Uncategorized

“Mampu ke korang bertahan 30 tahun?” Ning Baizura buka mulut buat ramai yang menggelabah

PENYANYINing Baizura meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir netizen yang mengkritik persembahannya dalam satu video tular, baru-baru ini.

Ning berkata netizen yang menulis kecaman itu tidak mengetahui situasi sebenar yang dilalui olehnya semasa membuat persembahan berkenaan.

“Senang je nak kutukkan? Jangan kurang ajar ya! Wahai manusia ingatlah Allah maha besar tau! Dan yang nak buat lawak teruskan sebab lagi viral (tular) lagi akak dapat banyak rezeki dan shows (persembahan).

“Tak payah nak kasihan-kasihan atau simpati. Kalian tidak mengetahui bagaimana perjalanan dan apa yang perlu saya harungi. Mengapa saya saya berasa begitu, bagaimana perasaan saya semasa menyanyikan lagu itu,” jelasnya menerusi Instagram.

Dalam pada itu, pelakon filem Maria Mariana 2 itu memberitahu dia membuat persembahan selama empat hari di sebuah restoran dan pub di ibu negara itu.

“Ini adalah hampir lagu ke-80 sepanjang empat hari persembahan selama dua jam berturut-turut setiap malam,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ning turut melihat video tular itu sedikit sebanyak membuatkan ramai berminat untuk mengetahui cara nyanyiannya semasa mendedangkan lagu Awan Yang Terpilu.

“Saya gembira melihat ramai yang tiba-tiba berminat dengan gaya nyanyian soprano saya. Senang. Datang untuk belajar dan cuba menyanyikannya selama 30 tahun. Kemudian kita bincang,” katanya.

Sebelum itu, kecoh di media sosial video nyanyian Ning Baizura hingga ia turut menarik beberapa penyanyi tanah air seperti Datuk Hattan.

Ning Baizura nafi sukar nyanyikan Awan Yang Terpilu

“Tidak sepatutnya tularkan video yang pendek saja. Sepatutnya muat naik yang penuh.”

Demikian kata penyanyi terkenal Ning Baizura, 47, susulan video tular di aplikasi TikTok dan Twitter membabitkan persembahannya menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu di sebuah pusat persembahan di sini, baru-baru ini.

Menerusi video itu memaparkan Ning seolah-olah tidak mampu menyanyikan lagu itu dengan baik hingga kedengaran sumbang dan tidak sampai.

Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah ketika dihubungi berkata, tindakan menularkan video itu adalah tidak munasabah selain menyifatkan ia sengaja mahu menjatuhkan reputasi dirinya.

“Sebenarnya saya buat persembahan selama empat hari berturut-turut. Setiap malam saya kena nyanyi 20 lagu, dah macam buat konsert.

Tapi, dari dulu lagu setiap kali menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu saya memang akan sebak. Ini kerana sata terkenangkan arwah ayah.

Berdasarkan video yang tular, itu adalah persembahan saya pada malam terakhir. Lagu itu pun adalah lagu yang terakhir. Penonton yang hadir pada malam itu kebanyakannya peminat. Mereka turut merasai perasaan saya yang sebak selain itu juga persembahan terakhir saya.

Sesiapa yang menyanyi dalam keadaan sebak memang suara susah nak keluar. Itulah yang saya lalui. Saya pula memang kalau menyanyi akan beremosi terutamanya kalau lagu Awan Yang Terpilu ini. Peminat yang biasa menyaksikan persembahan saya memang tahu perkara ini dan selalu saya kongsikan betapa lagu ini penuh makna pada diri saya.

“Jadi, saya berasakan mereka yang tularkan video itu adalah tidak munasabah. Tindakan itu lebih kepada nak mencari kelemahan dan cuba nak menjatuhkan saya. Lagi pula, mereka tidak ada di tempat kejadian, jadi tidak tahu apa yang berlaku,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ning, ada banyak lagi persembahannya yang bagus dan jauh lebih baik daripada itu tapi tidak ditularkan.

“Saya mahu menggunakan tular ini untuk positifkan semula apa yang berlaku. Kalau betul-betul nak dengar lagu ini kena datang persembahan saya pada masa akan datang. Kena tengok sendiri dan nilaikan.

“Persembahan yang bagus tak ada pun nak ditunjuk, tidak pula nak ditularkan. Di TikTok orang suka mencari negatif dan kekurangan dan tak munasabah apatah lagu buat sesuatu yang tak senonoh. Saya bukan orang sebegitu yang nak ambil peluang macam tu.

“Kepada mereka yang bergelar budak baru nak up (BBNU), lain kali datang tengok betul-betul persembahan. Bukan tularkan daripada video orang dan sunting bahagian tertentu,” katanya.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.