Uncategorized

“Awak bercakap dari sebelah pihak ke tuan? Baru je Shahrol Shiro Backup FiziAli, Sekali Ajak buka kisah lama dedah sesuatu tentang Shahrol…

KEPUTUSAN Fizi Ali meninggalkan Suria FM mendapat reaksi pelawak Shahrol Shiro yang mendakwa pihak pengurusan stesen radio itu tidak profesional semenjak dia masih lagi bergelar penyampai saluran itu.

Perkongsian panjang lebar yang dikongsi oleh Shahrol itu kurang disenangi Ajak yang merupakan penyampai segmen Team Pagi Suria bersama Suraya Borhan.

“Awak bercakap dari sebelah pihak ke tuan? Hakikatnya tak bergaduh pun. Perlu ke nak up isu ini? Perlukan spotlight ke?

ajak 2

Shahrol dan Ajak menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2018.

“Buat benda yang lebih berkualiti, menyatupadukan. Bukan melaga-lagakan. Hakikatnya semua kawan. Kalau awak anggap musuh, biar seorang sahaja tak perlu ajak kawan,” komen Ajak.

 

 

 

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak nampaknya tidak mendiamkan diri dan membalas kenyataan yang dibuat Shahrol itu. Malah, penyampai radio ini dilihat turut membuat dakwaan yang mengejutkan ramai.

Komen yang ditinggalkan Ajak ini dilihat mendapat respon daripada Shahrol. Menurut Shahrol dia tidak perlukan sebarang ‘spotlight’ sebaliknya bersuara apabila melihat ada sahabat yang ditindas.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak nampaknya tidak mendiamkan diri dan membalas kenyataan yang dibuat Shahrol itu. Malah, penyampai radio ini dilihat turut membuat dakwaan yang mengejutkan ramai.

Di ruangan komen, netizen nampaknya keliru dengan apa sebenarnya yang telah berlaku di antara mereka. Peminat mendoakan agar segala kemelut yang tercetus dapat diselesaikan.

Shahrol terdahulu berkongsi pengalaman perkhidmatannya bersama Suria FM sebelum ditamatkan gara-gara masalah disiplin.

Ajak dan Shiro yang sebelum ini pernah bersama dalam kumpulan Shiro dilihat cuba berkongsi pendapat masing-masing dalam perjalanan mereka bergelar penyampai radio.

Memberi respons terhadap komen Ajak itu, kata Shahrol pengundurannya telah membuka ruang rezeki buat Ajak yang ditawarkan ke Suria FM selepas berkhidmat dengan Hot FM.

Dalam komen balas lain, Ajak mendedahkan dia pernah menangguhkan tawaran Suria FM kerana memikirkan persahabatan bersama Shahrol dan turut meminta pihak pengurusan stesen itu tidak meneruskan tindakan saman terhadap sahabatnya kerana isu dalaman.

“Hari pertama saya keluar Hot FM saya dipelawa untuk sertai Suria. Dalam perbincangan untuk tukar gambar awak kepada saya. Atas dasar sahabat, saya pilih menganggur daripada ambil tempat awak.

Ini beza dengan apa yang awak buat pada saya waktu kita dapat tawaran Era awal karier dulu sahabat
AJAK
PENYAMPAI RADIO

“Saya juga merayu pihak Suria tidak teruskan saman atas masalah lama awak. Hakikatnya selepas setahun awak tinggalkan barulah saya sertai Suria.

“Ini beza dengan apa yang awak buat pada saya waktu kita dapat tawaran Era awal karier dulu sahabat. Awak kata kita jangan terima. Saya percaya cakap awak dan saya tolak pelawaan radio nombor satu. Rupanya awak terima pelawaan itu dengan orang lain,” katanya.

Fizi yang sebelum ini bersama Ajak dan Suraya Borhan mengendalikan Team Pagi Suria mengumumkan pengunduran dan memulakan kerjaya di di stesen Hot FM bersama Fad di segmen Sembang Squad.

Fizi Ali Tampil Beri Respond Tentang Apa Yang Diperkatakan Oleh DJ Lin Suria FM

“Saya tidak nafikan berhenti secara mengejut dan mengakui kesilapan itu. Tapi saya sudah pun meminta maaf sebelum meninggalkan Suria FM bulan lalu”.

Demikian respons penyampai radio Fizi Ali apabila mengakui terdapat kesilapan sendiri berhubung isu perhijrahan saat akhir dari stesen radio Suria FM ke Hot FM sehingga mengguris hati majikan lama, terutama Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin.

Fizi atau nama lengkapnya Mohd. Hafizudin Alimudin bagaimanapun menjelaskan, isu tersebut dianggap sudah selesai selepas memohon kemaafan daripada semua pihak di Suria FM pada hari-hari terakhir sebelum meninggalkan stesen radio tersebut pada hujung bulan lalu.

“Saya tidak nafikan pergi meninggalkan stesen Suria FM secara mengejut dan saya akui kesilapan itu. Cuma sebelum saya berhijrah ke Hot FM, saya sudah pun meminta maaf kepada semua, selain memohon restu sebelum memulakan tugas di tempat baharu.

“Saya tidak pergi begitu sahaja. Alhamdulillah, masing-masing merestui penghijrahan saya dan saya anggap isu tersebut telah selesai,” katanya.

Ujar penyampai radio berusia 33 tahun itu lagi, sebelum kontraknya bersama Suria FM berakhir pada Julai lalu, stesen tersebut ada membuat tawaran sambungan kontrak, namun Fizi tidak memberi kata putus kerana perlu berbincang bersama keluarga.

Pada masa sama, Fizi mendapat tawaran sebavai penyampai radio di Hot FM dan berasakan tawaran tersebut sebagai satu peluang besar untuk mengembangkan lagi kerjayanya dalam bidang pengacaraan.

“Apabila saya ditawarkan menjadi penyampai radio di Hot FM, saya berbincang dahulu dengan keluarga untuk mendapatkan restu. Alhamdulillah saya rasa berbesar hati dengan tawaran yang diberikan ini,” katanya.

Bercakap tentang isu kerugian yang terpaksa ditanggung pihak Suria FM selepas terpaksa merombak semula kerja-kerja bagi promosi Jelajah 90 Suria yang bakal diadakan bermula 6 Ogos nanti, Fizi enggan memanjangkan isu tersebut, namun amat terhutang budi kepada stesen radio yang telah memperkenalkan namanya dalam bidang penyampaian radio.

“Saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu. Cuma saya mahu berterima kasih kepada majikan lama. Saya sayang mereka. Suria FM yang memperkenalkan nama saya kepada pendengar.

“Saya tidak pasti jika pihak sana masih lagi terkilan. Apa yang pasti, saya sudah pun meminta maaf pada semua. Sepatutnya tidak perlu ada apa-apa isu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fizi turut mengakui peluang yang ditawarkan Hot FM untuk menjadi penyampai radio mereka sebagai satu peluang besar yang tidak boleh dilepaskan.

Katanya, selain bergelar penyampai radio, Fizi turut sama mengintai peluang untuk menyerlahkan lagi bakatnya dalam bidang pengacaraan televisyen.

“Saya pun minat bidang pengacaraan. Jadi peluang saya untuk ke arah itu besar selepas menyertai Hot FM. Kalau kata saya seorang yang tidak setia, saya tidak akan kekal selama enam tahun di sana (Suria FM).

“Saya berhijrah bukan disebabkan bayaran semata-mata, tetapi kerana banyak peluang yang ditawarkan untuk serlahkan lagi nama Fizi Ali. Perkara itu yang membuatkan saya tekad untuk berpindah kerja,” katanya yang mengimpikan untuk bergelar pengacara Anugerah Juara Lagu suatu hari nanti.

Terdahulu, DJ Lin mengakui terkilan dengan tindakan Fizi berhubung keputusan pernghijrahan ke stesen radio lain yang dibuat pada saat akhir.

 

Kredit:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.