"Ramai yang pelik Ajak tiba tiba dedh rahsia Iama" rupanya ini K0men Shahrol Shiro Yg buat dia terasa - Menujukebenaran
Uncategorized

“Ramai yang pelik Ajak tiba tiba dedh rahsia Iama” rupanya ini K0men Shahrol Shiro Yg buat dia terasa

“Dulu saya, sekarang sahabat lama saya Fizi Ali pula,” kata pelawak Shahrol Shiro yang mend.akwa stesen radio Suria FM tidak bersikap profesional apabila penyampainya memilih untuk berhenti atau tidak disambung kontrak.

Shahrol yang juga bekas penyampai Suria FM berkata, kenyataan memb.urukkan bekas penyampai membawa impak besar termasuk dirinya yang pernah terpalit dengan i.su bersama stesen radio itu sebelum ini.

Selepas i.su yang terjadi antara kita suatu masa dulu, saya ingat stesen radio kamu akan lebih profesional dan menghargai penyampai yang pernah bertugas menabur bakti di sana, rupanya masih sama.

Datang dan pergi penyampai di sesebuah stesen radio itu lumrah, sama seperti pasukan bola sepak tetapi saya melihat apabila penyampai di stesen lain mengambil keputusan keluar atau dikeluarkan, pihak pengurusan stesen radio tidak pula mengeluarkan kenyataan ne.gatif penyampai itu.

Johan meninggalkan Era FM, tetapi stesen radio terbabit tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur n.egatif dan kita semua di luar ini tidak tahu pun punca beliau keluar. Ini contoh sikap profesional yang patut dicontohi.

“Kenyataan membu.rukkan bekas penyampai kamu nampak ringan tetapi impaknya besar. Sehingga ke hari ini pun masih ada komen yang mengatakan masalah disiplin saya padahal saya sudah menerangkan keja.dian sebenar,” tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya.

Komen Dari Shahrol Buat Ajak Buka Cerita Lama

Perkongsiannya itu juga kurang disenangi oleh rakan yang juga ahli kumpulan Shiro iaitu Ajak Shiro yang mempersoalkan t.indakan Shahrol yang mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Komen Ajak itu dibalas balik oleh Shahrol yang menyentuh mengenai pengu.ndurannya membuka rezeki kepadanya ke Suria FM selepas berkhidmat di Hot FM.

Ajak menyifatkan kenyataan Shahrol yang menyentuh mengenai pengundurannya memberi laluan rezeki buatnya disifatkan sebagai orang yang s.ombong.

Ajak berkata dia sudah bertahun-tahun tidak dihubungi atau berkomunikasi dengan rakan sekumpulannnya dalam Maharajalawak itu.

“Tapi bila dia komen kemunduran dia menjadi asbab rezeki kepada saya dan keluarga , saya rasa ayat dia tu seperti anggap diri dia Tuhan. Ini adalah ciri-ciri orang yang sombong bila rasa diri dia terlalu berguna,” katanya.

“Hakikatnya, pada hari pertama saya keluar Hot FM saya dapat o.ffer untuk sertai Suria. Saya cakap dengan dorang minta maaf saya tak mampu nak join Suria sebab kalau keluar gambar Shahrol, letak gambar saya dia tak cantik,” katanya.

Kata Ajak lagi, dia menerima tawaran daripada Suria FM sebaik sahaja keluar dari stesen radio yang lama namun memilih untuk menganggur demi sahabatnya itu.

Sedangkan saya tak perlu fikir pun ma.salah dia. Tapi fikir pasal dasar sahabat, saya pilih menganggur Shahrol daripada ambil tempat awak.

Awak jangan rasa ini tempat awak, awak tak sedar ke tempat ini dah diduduk oleh Fara Fauzana, ada lagi nama orang lain, selepas itu baru saya masuk.

Saya juga merayu pihak Suria tidak teruskan s.aman atas m.asalah lama awak. Hakikatnya selepas setahun awak tinggalkan barulah saya sertai Suria.

“Ini beza dengan apa yang awak buat pada saya waktu kita dapat tawaran Era awal karier dulu sahabat. Awak kata kita jangan terima. Saya percaya cakap awak dan saya tolak pelawaan radio nombor satu. Rupanya awak terima pelawaan itu dengan orang lain,” katanya.

Menerusi temubual itu, Ajak memohon maaf kerana terpaksa membuka cerita lama kerana tidak mahu lagi dipi.jak dan dia bukan lagi budak kecil yang boleh dipermainkan.

Minta maafla saya terpaksa buka semua ni, tapi rasanya tak perlulah saya hormat orang yang dah pi.jak kepala saya. Yang tak pandang pun isteri saya tu saudara dia, anak-anak saya tu anak saudara dia. Saya cakap cukuplah sampai disini sahaja.

“Shahrol, cukuplah bagi jawapan pusing-pusing ni. Saya bukan budak kecil. Dulu mungkin 25 26 saya diam. Sekarang saya dah 37 tahun saya perlukan ketenangan tu semua. Jadi saya nak nasihat awak semua janganlah sanjung kaduk dah naik junjung ni. Fikir-fikirkanlah,” katanya.

Sumber : Mstar/IG/lamanmaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button