‘Anak dia nak tarik mak, tapi tak berjaya’ – Rakaman Anak Cuba Menarik Wrga Emas Di Alam Lain, Buat Ramai Sedih dan Merem4ng - Menujukebenaran
Uncategorized

‘Anak dia nak tarik mak, tapi tak berjaya’ – Rakaman Anak Cuba Menarik Wrga Emas Di Alam Lain, Buat Ramai Sedih dan Merem4ng

Batu Pahat: Keluarga warga emas yang dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar ke kebun sawit Rabu lalu berharap wanita itu ditemukan selamat.

Painah Siwan, 79, gagal dikesan selepas dikatakan pergi ke kebun sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Sayang di Senggarang, Batu Pahat kira-kira 3.30 petang.

Anak ke tiga daripada sembilan beradik, Sadiah Mohari, 42, berkata, kebiasaannya ibunya itu pergi ke kebun untuk mencari sisa daun sawit yang sudah dibuang pekebun untuk dijadikan penyapu lidi dan akan pulang selepas itu.

“Sehingga kini kami sekeluarga buntu kerana emak masih tidak ditemui lagi walaupun pelbagai usaha digunakan termasuk bantuan mencari dan menyelamat daripada pihak berkuasa.


Anggota daripada beberapa agensi diberi taklimat oleh anggota Polis selepas laporan kehilangan seorang wanita warga emas sejak tiga hari lalu di Kampung Parit Sayang di Senggarang, Batu Pahat. FOTO IHSAN POLIS
“Ada juga pihak yang arif dalam agama datang membantu mencari emak dan menyatakan emak masih berada dalam keadaan selamat di alam ghaib.

“Emak sebenarnya masih ada di sekitar kawasan ini dan dia mahu balik tapi emak tidak mampu untuk menjelmakan dirinya di dunia nyata,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Sadiah berkata, dia bersama ahli keluarga lain melakukan pelbagai usaha bagi mengesan ibunya dan berharap wanita itu akan pulang dengan keadaan selamat.

“Kami sekeluarga sudah melakukan solat hajat dan semoga ada keajaiban untuk emak kembali pulang dalam keadaan selamat serta reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.

Katanya, semalam pihak berkuasa ada menemui kesan leraian sisa daun sawit yang dicarik-carik di sekitar kawasan pencarian tetapi masih tidak berjaya menemui ibunya sehingga hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada hari kedua dan ketiga dengan 187 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi tetapi tetap gagal menemui mangsa.

“Hari ini, operasi mencari mangsa akan diperluas melebihi dari tempat mangsa dilaporkan hilang,” katanya.

Painah (tengah) masih hilang selepas masuk dalam kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang, Batu Pahat, pada Sabtu. -Foto Sinar Harian

Penduduk tampil beritahu kawasan itu memang keras

Sementara itu, dalam ruangan komen menerusi satu perkongsian berita berhubung kehilangan Painah Siwan, seorang individu memberitahu kawasan tersebut sememangnya dikenali sebagai tempat ‘ke-ras’.

Individu yang dipercayai penduduk setempat itu mengatakan kawasan itu dikaitkan dengan perkampungan orang bu-nian kerana terdapat penduduk yang melalui kawasan itu melihat ‘sesuatu’.

” Siapa orang Batu Pahat pasti akan tahu Jambatan Sengkuang nak ke Sri bengkal tu.

” Area situ mmg kawasan ke-ras dan dikatakan kawasan perumahan bg orang-orang bu-nian.. ramai org yg melalui jalan tu malam-malam terjumpa macam2..

” Ada jumpa masjid la, pasar malam la.. sedangkan situ hutan n semak samun..

” Sebab itu jalan dari Sengkuang menghala Parit Yaani, setiap 100 meter diletakkan papan tanda bertulis kalimah Allah dan doa…” tulis Ridzwan.

Dalam pada itu, beberapa individu lain telah mengiyakan pendedahan Ridzwan dengan memberitahu ada ahli keluarga mereka turut mengalami perkara sama.

” Akak saya pernah cakap, arwh abang ipar dulu bawak lori, lalu kawasan tu nampak pasar malam..pastu dah jauh sikit baru terfikir pasar malam apa tengah2 malam..” tulis Ani.

” Dulu masa study kat Batu Pahat balik Segamat lalu jalan pintas Sri Bengkal tembus Parit Yani. Pensyarah pun ada pesan hati-hati kalau lalu area jambatan situ waktu malam. Banyakkan baca kalimah dan doa yang elok-elok.” tulis Alang.

“Sedih sayu masa tgok anak dia nak tarik mak tapi tak berjaya. Semua jerit panggil mak..Sampai letih anak dia and terpaksa direhatkan…moga dipermudahkan semua..”

Sumber:bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button