“K0rang Tk boleh tengok aku lawa sangat” Ifa Raziah Ber4ng Jwab lsu BrgeIek di majlis akikah - Menujukebenaran
Uncategorized

“K0rang Tk boleh tengok aku lawa sangat” Ifa Raziah Ber4ng Jwab lsu BrgeIek di majlis akikah

mGARA-GARA menari dan bergelek sakan di sebuah majlis akikah, penyanyi dangdut Ifa Raziah menerima kcaman hebat netizen di media sosial.

Aksi Ifa menari bersama rakan baiknya iaitu Kak KM diselar netizen kerana dianggap tidak menghormati majlis agama dan menjatuhkan maruah wanita.

Tampil menjawab nnengenai isu berkenaan, Ifa atau Saripah Raziah Mustapha, 46, menjelaskan sebagai seorang penyanyi dangdut, tarian gelek itu sudah menjadi kebiasaan buat dirinya.

Kata Ifa, tarian itu dilakukan bukan semasa majlis akikah, sebaliknya dalam acara berlainan iaitu sambutan ulang tahun perkahwinan rakannya yang juga merupakan penganjur majlis berkenaan.

“Kamu semua kenal saya sebagai penyanyi dangdut, nnestilah kena geIek! Jadi apa masalahnya sekarang ini saya bukan penyanyi nasyid.

“Memang dalann satu majlis to ada dua acara, awalnya sebelum Maghrib adalah majlis akikah, dah selesai semuanya nnalam itu disambung majlis bersanding sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

“Saya dijemput malam itu bersama beberapa lagi rakan artis lain. Sebelum saya, ada Liza Hanim buat persembahan, selepas itu Zulin panggil untuk perform.

 

“Takkanlah aku nak duduk saja, apa masalahnya aku bergelek bukan ada orang jantan (lelaki) pun kat sana,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Ifa berkata apa sahaja yang dilakukan menimbulkan rasa kurang senang netizen yang cemburu dengan kecantikan dan kejayaannya pada hari ini.

“Ketika majlis itu ada ke baju saya terdedah? Cuma tak bertudung saja tapi mata korang tak kena sebab tengok aku lawa sangat.

“Korang tak boleh tengok aku cantik, banyak job, walaupun umur dah senior tapi masih nampak muda.

Ifa dan Kak KM (kiri) dikecam netizen menari di majlis akikah.

“Yang cakap tak ingat Tuhan, kau tahu ke aku ingat Tuhan? Solat lima waktu? Kau pun belum tentu ingat Tuhan. Okaylah lepas ni aku tukar jadi penyanyi marhaban pula,” ujarnya.

Sementara itu, penyanyi lagu Ser Ser Ser ini sempat menyindir segelintir wartawan dan blogger yang hanya sukakan berita kontroversi berbanding liputan karier seninya.

“Gahnya Ifa Raziah daripada awal karier dipenuhi berita sensasi dan kontroversi sehingga hari ini, walaupun saya tidak sensasikan cerita tetapi orang yang sensasikannya.

“Semua netizen ceduk content saya… para wartawan pun sama tiada content lain ke nak temu bual saya mengenai perkara baik.

“Sudah tiada idea ke nak tanya soalan semuanya nak curl content, saya selaku artis senior rasanya tidak perlukan wartawan. Saya cakap secara umum kepada semua wartawan,” katanya.

Sumber : Mstar

“Selama ini geIek yang beri saya makan, Sy Dijemput”. Akhlrnya Ifa Buka Mulut lsu Brgelek diMjlis Aqiqah

Ifa atau nama lengkapnya Saripah Raziah Mustapha berkata, terdapat dua acara dalam majlis yang dihadirinya itu iaitu akikah dan sambutan ulang tahun perkahwinan.

“Akikah pada awal majlis, ketika maghrib hingga isyak. Selesai akikah acara ulang tahun perkahwinan pula. Saya bergelek selepas persembahan penyanyi Liza Hanim.

“Lagi pun saya penyanyi dangdut. Nak nyanyi dangdut kena berdiri tegak ke? Selama 27 tahun menjadi penyanyi, gelek saya itu yang beri saya makan. Kalau saya tak bergelek siapa nak panggil saya buat persembahan,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

“Saya penyanyi dangdut. Sebagai penyanyi dangdut apa yang saya kena buat ialah menyanyi, menghiburkan dan bergelek. Selama ini gelek yang beri saya makan”.

Itu jawapan oleh penyanyi dan juga usahawan Ifa Raziah ketika menjawab soalan media tentang tohmahan netizen selepas dikecam berkelakuan tidak sopan (bergelek) sewaktu membuat persembahan dalam sebuah majlis akikah baru-baru ini.

 

Tambah Ifa lagi, ketika dia membuat persembahan, ahli agama (ustaz) sudah pun pulang dan isu konon-kononnya dia merosakkan majlis akikah yang diberkati itu tidak sepatutnya ditimbulkan.

“Ustaz-ustaz semua dan balik. Tuan rumah sendiri tukar baju sehingga dua kali. Ketika akikah pakai baju putih. Majlis ulang tahun perkahwinan baju merah jambu.

“Lainlah kalau saya ustazah kemudian saya bergelek. Bolehlah netizen kecam saya,” jelasnya.

Penyanyi berusia 47 tahun itu pada masa sama menganggap tindakan menari gelek yang dilakukan tempoh hari bukanlah suatu masalah besar memandangkan dia telah dibayar berpuluh-puluh ribu untuk membuat persembahan pada majlis tersebut.

 

“Apa masalahnya sekarang? Orang bayar saya berpuluh-puluh ribu untuk menyanyi. Ini cara saya cari makan. Bukannya saya berkelakuan tidak senonoh dan keterlaluan.

“Dalam Instagram saya ada video penuh. Anda nilailah sendiri. Netizen tidak tahu apa-apa kemudian timbul salah faham,” jelas Ifa yang ditemui pada majlis sidang media program baharu TV3, Terpaling Juara di Petaling Jaya Performing Arts Centre, One Utama di sini, semalam.

Terdahulu, pelantun lagu Ser Ser Ser itu dikecam hebat netizen selepas dilihat bergembira dan bergelek sakan ketika membuat persembahan dalam sebuah majlis akikah.

Video yang tular dalam TikTok itu mendapat teguran daripada netizen yang kecewa kerana menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak beradab bahkan mencemarkan kemuliaan sesebuah majlis agama.

Video

 

Sumber : KOSMO

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button