“Kak Long dah kembali tapi kenpa jadi macam tu..” Kak Long 7E muncul dalam vdeo Aliff Syukri tarik perhatian ramai - Menujukebenaran
Uncategorized

“Kak Long dah kembali tapi kenpa jadi macam tu..” Kak Long 7E muncul dalam vdeo Aliff Syukri tarik perhatian ramai

Kak Long 7E antara individu yang berjaya menunjukkan bahawa viral tak semestinya akan popular dan diterima orang ramai dan dapat rezeki mencurah-curah.

Akan tetapi, di dalam satu video terbaru yang dimuatnaik dari tiktok Aliff Syukri. Menunjukkan “kak Long 7E” sedang menari terkinja-kinja, mungkin dalam pembikinan video klip bagi lagu terbaru Aliff Syukri. Ataupun untuk tujuan promosi mungkin.

 

Adakah Dato Alif Syukri dalam proses untuk membuatkan wanita berkenaan kembali popular? Ataupun mungkin saja panggil individu berkenaan bagi meraih populariti dan jumlah tontonan di media sosial? Hanya dia sahaja yang tahu.

Komen Netizen

Menjengah komen netizen:

“aku smpai thp tak tau nak ckp ape daa..pelik aku..”

“Kerana duit berkuasa ramai orang dah di sesatkan..”

“hahahahahah ak xthu laa nk ckp ap.. dato mmg suka pangil org yg kami x berapa nk berknan laa.”

“Hidup kita ni jika Hilang Rasa Malu dalam diri. Nescaya kita akn bertindak lebih dari Hukum Normal Manusia yg berakhlak.”

“Kak Long Nak Berehat, Lupakan Kak Long” – Tak Larat Kena Kecam, Kak Long Nekad Kurangkan Aktiviti Di Media Sosial

Terdahulu Wanita yang tular dengan panggilan Kak Long 7E, Wan Noor Baizura tampil menjelaskan sekeras-kerasnya tidak berniat untuk mengej3k orang kurang upaya (OKU) ketika sesi siaran langsung Facebook baru-baru ini.

Jelasnya menerusi hantaran terbaharu di Facebook, dia akui setiap tindakannya ketika ini sentiasa diperhatikan masyarakat dan membuka ruang untuk mencari kesilapan.

“Kaklong tak ada ejek OKU. Kaklong tahu satu Malaysia benci Kaklong. Jadi setiap apa yang Kaklong buat, semuanya nampak salah.

“Kaklong faham, setiap apa yang Kaklong tulis, akan menjadi perhatian orang.

“Live Kaklong orang masuk, orang kecam, orang tunggu kita silap kat mana, orang akan kecam. Orang akan manipulasi supaya Kaklong nampak salah selamanya,” tulisnya.

Malah, kata Kak Long, dia memahami situasi dan kepayahan yang dilalui oleh OKU setiap hari.

“Kaklong tiada niat lukakan hati OKU. Kaklong faham kesusahan hidup sebagai OKU, yang banyak bersabar, dalam meniti usia.

“Ujian orang OKU pada diri mereka dan famili mereka cukup besar.

“Kaklong doakan semoga hidup mereka dipermudahkan,” tambahnya.

Justeru, disebabkan kecaman bertubi-tubi yang diterimanya sejak beberapa minggu lalu, Kak Long nekad untuk mengurangkan aktiviti di media sosial selepas ini.

“Kaklong plan untuk kurangkan aktiviti di media sosial ni. Terlalu ramai orang negatif. Terlalu ramai tunggu masa nak hentam kaklong.

“Kaklong nak berehat seketika. Korang, Kaklong doakan semoga sihat- sihat selalu. Lupakanlah Kaklong. Kita bukan siapa- siapa,” coretnya.

Kisah Kak Long yang turut mengusahakan perniagaan kosmetik di Dungun, Terengganu itu mula menjadi sorotan apabila video perbalahannya bersama juruwang di sebuah kedai serbaneka tular.

Tidak cukup dengan itu, kehadiran Kak Long di sebuah stesen televisyen untuk program berbentuk Islamik dikecam teruk oleh netizen.

Belum cukup 24 jam, Kak Long sekali lagi menjadi mangsa peluru netizen apabila dipercayai seakan-akan cuba mengejek netizen dengan perbuatan seperti OKU ketika sesi siaran langsung Facebook.

Sumber: FB Wan Noor Baizura

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button