““Ingat, d0sa dia saya tanggung ok”-Pemakaian istri ditegur, suami sound orang awam.. Sekali ini yang netizen perasan - Menujukebenaran
Uncategorized

““Ingat, d0sa dia saya tanggung ok”-Pemakaian istri ditegur, suami sound orang awam.. Sekali ini yang netizen perasan

Dalam agama Islam, terdapat adab dan cara tertentu bagi menegur kesilapan orang lain. Salah satunya adalah secara tertutup supaya tidak menjatuhkan atau mengaibkan seseorang.

Terbaru, seorang suami seolah-olah berang apabila pemakaian isterinya ditegur oleh seorang lelaki dipercayai dalam sebuah acara pelancongan di Dataran Nilai, Seremban.

Menerusi satu muat naik rakaman di aplikasi TikTok, wanita tersebut lega apabila suaminya terus bersemuka dengan lelaki itu selepas mengadu berhubung cara teguran berkenaan.

“First time nampak suami I marah orang macam ni. I terkejut terus dia pergi sound lelaki tu lepas I bagitahu dia.
“Time ni I rasa bangga jap sebab nampak suami I gentleman sangat bila orang kacau bini dia. Love you sayang.
“Lelaki tu jual buku kot kat event ni. Bila I lalu sebelah dia, dia terus cakap ‘tak malu ke pakai macam ni?’… I terus pandang dia and jeling, bagitahu suami sebab lelaki tu stil duduk pandang-pandang,” tulisnya.

Menurut wanita itu, dia tiada niat membuatkan orang ramai mengecam lelaki terbabit tetapi kurang selesa dengan cara pandangan yang didakwa seperti ‘lelaki gatal’.

“Saya post bukan sebab nak orang kecam lelaki tu, tapi dia memang nampak gatal dari jauh pandang atas bawah dengan pandangan macam nak terkam.
“Saya suruh hati-hati sebab takut orang lain kena ganggu atau raba sebab muka dia memang nampak macam perogol bersiri,” dakwa wanita berkenaan.

Tambahnya, dia dan suami menganggap tindakan lelaki itu adalah satu bentuk gangguan seksual dan bukan sejenis teguran berhikmah yang diajarkan dalam Islam.

“Dia bukan tegur saya macam semua orang fikir tu. Dia memang sindir or mengata tak tahu lah nak explain macam mana. Suami saya bukan terus sound, bagi salam dan tanya,” katanya.

Bagaimanapun, wanita terbabit memohon maaf sekiranya tindakan dia dan suami dianggap biadab selain mengakui belum sempurna dalam usaha menutup aurat.

 

 

Di ruangan komen, netizen memberi pelbagai reaksi negatif dan positif.

“Betul, dia suruh jaga adab. If you’re stranger, as Muslims, you should tegur in private or whispers to the husband. Itu cara yang sah,” kata Izara.

“Kalau aku, aku tak bangga pun kalau laki aku macam ni. Aku lagi malu sebab kita ada suami, patut suamilah yang tegur cara pakaian isteri, bukan orang lain,” kata Mellow Ais.

“Nak backup isteri dah betul, tapi itulah tak kena tempat. Last-last semua orang backup pakcik tu,” kata Tuan MD Zaki.

Melalui pemerhatian di ruangan komen, majoriti netizen menyokong tindakan peniaga berkenaan membuat teguran itu meskipun pahit untuk ditelan.

 


Sumber: TikTok Mia Khalidah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button