“Ketika Itu Saya Lafaz ‘Ya Allah”- Isteri Pnyanyi Zul Mimpi Ular Tedung Hitam Dan Selepas Itu Ini Yg Terjadi Kepada Beliau

Isteri kepada penyanyi dan komposer Zul (2 by 2), Intan Maya mendedahkan dia dua kali mengalami keguguran selepas mendirikan rumah tangga sejak 22 Februari lalu.
Intan Maya yang juga penyanyi selain pernah menganggotai kumpulan The Girls reda dan berdoa semoga dikurniakan rezeki zuriat bersama Zul selepas ini.
Terdahulu, dia mendedahkan pernah diuji dengan kesakitan dipercayai akibat perbuatan khurafat atau ilmu hitam.
“Beberapa bulan lalu saya tak datang bulan, ‘sangkut’ (hamil) ke. Namun saya ada beritahu suami, kenapa rasa tak sedap badan. Masa hamil yang pertama, saya mimpi ular tedung warna hitam dan merah.
“Suasana ketika itu seolah-olah di sebuah perkampungan dan saya tiba-tiba jatuh tergolek dari lereng bukit yang ada air terjun. Jadi bila nak bangun tu, macam terpegang ular tersebut. Cuma dia tak patuk.
“Ketika itu saya lafaz ‘Ya Allah’ dan tak lama kemudian, ular itu berlalu pergi. Bila bangun rasa bahagian perut sakit. Dapat tahu gugur,” katanya.
Maya menambah, sebelum keguguran kali kedua pula, dia turut berdepan situasi aneh.
“Ia berlaku ketika kami berada di kedai makan. Malam sebelumnya, saya berada di bilik jahitan. Tiba-tiba dengar bunyi menyeramkan. Saya cari suami dan bertanya mengenai bunyi terbabit. Suami tak tahu menahu.
“Bila dia ke bilik air dan saya pula baru nak lelap, tiba-tiba saya tergerak hati nak buka mata. Saya terkejut seolah-olah ternampak satu lembaga dari arah tingkap. Ya Allah buruknya muka dia dengan serabainya.
“Terkejut dengan apa berlaku, saya kembali lelap dan bila bangun pagi kami keluar untuk sarapan. Tengah duduk, muncul seekor lipan berjalan arah ke saya. Bila tegur, ia pusing balik.

“Selepas matikan ia, badan rasa ‘bisa’ sangat. Lalu saya alami keguguran lagi baru-baru ini. Saya anggap kami belum ada rezeki,” katanya.
Zul bagaimanapun berdoa dan tetap cari usaha untuk mengekang masalah dari terus dihadapi isteri.
“Siapa yang tak rasa kecewa. Cuma kami suami isteri tetap ikhtiar apa yang boleh dibuat (berubat). Pada masa sama kita buat solat minta dipermudahkan, selain amal baca Yasin.
“Perkara tersebut terjadi pada isteri. Ia pengalaman juga buat saya. Saya cuba fahami dan yang penting ambil tahu apa gangguan yang dialaminya. Saya di sisi untuk mengawal keadaan,” katanya lagi.
Pasangan tersebut ditemui pada Sidang Media Pelancaran Single Penyanyi Aiden Daniel di Arina SkyView KL, pada Ahad.
Zul mula mengenali Intan Maya secara dekat pada majlis berbuka puasa April, tahun lalu dan mereka kemudian bertunang pada Jun. Sebelum itu, kedua-duanya hanya kenal sebagai rakan artis.
Menerusi perkahwinan mereka yang terdahulu, Zul mempunyai lima anak, manakala Intan Maya pula mempunyai empat cahaya mata.
Info menarik tentang Zul dan kumpulan 2 By 2
1) Kumpulan 2 By 2 merupakan sebuah kumpulan penyanyi padu suara yang pernah aktif di Malaysia. Mereka menyampaikan lagu-lagu Melayu.
2) Kumpulan 2 By 2 pernah popular suatu masa dulu dengan lagu Mawarku yang didendangkan bersama-sama penyanyi tersohor tanahair Dato’ Siti Nurhaliza. Lagu Mawarku pernah mendaki carta teratas di stesen-stesen radio tanahair pada waktu itu.
3) Album pertama mereka yang memuatkan lagu Mawarku mendapat sambutan di luar jangkaan sehingga mencatatkan jualan melebihi 150,000 unit di pasaran.
4) Album kedua mereka yang memakai judul Pak Pung Pak Mustape juga mencapai kejayaan dengan jualan sebanyak 80,000 unit.
5) Bagaimanapun ketika album ketiga mereka dikeluarkan, mereka terbabit dengan kontroversi yang mengaitkan perbalahan sesama anggota kumpulan menyebabkan pasaran album Juwitaku agak lembap dan hanya dijual 20,000 unit sahaja.
6) Selepas pengeluaran album ketiga, kumpulan 2 By 2 agak sepi daripada sebarang publisiti walaupun lagu-lagu mereka masih menjadi siulan ramai.
7) Penyanyi utamanya, Zul ketika itu telah membuat keputusan untuk menerima tawaran syarikat rakaman SRC sebagai Pengurus A & R.
8) Sementara anggota yang paling diminati, Halim juga telah mengorak langkah dengan melahirkan sebuah album solo berkonsep Hindustan dengan memakai nama Ali Khan.
9) Dua anggota kumpulan ini, Faizal dan Man pula lebih senang menguruskan perniagaan mereka di luar Kuala Lumpur.
10) Anak sulung Zul 2 By 2 bersama bekas isteri Isma yang bernama Muhammad Haiqal Aiman, 23 merupakan pemain dram kumpulan TreeHill
Sumber: Media hiburan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: