah kerana tahu segala kebenaran. Dia bekas abang ipar jadi saya kenal siapa dia.

“Selama ini saya tidak pernah nak bermusvh dengan orang. Apabila berlaku begini ada juga rasa ralat, tetapi saya tidak akan berdiam kalau ia melibatkan ahli keluarga dan perniagaan,” jelasnya.

Terdahulu, Kak KM berkongsi berita gembira kemenangan itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya.

“Saya tidak banyak berkongsi hal ini di media sosial kerana mahk4m4h memaklumkan tidak berbuat demikian kerana masih dalam perbicaraan,” ujarnya

Kak KM ‘bl0ck’ Normah Damanhuri di IG.

SETIAP kali muncul kontroversi membabitkan usahawan kosmetik Kak KM, nama ibunya yang juga pelakon Normah Damanhuri turut terpalit sama.

Biarpun beberapa kali sudah ditegur ibunya, namun Kak KM atau nama sebenar Liana Rosli berkata dia tetap meneruskan perkongsian video sensasi di Instagram kerana ia merupakan salah satu bentuk strategi pemasaran.

“Sebenarnya mak dah beberapa kali minta saya berhenti buat video sebab asyik kena kecam tapi saya minta dia rileks. Awal-awal dulu saya block Instagram mak saya supaya dia tak tengok video saya di Instagram tapi baru-baru ni saya buka balik.

“Dia memang pantau apa saya post, lepas tu telefon minta padam tapi saya jelaskan semula apa yang saya buat ini adalah atas urusan kerja dan perniagaan… dahulu kalau mak baca komen netizen, dia jadi down dan murung.

“Sejujurnya emak memang tegur saya hari-hari tapi saya yang degil. Kalau orang kata mak saya tak pandai jaga anak, pergi lantaklah. Kalau kau bagus jagalah anak dan emak kau baik-baik” katanya kepada mStar.

Kak KM ditemui semasa sidang media filem 3 Janda Melawan Dunia yang diadakan di GSC One Utama, Petaling Jaya Selangor pada Khamis.

Sebelum ini, kakak kepada model Ahya ini kerap menerima kecaman netizen kerana aksi dalam video yang dimuat naik di Instagram dikatakan luc4h dan melampau.

 

Netizen yang bercakap tu saya tak kisahlah. Apa video yang viral tu bukan mendatangkan dosa pun!
KAK KM
USAHAWAN

Selain itu, video Kak KM menyusukan bayi di tempat awam dan membiarkan dua anaknya merokok turut mengundang rasa kurang senang netizen.

Dalam pada itu, usahawan jamu ini memberitahu dia tidak ambil pusing dengan kecaman yang ditulis netizen kerana perkongsiannya itu atas tujuan perniagaan.

“Netizen yang bercakap tu saya tak kisahlah. Apa video yang viral tu bukan mendatangkan dosa pun. Kita dengan cara kita sebab yang viral tu produk yang saya jual cuma bila kita terangkan tu yang nampak macam lucah.

normah 1

“Yang kecam pun saya layan baik-baik sahaja, saya tak mahu bermusuh dengan sesiapa. Apa yang penting emak dan keluarga faham sudah cukup. Komen-komen buruk tu saya tak layan,” ujarnya.

Orang baik selalu AIIah pelihara” Kak KM kongsi satu berita gembira lps hampir setahun benda ni terjadi

Pempengaruh dan usahawan Kak KM sudah menerima kembali akaun Instagram miliknya yang telah digodam sejak hampir setahun yang lalu.

Menggunakan akaun Instagram asalnya, @lianarosli_offcial, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memanjatkan kesyukuran di atas berita baik itu.

“Alhamdulillah, syukur IG dapat balik dah,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Menerusi hantaran yang sama, Kak KM dilihat sedang bercuti bersama keluarga besarnya di Pulau Pinang.

Biar pun akaun digod4m sebelum ini, Kak KM tetap aktif di akaun Instagram sementara yang kini mengumpul seramai 167,000 pengikut.

Sementara itu di ruangan komen, ramai pengikut yang teruja melihat Kak KM mula memuat naik video dan foto di akaun asalnya.

“Yeahhhhh berkat sabar Kak KM!” tulis seorang wargamaya.

“Syukur alhamdulillah. Orang yang baik selalu Allah pelihara,” kata seorang wargamaya.

“Wahh i’m so happy for you Kak KM,” luah seorang wargamaya.

“Welcome back lady boss,” komen seorang wargamaya.

“Omg rindunyaaa kakak sayang dan akaun ni. Welcome back,” ujar seorang wargamaya.

“Dah lama tak tengok Kak KM. Tahniah dapat cahaya mata yang comel,” kata seorang wargamaya.

Sehingga kini, akaun Instagram asal milik Kak KM sudah mengumpul seramai 436,000 pengikut.

Sekadar info, Kak KM baru sahaja menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama Cinta Carissa.

Terdahulu, Kak KM dan suami dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

Untuk rekod, Kak KM merupakan anak kepada dramatis veteran Normah Damanhuri dan kakak kepada model Ahya Rosli.

 

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Kredit: mstar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button