“Saya Tak Pasti Siapa Yang Adi Putra Cuba Hubungi” Adi Putra Sindir Studio Kembara, Sekali Ini Reaksi Pengarah Urusan - Menujukebenaran
Uncategorized

“Saya Tak Pasti Siapa Yang Adi Putra Cuba Hubungi” Adi Putra Sindir Studio Kembara, Sekali Ini Reaksi Pengarah Urusan

Entah di mana silapnya, pelakon Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Adi Putra tiba-tiba menegaskan enggan hadir pada tayangan gala filem itu yang dijadual diadakan di Jakarta, Indonesia pada 26 Ogos ini.

Melalui Instagram malam tadi, Adi meluahkan kekecewaannya dengan pihak Studio Kembara Sdn Bhd yang didakwanya susah untuk dihubungi.

Secara sinis, pemilik nama penuh Mohamed Hadi Putera Halim itu juga berkata, dia sudi menghadiahkan telefon genggam agar mudah menjalankan urusan bersama.

“Kepada Studio Kembara Sdn Bhd andai tidak cukup handphone kerana susah dihubungi, saya sudi hadiahkan satu agar mudah untuk berkomunikasi dan berurusan.

“Kerana ini, saya manfaatkan di media sosial agar mesej saya sampai ke pihak Studio Kembara.

“Insya-Allah saya tidak akan hadir tayangan gala filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Jakarta. Terima kasih,” katanya malam tadi.

Bagaimanapun, Adi, 41, tidak menjelaskan secara terperinci punca isu tersebut berbangkit.

Namun wakil Kembara Studio tampil membalas posting berkenaan bagi meredakan keadaan.

Menurutnya, teguran itu akan dipanjangkan kepada pihak pengurusan.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Pihak Studio Kembara sudah ambil maklum berkenaan mesej ini.

“Kami panjangkan kepada pihak pengurusan untuk tindakan selanjutnya, terima kasih,” katanya melalui ruang komen pada entri tersebut.

Hantaran Adi turut mendapat perhatian pelakon Johan Asaari yang memegang watak sebagai Yasin dalam filem arahan Syamsul Yusof itu.

“Kalau abang Kilau tidak hadir ke malam gala filem Mat Kilau di Jakarta, Yasin berat hati untuk ke majlis tersebut,” tulisnya sambil mengiringi komen itu dengan tanda pagar #taatpadayangsatu

‘Saya tak pasti siapa yang Adi Putra cuba hubungi’

Kuala Lumpur: “Bukan saya.”

Itu kata Penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali berhubung hantaran dimuat naik pelakon utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra di Instagram, malam tadi.

Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, dia juga baru mengetahui hantaran Adi itu selepas disampaikan rakannya pada pagi hari ini.

“Saya pun kawan baru hantar pagi ini, tiba-tiba saja. Saya tak pasti siapa yang dia hubungi. Nanti saya dapatkan maklum balas daripada kakitangan siapakah yang dia cuba hubungi.

“Tunggu saya dapat respons staff (kakitangan) dulu. Ada ke Adi Putra ‘call’ tapi tak jawab. Pagi ni depa (mereka) mungkin tidur lagi. Semalam ada diskusi lewat malam,” katanya menerusi mesej WhatsApp kepada Harian Metro.

Hantaran dimuat naik Adi itu menimbulkan pelbagai persoalan termasuk ada pihak membuat spekulasi ia membabitkan bayaran dan pemberian bonus.

Bagaimanapun, menurut Abdul Rahman, tidak ada sebarang isu dibangkitkan sebelum ini.

“Tak ada apa-apa isu sebelum ni,” katanya ringkas.

Abdul Rahman Mt Dali

Terdahulu, Adi menerusi hantaran dimuat naik di Instagram seolah-olah menyindir pihak penerbitan iaitu Studio Kembara yang sukar dihubungi.

Malah, ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu, Adi meminta menghubungi pihak penerbitan.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan bakal ditayangkan di 200 pawagam seluruh Indonesia bermula 31 Ogos ini dan tayangan perdana filem itu akan dibuat di sana Pada 26 Ogos ini.

Ditanya mengenai kutipan setakat ini, Abdul Rahman berkata, ia sudah mencecah RM94.4 juta dan masih ditayangkan di sini.

kredit: mkini/trendingsangat

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button