Dr Amalina Ditanya Mengenai Kerakyatan Bakal Anak, Jawapan Dia Buat Peminat Terkeejut?

Berita gembira mengenai kehamilan Dr. Amalina menjadi keterujaan rakyat Malaysia. Ramai peminat yang ingin mengetahui perkembangan kehamilannya.
Seringkali Membuka Soalan Dan Berkongsi Idea
Semua sedia maklum, Dr. Amalina merupakan seorang yang tidak pernah kedekut untuk berkongsikan ilmu dan pengalaman yang dilaluinya kepada peminat.
Dia dilihat seringkali membuka sesi ‘Q & A’ buat peminat untuk bertanyakan mengenai dirinya, bertanyakan pandangan dan berkongsikan pendapat.
Berkongsikan Soalan Mengenai Kehamilan
Terbaru, Dr. Amalina membuka sesi ‘Q & A’ kepada peminat dan melihat kepada Instagram story miliknya, banyak soalan yang ditanyakan lebih kepada perkongsian berkenaan kehamilannya.
Pelbagai tips, idea dan perkongsian ilmiah yang dikongsikan oleh Dr Amalina untuk dijadikan panduan buat netizen.
Ditanya Mengenai Kerakyatan Bakal Anak

Dalam banyak-banyak soalan yang ditanya, terdapat satu soalan dari peminat yang bertanyakan mengenai status kerakyatan bakal anaknya nanti.
Apakah kewarganegaraan yang akan dipegang oleh anak anda, kewarganegaraan British atau dwi kewarganegaraan
Di Instagram storynya, Dr. Amalina memaklumkan bahawa bakal anak-anaknya akan memegang kewarganegaraan British.
Bukan itu sahaja, Dr.Amalina juga berkongsikan kepada peminat bahawa semasa tempoh berpantang, ibunya akan ke London untuk membantunya semasa tempoh berpantang.
Dr Amalina Bakri, atau nama penuh beliau Nur Amalina Che Bakri merupakan pelajar pintar kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang mula mendapat perhatian selepas kejayaannya mencapai keputusan cemerlang 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004. Berikut adalah biodata Dr Amalina Bakri
Nur Amalina Che Bakri (lahir 7 Disember 1987, Kota Bharu) merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah menengah dan bapanya Che Bakri, seorang jurutera, Timbalan Pengarah di DBKL.
Beliau terkenal apabila mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2004 dengan memperoleh 17A1.
Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan, sekaligus menjadi pemeroleh A terbanyak dalam sejarah peperiksaan tersebut.
Kini, beliau ialah seorang doktor bedah dalam bidang pembedahan am di London.
Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet.
Beliau meminati program-program televisyen yang kelihatan realiti seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel.
Ini kerana beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan menjadi inspirasi kepada beliau.
Beliau sentiasa melayari Internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam pelbagai perkara serta mempunyai kenalan terdiri dari pelajar luar negara untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat mereka.
Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya.
Beliau melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 di Cheltenham Ladies College dan medapat 5A dalam program A-Level. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana muda perubatan di University of Edinburgh, Scotland pada September 2007.
Semasa di University of Edinburgh, Amalina memperoleh satu lagi ijazah, iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Biomedik dalam Farmakologi pada Julai 2010 semasa dalam pengajian ijazah sarjana muda perubatannya.
Beliau akhirnya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan pada Julai 2013.
Pengajian ijazah pertama beliau dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia di bawah Program Biasiswa Kijang Emas. Pengajian beliau yang seterusnya mendapat tajaan organisasi di United Kingdom termasuklah pengajian PhD yang dibiayai fellowship daripada Imperial College London dan NIHR UK.
Beliau pernah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service pada 5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005 dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempelajari bahasa Itali serta menjadi duta kecil Malaysia di sana.
Beliau juga terpilih antara 11 penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Duta Akademik Berita Harian.

Seperti yang ramai mungkin sudah tahu, Dr. Amalina memang suka mengembara. Bila ada waktu lapang, beliau tidak boleh duduk rumah tanpa melakukan apa-apa. Setakat ini, Dr. Amalina sudah mengembara ke 61 buah negara (kebanyakan di Eropah, Amerika Utara, Afrika, Asia, Australasia, Caribbean)
Dr Nur Amalina Che Bakri kini menjadi trend di media sosial kerana budi baik beliau kepada bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.
Pembedahan yang berjaya membuang tumor 200 gram di mulut bayi berusia sembilan bulan itu yang dijalankan di sebuah hospital kanak-kanak di London hasil inisiatif beliau menjadi viral.

UK or Malaysia?
“Malaysia is where my heart is. UK is where my life is.”
Lagu favourite masa surgery?
“It’s a final countdown”
Melihat kepada perjalanan beliau selepas mendapat keputusan SPM, sungguh luarbiasa. Kejayaan beliau menjadi satu inspirasi buat semua rakyat Malaysia. Semoga kita juga berjaya mendapat kejayaan yang serupa seperti beliau.
Sumber : https://murai.my/wikipedi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: