Ramai tak suka, dilabeI serabut dan bingit di HotFM! Ini jawapan padu balas dari Johan - Menujukebenaran
Uncategorized

Ramai tak suka, dilabeI serabut dan bingit di HotFM! Ini jawapan padu balas dari Johan

Pelawak, pelakon dan penyampai radio iaitu Johan kini telah pun berkerja dan memulakan tugas di radio yang baru iaitu Hot FM setelah bertahun-tahun di Era FM.

Namun begitu, ada pendengar Hot FM yang mengatakan bahawa kemasukkan Johan di segmen pagi Bekpes Hot FM itu gag4l untuk mendapatkan respon yang baik.

 

Berganding dengan dua lagi penyampai radio yang senior iaitu Fara Fauzana dan AG, ada mengatakan dan mel4bel Johan sebagai b1ngit.

Ini sekali gus membuat ramai yang tak setuju Johan sertai Fafau dan juga AG.

 

“Dah tak best, jadi serabvt dan b1ngit, terus spoil Fafau dan AG.” Itu antara penulisan pendengar Hot FM.

Menjawab komen tidak baik dari sesetengah net1zen, Johan tak mudah mel4tah. Ini jawapan dari Johan.

“Kadangkala orang yang menulis dan memberi komen ni, dia pun tak dengar station radio tu.

Ketika di station radio lama saya, memang pelbagai dan macam-macam yang orang komen. Tetapi saya tetap jadi nombor satu.”

“Bagi saya, rasanya yang komen itu hanya segelintir atau secebis saja. Saya tak boleh lupa kepada orang yang menyokong, apa yang orang nak komen itu terserahlah sebab di akhirnya nanti kena tengok result.”

“Saya b1ngit ke saya tak b1ngit ke, kita tengok result tu nanti.”

Kata Johan, ketika di hari pertama dia telah menerima respon yang pos1tif.

“So far, saya baru first day, saya dapat komen yang baik dan pos1tif, dan saya perlu teruskan.”

“Kalau sorang komen yang tak baik, takkan saya nak terus berhenti. Saya jadikan itu sebagai cabaran dan saya akan teruskan dan akan baiki, tu saja.”

 

Menjawab tentang tanggapan pendengar yang mahu orang baru serta tak mahu dah pelawak jadi penyampai radio, ini pula komen Johan.

“Kalau nak fresh boleh lah tengok berita. Apa yang saya nak buat ini ialah untuk hilangkan tek4nan. Kalau nak info semasa tengoklah berita.”

“Dekat saya bukannya tak ada info, ada, tetapi lebih kepada entertainment.”

Itulah komen dari Johan Raja Lawak yang kini berganding dengan Fafau dan AG di segmen pagi Hot FM.

Saya kerja untuk duit”- Dibayar RM500,000 Untuk Masuk Hot FM? Johan Cerita Hal Sebenar

Pelawak dan penyampai radio, Johan tidak memberi komen berhubung bayaran diterima yang didakwa mencecah RM500,000 untuk berhijrah ke stesen radio Hot FM.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik nama Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz itu sebaliknya mengakui dia mencari rezeki untuk mendapatkan duit.

“Soal bayaran saya no comment. Saya bekerja untuk duit, untuk anak bini saya. Sebelum ini bekerja sendiri, apabila mati saya tak tinggalkan apa-apa, cuma tinggalkan tanah perkuburan saja.

“Jadi, saya memang bekerja untuk duit. Saya memang akan pastikan orang bila dah bayar saya, berbaloi dengan hasil kerja saya.

“Sebab itu saya tak peduli, saya datang dengan ‘barang’ (pengalaman dan pengetahuan) saya, kita buat ini, buat itu.

Minta maaf cakap, saya agak tegas dengan AG dan Fafau (Fara Fauzana),” katanya  yang sebelum ini berkhidmat selama 11 tahun di radio Era.

 

Lebih sedekad menjadi pelawak, Johan berkata dia tahu cara menyampaikan celoteh dengan sebaiknya sekali gus dapat menarik perhatian pendengar.

“Saya pelawak, saya faham macam mana perbualan itu nak bagi menarik.

Di mana nak ‘punch line’, siapa nak bawa ‘story’ itu, perkara ini saya bentangkan kepada mereka.

“Mereka adalah penyampai radio, saya satukan sebagai pelawak dengan penyampai radio supaya ia tak bertindih dan ia berjalan lancar,” ujarnya.

Pelawak berusia 38 tahun itu berkata, antara sebab dia menerima tawaran daripada Hot FM adalah mahu menjadikan jenama radio berkenaan sebagai stesen nombor satu.

“Saya tamat kontrak dengan stesen radio lama pada 30 Jun lalu.

Ketika itu saya merancang untuk berehat dahulu dan fokus pada perniagaan dan menguruskan anak-anak. Namun, selepas menerima tawaran…

“…selain mengenangkan hubungan baik yang terjalin antara saya dengan ‘boss’ (Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran yang mana pernah menjadi majikan saya dulu serta beberapa peluang lain, itu saya terima,” kongsinya.

Dalam pada itu, dia yang mengendalikan segmen pagi, Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat bersama AG dan Fara Fauzana mengakui akan menggunakan pengalaman berkenaan radio bagi membantu menaikkan ‘rating’ stesen tersebut.

Biodata Johan

Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan (lahir 13 Jun 1984) merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia.

Beliau mempunyai darah kacukan Cina di sebelah ibu dan Melayu di sebelah bapanya. Bakatnya diwarisi daripada bapa saudaranya, pelawak lagenda Salih Yaacob.

Beliau mengacarakan program realiti Raja Lawak sejak musim kedua setelah memenangi tempat ketiga pada musim pertama.

Beliau merupakan peserta Maharaja Lawak bergandingan bersama Zizan yang membentuk gandingan Jozan dan dinobatkan sebagai naib juara.

Johan ialah anak saudara kepada pelawak veteran, Salih Yaacob[1] dan sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn Waty sebelum bergelar selebriti lagi.

Johan juga merupakan seorang peminat tegar Arsenal. Beliau kerap kali dilihat memakai jersi Arsenal dan meminati pasukan tersebut sejak dari kecil lagi.

Sumber: OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Sumber:NT

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button