Diva AA dakwa terkena sihir, Dedah keadaan diri yang terkena sihir dan mengejutkan ramai…

Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA membuat perkongsian mengenai keadaan tapak kakinya yang didakwa telah terkena buatan orang.
“Tapak Kaki Kanan Yang Disihir…”
Diva AA menunjukkan keadaan kaki kanannya itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
“TQ 4 all doa. Tapak kaki kanan yang disihir #TypicalNASTY. Artis wanita ex janda mereputt. Dah banyak sembuh! #noworries.”-Tulis Diva AA
Peminat & Rakan Selebriti Titip Doa
Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata peminat dan rakan selebriti seperti Ropie Cecupak, dan Iesya Toh menitipkan doa buat Diva AA agar diberikan kesembuhan dengan cepat.
“Kami doakan semoga cepat sembuh dan segala urusan dipermudahkan. Aaminn.”-Ropie Cecupak

“Allahu..Cepat sembuh Diva AA.”-Iesya Toh
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik InsyaAllah.”
“Assalamalaikum @divaaavazztersohor1 shafakallah and May Allah grant you syifa..Stay vass.”
Sama-sama doakan agar Diva AA diberikan kesembuhan dengan cepat dan dipermudahkan segala urusan.
Sumber murai. My
Terdahulu,Baru baru ini kecoh di media sosial apabila pelakon Azza Elite luahkan rasa kesal dengan tindakan pengacara popular, Azwan Ali yang didakwa menghamburkan kata-kata kesat kepadanya.
MASIH bersedih dengan pemergian bapa tercinta pada Isnin, penyanyi dan pelakon Azza Elite terpaksa berdepan dengan kata-kata kesat gara-gara lambat menyiapkan tempahan sejadah jualannya.
Dakwaan lambat menyiapkan sejadah itu dibuat oleh pengacara Azwan Ali yang memberitahu sudah seminggu menunggu tempahan yang dibuat sebelum ini.
Menjawab tuduhan itu, Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari memohon agar Azwan dapat memahami situasi yang sedang dilaluinya ketika ini.
Azza berkongsi berita sedih kehilangan bapa pada Isnin.
“Sampai hati dia tulis begini. Bapa saya baru meninggal semalam (Isnin). Jangan suka-suka hati m4ki.
“Sebab dah terbiasa mulut tu, maki orang jadi makanan kau! Niat tu baik hendak beli sejadah, aku bersyukur tetapi dalam masa sama fikir juga keadaan orang lain.
“Saya kehilangan ayah. Jangan buat anak yatim begini bang. Ini kali aku lawan!” katanya menerusi laman Instagram pada Selasa.
Sementara itu, Azza mengakui sibuk menguruskan keluarga menyebabkan dia tidak dapat fokus kepada perniagaan.
“Saya tak pernah cari fasal dengan sesiapa. Balik dari Singapura saya sibuk uruskan mak, bapa pula sakit.
“Saya tak boleh fikir orang nak beli sejadah atau sebagainya kerana hanya fokus keadaan ibu bapa,” jelasnya.
Saya tak pernah cari fasal dengan sesiapa. Balik dari Singapura saya sibuk uruskan mak, bapa pula sakit
Terdahulu, Azwan atau Diva AA menerusi laman sosial miliknya meluahkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa menunggu lama tempahan sejadah yang dibeli.
“Dah seminggu aku tunggu sejadah kau. Kau sibuk jahit sejadah ke? Inilah bisnes dengan orang Melayu.
“Duit aku berkepuk-kepuk (banyak). Akumampu bayar. Tak hadap percuma dari kau,” ujarnya.
Azwan Ali Bertemu Azza Elite
Di dalam satu program hiburan Melodi, pengacara Diva AA akhirnya bertemu dengan Azza Elite.
Sebelum bertemu, Azwan Ali ada memberitahu bahawa dia tidak tahu ketika dia melontarkan ayat kesat kepada Azza Elite rupanya ayah Azza baru sahaja meningl dunia.
Dia tahu berita pemergian ayah Azza Elite pun dari rakannya. Diva AA memaafkan Azza Elite tetapi dia tidak memaakkan netizen kerana mereka ini yang menjadi batu api.
VIDEO:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.