“Dalam keadaan dia macam tu,dia sanggup datang” muncul membuat persembahan khas untuk Paknil, sebak tengok keadaan Zamani

Baru-baru ini Paknil ada melancarkan inisiatif untuk membantu Zamani mendapatkan kos bagi merawat sakit yang dialaminya.
Paknil antara artis yang terkdepan membantu kebajikan Zamani.
Pada satu konsert Ceria Popstar, Zamani muncul membuat persembahan khas untuk Paknil.
Zamani menyanyikan lagu Kurnia. Satu lagu yang popular dalam album Kumpulan Slam.
Disaat Zamani keluar ke pentas, ramai yang sebak tengok keadaan beliau. Manakala Paknil pula menakung air mata yang hampir jatuh ke bumi.
Tonton video tersebut di bawah ini:
Antara komen para netizen:
“Sebab sangat tengok keadaan zamani.”
“sedihhh tgk muka pak nil. dy tahan sebak.tgk abg zamani”
“dlm keadaan dia mcm tu pun dia sanggup dtg Allahu. semoga diberi kesembuhan. aamiinn”
“Walaubagaimanapun penampilan Zamani..dia tetap hiburkan kita.. Adoiiiiiii tk tau nk kta apa..moga Zamani cepat sembuh”
“ya allah kau sembuhkanlah beliau..andai aku dijadikan galang ganti…suara insan ini sentiasa menemani aku ketika aku sedih ketika apa jua keadaan .”
“Pak Nil bnyk membantu kos perubatan Zamani, moga rezeki pak Nil bertambah2 lpsni, moga Zamani sembuh sihat sprti sediakala..”
Zamani bukan nak raih simpati peminat
Zamani tidak pernah sengaja atau berniat mahu mengundang simpati peminat dengan keadaan dirinya apabila dilihat kerap menjayakan persembahan nyanyian.
Zamani, 51, berkata, semua persembahan itu sudah dipersetujui lebih awal selain berhenti menerima tawaran hingga proses pembedahan tulang belakang dijalankan November ini.
“Saya tidak ada niat nak bagi peminat sayu setiap kali melihat keadaan saya di pentas atau muncul di mana-mana. Saya nak bagi mereka tengok saya masih aktif. Apabila mereka risau, itu tanda mereka sayang. Apa pun doakan saya.
“Lagipun persembahan yang dibuat itu sudah dipersetujui lebih awal. Setakat ini tawaran memang sampai Oktober depan. Boleh dikatakan sepanjang dua bulan ini setiap minggu ada persembahan. Cuma, sekarang saya sudah berhenti ambil tawaran hingga selesai pembedahan.
“Kalau buat persembahan pula, saya membuat permintaan untuk tidak berdiri lama. Berjumpa peminat selepas persembahan boleh dan tak ada masalah. Penganjur pun memberikan keyakinan kepada saya yang mana tidak ada aktiviti lain membabitkan masa yang lama,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Zamani, sebelum prosedur pembedahan membabitkan masalah skoliosis iaitu tulang belakang melengkung yang dialami, dia bakal muncul dengan Konsert Doa Buat Zamani.
“Konsert Doa Buat Zamani ini lebih kepada persembahan saya nak berjumpa peminat dan boleh juga dikatakan doa selamat sebelum saya menjalani pembedahan.
Butiran lanjut persembahan ini akan dimaklumkan kemudian. “Apa boleh dikongsikan, ia bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur.
Buat masa ini ia persembahan solo saya dan terdapat dua penyanyi jemputan wanita yang bakal membuat ‘tribute’ lagu-lagu saya. Penjualan tiket pula lebih kepada nak mengumpul dana,” katanya.
Sebelumnya, Zamani bakal muncul pada persembahan Rhythm of Legends Live in Concert anjuran CS Excellent dengan kerjasama Drug Free Malaysia (DFM) pada 29 dan 30 Oktober ini di Dewan Plenarry, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang turut menampilkan Datuk Hattan, Asmidar, Rojer Kajol, One Nation Emcees dan Mawi.
Dalam masa sama, Zamani berkata, isterinya, Nur Juliana Abd Rani sentiasa berada di belakangnya.
“Isteri, dia sentiasa bersama saya. Dia ikut saja apa saya buat. Cuma katanya, habiskan semua dana yang diperoleh itu untuk tujuan perubatan,” katanya.
Sumber : murai.com.my / metr0
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: