‘Dia Yang Guide Aku, Nina Yang Ubah Aku.. Tapi sekarang aku… ’ – Noh Salleh - Menujukebenaran
Uncategorized

‘Dia Yang Guide Aku, Nina Yang Ubah Aku.. Tapi sekarang aku… ’ – Noh Salleh

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mengesahkan bahawa dia bersama bekas isteri, Mizz Nina sudah bercerai selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga. Perkhabaran duka itu disahkan oleh pasangan tersebut menerusi perkongsian di Instagram semalam selepas wujud desas desus keretakan rumah tangga mereka berdua sekitar bulan lalu.

Dalam pada itu viral kembali di media sosial sebuah rakaman video yang pernah dilakukan oleh Noh Salleh ketika ditemu bual oleh Zayan My mengenai kisah inspirasi yang mengubah hidupnya bersama Mizz Nina.

Percaya Nina 100 peratus

Menerusi rakaman berdurasi 9:19 saat itu, Noh menceritakan bahawa dia percaya terhadap Mizz Nina 100 peratus kerana apa yang dilakukan oleh bekas isterinya itu adalah sempurna dan tidak perlu risau.

Aku nak kahwin dengan dia pun aku dah 100 peratus percaya yang dia akan buat sesuatu yang elok, daripada kau kahwin dengan orang yang macam ‘eh ni nak kena guide lagi’. Aku rasa Nina tu dah settle dah.

Ujarnya lagi, selama ini ramai pihak yang berpendapat bahawa pelantun lagu Angin Kencang ini yang mengubah hidup Mizz Nina. Walau bagaimanapun, Noh menafikan kenyataan itu dengan mengatakan selama ini bekas isterinya yang berjaya mengubah dirinya.

Dia yang guide aku, selama ini orang percaya yang Noh berjaya mengubah Mizz Nina. Tak ada sebenarnya Nina yang ubah Aku. Kalau dia tak ada aku lagi teruk aku rasa.

Macam Nina tu, kalau tanya tanggungjawab aku, aku support je sebab apa yang dia buat tu perfect. Apa yang dia buat tu, dia study. Sekarang dia gila belajar online tu so habis kelas je, contoh dia punya tugasan lepas belajar kena belajar surah surah An-Nisa.

Habis seminggu dua tugasan dia untuk bagitahu tiga orang dan terangkan kepada mereka. Jadi pagi-pagi dia panggil aku ‘sayang awak tahu pasal surah ni?’ Aku pun dapat ilmu. Nina memang lain daripada yang lain tanpa dipaksa, itu memang keinginan dia sendiri. Rare weh hidayah dia tu.

‘Tuhan campak dia untuk jaga aku’

Bercerita mengenai sejak bila Mizz Nina menunjukkan minat untuk mendalami agama, pemilik nama penuh Mohammad Noh bin Salleh mengatakan bahawa sejak awal perkenalan mereka Mizz Nina sudah menunjukkan minat. Malah, penyanyi berusia 37 tahun ini meluahkan rasa bersyukur dengan hijrah bekas isterinya itu.

Sejak mula-mula kami kenal dia dah tunjukkan. Dia antara orang yang aku kenal bila aku tegur bab agama tu dia tak melawan. Dia macam dah tunjuk minat untuk solat dan tunjuk minat kalau nak umrah padahal dia setiap tahun pergi sebelum dia kenal aku. Cuma pengisian pemahaman betul-betul pulang yang berisi dia baru tunjukkan so aku macam bersyukur lah.

Terima kasih atas kasih sayang, doa – Mizz Nina

Aku buat persembahan pun ada dia perhatikan ‘eh gambar ni jangan rapat sangat bukan muhrim’. Benda-benda macam tu kan orang pandang remeh tapi Nina particular. Itu aku rasa dari Syurga Tuhan campak dia untuk jaga aku.

Selepas berita keruntuhan rumah tangganya bersama Noh Salleh mengejutkan ramai pihak dan menjadi perhatian peminat, Mizz Nina dilihat tenang berdepan kontroversi yang melanda.

Menerusi perkongsian dalam InstaStory, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42, menitipkan terima kasih buat semua yang menyalurkan cinta, doa dan sokongan buat dirinya, Noh dan anak angkat mereka, Musa.

“Untuk semua kasih sayang, doa dan sokongan buat Noh, Musa dan saya (disertakan emoji bentuk hati),” tulis Mizz Nina.

Dalam hantaran sama, selebriti yang juga aktivis kemanusiaan itu turut menulis sepotong doa untuk dirinya.

Antara bunyi doa tersebut berkaitan dengan permintaan agar dirinya menjadi lebih baik daripada sangkaan orang ramai serta diampuni atas segala yang tidak diketahui orang lain.

“Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangka tentangku. Ampunilah aku atas apa yang mereka tidak ketahui tentangku.

“Janganlah engkau memperhitungkan apa yang mereka katakan tentangku,” titipnya.

Perkongsian tersebut merupakan hantaran terkini Mizz Nina selepas membuat pengumuman tentang perceraiannya bersama Noh malam tadi.

Menerusi hantaran lain, Mizz Nina turut berkongsi petikan surah Al-Hujurat ayat 12 mengandungi pesanan tentang prasangka negatif dan dosa mengumpat.

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak andaian (negatif). Sesungguhnya sesetengah andaian adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mengumpat sesama sendiri.

“Adakah salah seorang di antara kalian suka memakan daging saudaranya apabila sudah mati? Kalian akan membencinya. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang,” kongsinya.

Biar gambar berbicara.

Musa kini menjadi sumber kekuatan Mizz Nina. Semoga Musa menjadi anak yang soleh manakala Mizz Nina terus tabah bergelar seorang ibu.

MIZZ Nina dipuji kerana sangat tenang mendepani perceraian rumah tangganya bersama Noh Salleh. Pada masa sama, dia masih sempat mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.

Perpisahan pasangan yang sudah 11 tahun berkahwin itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum akhirnya berpisah secara baik.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan itu dikhabarkan menemui titik noktah selepas timbul dakwaan mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, kelmarin.

Sebelum ini, Noh menyangkal dakwaan perkahwinannya bersama Mizz Nina berdepan masalah ketika ditemui media pada 13 Julai lalu.

Sekadar info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011.

Sekitar April lalu, Noh dan Mizz Nina memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

Sumber : Zayan My

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button