“Sebab tu la aku tak boleh duduk dengan B40..”- Netizen selar penghuni rumah flat tengok TV macam orang pekak, jiran siap ‘cop’ suka buat bising... - Menujukebenaran
Uncategorized

“Sebab tu la aku tak boleh duduk dengan B40..”- Netizen selar penghuni rumah flat tengok TV macam orang pekak, jiran siap ‘cop’ suka buat bising…

KEBIASAANNYA kes simbahan cat merah pada kereta atau rumah sinonim dengan sindiket Ah Long bagi tujuan menakut-nakutkan mangsa.

Namun lain pula dengan nasib penghuni rumah di sebuah pangsapuri ini apabila dinding rumahnya disembur dengan cat berwarna ungu.

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila semburan cat ungu itu tertera perkataan ‘rumah suka bising’.

Situasi berkenaan dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok oleh seorang ejen hartanah, Muhammad Ridwan Ibrahim @ Zahari semasa berkunjung ke rumah pelanggannya di sebuah pangsapuri di Kajang, Selangor pada Isnin.

Pemuda berusia 30 tahun itu berkata, pelanggannya yang tinggal berhampiran dengan rumah semburan cat ungu tadi merancang untuk menjual unitnya dan kehadirannya pula adalah bagi melakukan pemeriksaan sebelum mencari bakal pembeli.

Clien saya tinggal berjiran dengan rumah yang kena spray. Masa di luar rumah, saya terdengar bunyi bising dan tercari-cari punca daripada mana ia datang.

“Kemudian saya dengar bunyi bising tu dari rumah seorang jiran. Masa tu baru pukul 11.30 pagi. Patutlah rumah tu kena spray, memang bising,” katanya kepada mStar.

Tangkap layar video di sebuah pangsapuri.

Berpengalaman sebagai ejen hartanah selama tiga tahun, Ridwan berkongsi rasa simpati terhadap jiran-jiran sekeliling termasuk pelanggannya yang terpaksa menahan diri daripada bunyi bising seperti itu.

“Selain buat inspection dalam rumah, saya juga buat rondaan di kawasan sekitar untuk lihat keadaan perumahan dan kemudahan parkir.

Apabila datang dekat rumah bising tu, saya sangka orang bujang tinggal. Tapi ia dihuni satu keluarga sebab boleh dengar suara kanak-kanak,” ujarnya yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Menurut bapa kepada dua anak itu, kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku yang melibatkan rumah jiran bising ketika melakukan pemeriksaan.

“Pernah sekali di flat di Cheras, saya sedang bawa potential buyer untuk tinjau sebuah rumah. Baru nak naik tangga, kami dah boleh dengan bunyi bising lagu yang dipasang sangat kuat.

Potential buyer kemudian tak berminat untuk beli. Walaupun tak diberitahu puncanya, tapi berdasarkan pengalaman, salah satu sebab kerana bunyi bising daripada rumah jiran.

rumah suka bising 3

Ridwan melakukan rondaan di sekitar perumahan flat di Kajang.

“Sebagai ejen, ada selling value untuk jual rumah. Selain kemudahan, aspek ketenangan juga penting. Macam mana buyer nak hadap 10 atau 20 tahun lagi kalau bunyi bising berterusan.

Pemilik pun susah nak jual rumah kalau jiran suka buat bising,” tambahnya.

Malah kata Ridwan, dia menyedari rumah pelanggannya di Kajang melakukan pengubahsuaian dengan pemasangan pintu dan tingkap yang lebih kedap bunyi.

Sikap individu yang tak ada common sense inilah memburukkan golongan B40.
RIDWAN

“Sepatutnya apabila hidup di kawasan perumahan berstrata, kena ada common sense dan respect jiran. Kalau jiran tak tahan bunyi bising, akan jadi macam ni la sampai rumah kena spray.

“Tapi saya rasa penghuni ‘Rumah Suka Bising’ tu memang jenis keras hati dan tak peduli. Sebabnya rumah dah kena spray pun masih tetap buat bising,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan perasaan geram mereka yang pernah berdepan situasi sama membabitkan jiran.

Kenapa dia tengok televisyen macam orang pekak? Sebab tu la aku tak boleh duduk dengan B40

rumah suka bising 1

Ridwan berkongsi pengalaman sebagai ejen hartanah.

“Bukan setakat flat, rumah teres pun ada macam ni. Buka radio, main alarm kereta sampai nak satu taman dengar!

“Aku ada jiran yang jenis terpekik terlolong marah anak setiap masa, sangat mengganggu kehidupan seharian,” kata beberapa netizen.

Bagaimanapun Ridwan menolak persepsi segelintir netizen di ruangan komen yang melabelkan tindakan penghuni rumah flat tersebut sebagai mentaliti golongan B40.

“Tak boleh nak salahkan golongan B40, sebenarnya ini sikap individu. Ada je rumah landed yang dihuni M40 pun buat bising sehingga mengganggu jiran-jiran.

“Tapi disebabkan sikap individu yang tak ada common sense inilah memburukkan golongan B40. Individu itu sendiri yang perlu ubah dirinya, bukan komuniti sekeliling,” katanya.

Antara komen netizen

Masa PKP yang lalu jiran sebelah pintu buat rumah jadi disco siap pasang lampu lip lap lagi asyik buka lagu bolywood. Sekarang ni dapat jiran suka nyanyi karaoke. Kalau suara sedap oklah tapi ini macam baung kena tukang atau katak panggil hujan. Sebab dua dua tu penyewa sahaja kat rumah teres sini. Nanti bila kami dah tak tahan dan report polis dia pindah saja rumah lain.

Saya tak mau menghakimi tapi berdasarkan pengalaman sendiri tinggal di perumahan kos rendah dulu, sebelah pagi kaum ibu dah lepak kat luar berborak/gosip, bila balik kerja giliran kaum lelaki plak. Kalau x join mengata kita sombong. Bila bergaduh dgn jiran diajak kita sekali bergaduh & jgn bercakap dgn musuh dia. Ada geng2 dlm kejiranan tu & kumpulan2 ni mmg bergaduh mulut & fizikal. Taman permainan dkt rumah jdi tempat leraikan motor curi, mlm2 yg golongan muda dok buat maksiat. Akhirnya saya ambil keputusan pindah sbb persekitaran yg tak baik.

Jiran atas saya seminggu sekali mesti gaduh laki bini, bini dia spesis hulk saya rasa sebab kalau gaduh habis bunyi pecah2, barang dlm rumah dia baling pastu dia bertukar jadi kuat dia seret tong gas.. Saya kat bawah ni sampai ketakutan takut syiling bocor je sebab bini dia kuat bukan main 

Bersangka baik. Mungkin jiran ni ada masalah pendengaran. Masalah mental. Suka suasana bising. AJK rukun tetangga kena campur tangan. Bina bilik kalis bunyi ke?.

Vide0:

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button