“Aku tengok video Ning tu”-Mutu Vokal Ning Baizura Di Persoal, Ini Ulasan Dari Datuk Hattan

AKU simp4ti dengan dia..”
Itulah luahan penyanyi legenda, Datuk Hattan apabila diminta mengulas mengenai mutu persembahan rakan seperjuangannya, Ning Baizura menerusi sebuah klip nyanyian lagu hit Awan Yang Terpilu yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 57, dia tidak menyalahkan Ning malah mengakui penyanyi yang bergelar aktres itu seorang penyanyi yang sangat bagus.
“Kadang-kadang, mereka pun tak mahu jadi macam tu. Aku tengok video Ning tu, bila kita capai satu tahap umur, dia l0st dia punya head voice itu.
“Tapi aku tak salahkan dia juga. Mungkin dah terlampau letih sebab yang aku baca, dia dah nyanyi 20 lagu pada 4 malam.
“Jadi kita tak boleh nak expect apa. Maafkan dia la pasal dia dah beranak, orang beranak lagi problem,” ujarnya kepada Gempak.
Hattan ditemui pada majlis malam gala filem lakonannya, Gadis Jolobu yang bertempat di panggung GSC The Starling, Petaling Jaya pada Jumaat.
Jelas pelantun lagu Biso Bonar itu lagi, dia tidak suka melihat warga maya bertindak menghakimi nyanyian Ning dan seterusnya membulinya di ruangan siber.
“Aku tak suka tengok orang bantai dia, buli dia, kau ingat dia nak buat nyanyi macam itu ke? Tak kot. Tapi cuma satu la, dia kena pergi jumpa Siti Khairani balik, dapatkan balik dia punya tu (kekuatan vokal). She is a good singer,” jelasnya.
Dalam pada itu, Hattan mengakui emosi seseorang penyanyi yang bersedih dan menangis sewaktu membuat persembahan juga boleh menentukan kualiti persembahan.
Jelas Hattan lagi, selaku penyanyi, dia sendiri pernah berdepan situsi di mana tidak dapat menghabiskan nyanyiannya akibat perasaan sebak.
“Aku masa launching lagu 5 Oktober, kan aku sangkut, aku teringat anak Bob meninggal, aku teringat aku angkat jenazah dia tu, separuh daripada lagu tu aku tak menyanyi.
“Benda itu memang boleh mempengaruhi, dia dapat balik head voice dia sebenarnya bila hujung tu. Dia dah dapat head voice itu tapi nampak dia hilang fokus yang tengah tu. Tapi dia dah buat yang terbaik, jangan salahkan dia,” katanya lagi.
Sekitar awal minggu ini, klip nyanyian Ning di sebuah persembahan kelab mencuri perhatian ramai berikutan dia didakwa gagal membawakan lagu sendiri.
Menurut Ning, tindakan menyebarkan video tersebut disifatkan sengaja mahu menjatuhkan reputasinya memperlihatkan dia seolah-olah tidak mampu menyanyi lagu itu dengan baik hingga kedengaran sumbang dan tak sampai.
‘I love being viral’ – Ning Baizura tak endah kec4man
PENYANYI terkenal Ning Baizura tidak berkecil hati dengan kecaman yang diterima netizen susulan video tular di aplikasi TikTok dan Twitter membabitkan persembahannya menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu di sebuah pusat persembahan, baru-baru ini.
Sebaliknya, menerusi beberapa muat naik di Instagram, penyanyi itu tetap memperlihatkan sikap positif dan enggan melayan kritikan yang dibuat secara melulu.
“Terima kasih kerana menularkan persembahan saya, sekarang saya ada 333,000 pengikut di Instagram.
“I love being viral,” kata penyanyi berusia 47 tahun itu dalam nada sinis di Instagram Stories.
Menerusi video yang ditularkan itu, Ning yang membuat persembahan di sebuah pusat hiburan di Bangsar, dipaparkan seolah-olah tidak mampu menyanyikan lagu itu dengan baik hingga kedengaran sumb4ng.
Dalam kenyataan kepada portal Harian Metro semalam, Ning memaklumkan dia membuat persembahan selama empat hari berturut-turut di lokasi berkenaan dengan menyampaikan 20 buah lagu, malah nilai sentimental lagu berkenaan turut menjadi faktor mengapa dia berem0si semasa menyampaikannya.
“Jadi, saya berasakan mereka yang tularkan video itu adalah tidak munasabah. Tindakan itu lebih kepada nak mencari kelemahan dan cuba nak menjatuhkan saya. Lagi pula, mereka tidak ada di tempat kejadian, jadi tidak tahu apa yang berlaku,” katanya seperti yang dipetik portal tersebut.
Ning Baizura nafi sukar nyanyikan Awan Yang Terpilu
“Tidak sepatutnya tularkan video yang pendek saja. Sepatutnya muat naik yang penuh.”
Demikian kata penyanyi terkenal Ning Baizura, 47, susulan video tular di aplikasi TikTok dan Twitter membabitkan persembahannya menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu di sebuah pusat persembahan di sini, baru-baru ini.
Menerusi video itu memaparkan Ning seolah-olah tidak mampu menyanyikan lagu itu dengan baik hingga kedengaran sumbang dan tidak sampai.
Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah ketika dihubungi berkata, tindakan menularkan video itu adalah tidak munasabah selain menyifatkan ia sengaja mahu menjatuhkan reputasi dirinya.
“Sebenarnya saya buat persembahan selama empat hari berturut-turut. Setiap malam saya kena nyanyi 20 lagu, dah macam buat konsert.
Tapi, dari dulu lagu setiap kali menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu saya memang akan sebak. Ini kerana sata terkenangkan arwah ayah.

Berdasarkan video yang tular, itu adalah persembahan saya pada malam terakhir. Lagu itu pun adalah lagu yang terakhir. Penonton yang hadir pada malam itu kebanyakannya peminat. Mereka turut merasai perasaan saya yang sebak selain itu juga persembahan terakhir saya.
Sesiapa yang menyanyi dalam keadaan sebak memang suara susah nak keluar. Itulah yang saya lalui. Saya pula memang kalau menyanyi akan beremosi terutamanya kalau lagu Awan Yang Terpilu ini. Peminat yang biasa menyaksikan persembahan saya memang tahu perkara ini dan selalu saya kongsikan betapa lagu ini penuh makna pada diri saya.
“Jadi, saya berasakan mereka yang tularkan video itu adalah tidak munasabah. Tindakan itu lebih kepada nak mencari kelemahan dan cuba nak menjatuhkan saya. Lagi pula, mereka tidak ada di tempat kejadian, jadi tidak tahu apa yang berlaku,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Ning, ada banyak lagi persembahannya yang bagus dan jauh lebih baik daripada itu tapi tidak ditularkan.
“Saya mahu menggunakan tular ini untuk positifkan semula apa yang berlaku. Kalau betul-betul nak dengar lagu ini kena datang persembahan saya pada masa akan datang. Kena tengok sendiri dan nilaikan.
“Persembahan yang bagus tak ada pun nak ditunjuk, tidak pula nak ditularkan. Di TikTok orang suka mencari negatif dan kekurangan dan tak munasabah apatah lagu buat sesuatu yang tak senonoh. Saya bukan orang sebegitu yang nak ambil peluang macam tu.
“Kepada mereka yang bergelar budak baru nak up (BBNU), lain kali datang tengok betul-betul persembahan. Bukan tularkan daripada video orang dan sunting bahagian tertentu,” katanya.
Artikel asal disiarkan di Gempak.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: