“setakat sam4n 500k, itu pilihan ko ye..”Aliff Syukri Post Aksi Terbaru Di Instagram Reaksi Bonda Rozita Buat Ramai Tak Jangka

TINDAKAN usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri yang kembali menggunakan media sosial mengundang kec4mqn termasuk ibunya sendiri, Rozita Ibrahim.
Rozita dalam komen ditinggalkan dalam hantaran terbaharu Aliff memberitahu sudah tidak tahan menanggung f1tnah ekoran perbuatan anaknya itu.
Usahawan itu juga menyifatkan Aliff sebagai seorang yang tidak serik melakukan perkara mengundang kec4man orang ramai.
“Kebulur sangat dengan lagu ke? Tak habis lagi? Tak aman hidup mak. Kau nak mak m4t1 sebab tidak tahan f1tnah. Lagu bangang! Kau ini memang tak makan saman, kan? Mak nger1 nak baca f1tnah, yang kau pula selamba,” katanya.

Tangkap layar komen yang ditinggalkan oleh Rozita Ibrahim buat anaknya, Aliff Syukri.
Komen pedas Rozita itu dibuat selepas Aliff memuat naik video teaser lagu terbaharunya berjudul Baby Sayang yang akan dilancarkan pada 17 Ogos 2022.
Seperti menyindir netizen yang mengec4mnya, Aliff yang mengenakan kemeja-T berwarna putih dan seluar jean tampil menari dengan sebatang kayu mop dalam video berkenaan.
Dalam komen sama, Rozita terkilan dengan keputusan Aliff yang lebih mementingkan pihak pengurusan rakaman lagu tersebut berbanding teguran daripadanya.
Rozita turut memberi amaran kepada Aliff agar tidak mencarinya sekiranya ternampak usahawan itu bersama wanita atau memegang mereka.
Tak serik-serik. Kalau mak nampak ada artis perempuan atau kau pegang tangan perempuan, mak haramkan kau cari mak!
ROZITA IBRAHIM
USAHAWAN & IBU DATUK ALIFF SYUKRI
“Tak serik-serik. Kalau mak nampak ada perempuan atau kau pegang tangan perempuan, mak haramkan kau cari mak.
“Manusia kebal betul kau, kan? Kami semua terpalit. Kau lebih pentingkan pengurusan rakaman daripada teguran mak.
Setakat saman RM50,000 itu pilihan kau ya? Mana nak undur diri, padam video seminggu tak sampai kau bertahan,kan?,” tulisnya.
Tangkap layar video Aliff Syukri menari dengan sebatang mop.
Sebelum ini, Rozita pernah meminta agar Aliff memadam semua video tarian gelek di setia platform media sosial miliknya.
Sejak beberapa hari lalu, nama Datuk Aliff Syukri menjadi bualan ramai sehingga menjadi bahan kecaman selepas tular video kontroversinya yang berdangdut dengan penyanyi Baby Shima.
Sebelum itu Aliff Syukri sudah terkena tempias makian netizen selepas memuatnaik teaser lagu terbaru yang melibatkan dua individu cukup kontroversi iaitu Kak Long 7E dan Ratu Farah Diva.
Apatah lagi video teaser tersebut menunjukkan dua individu itu terkinja-kinja di sebuah kenduri di kampung.
Kontroversi demi kontroversi kemudiannya telah menarik perhatian ibu tercinta iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang turut mencoretkan sebuah komen membidas kelakuan Aliff yang dianggap keterlaluan dan mengundang bala.
Susulan itu Aliff Syukri pada malam tadi memuat naik satu video dalam keadaan menangis dan memohon maaf berkali-kali kepada ibu dan isterinya.
Dia juga memohon maaf kepada pengikutnya dan mengumumkan akan mengundurkan diri dari media sosial demi keluarga.
“Pada semua saya nak mohon kemaafan dan kekhilafan saya selama saya di media sosial ni. Saya minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki terutama kepada mak saya, isteri saya.. Saya memohon maaf banyak-banyak.
“Demi mak saya, isteri dan anak-anak saya, saya tak main laman sosial dah tapi kalau jumpa dekat luar kita tegur-tegur ya. Saya minta maaf. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Lama dah saya buat media sosial saya, Facebook, Myspace.
“Terima kasih atas sokongan anda semua, terima kaih kepada semua pengikut saya. Ini adalah dugaan paling berat untuk saya. Doakan terbaik untuk perniagaan saya,” luahnya.
Bagaimanapun meninjau reaksi ramai di Facebook, mereka masih lagi mengusik dengan mengatakan ‘jumpa minggu depan’, kerana percaya penyesalan Alif Syukri itu bersifat sementara sahaja.
Aliff Syukri jual akaun Instagram RM500,000
Memiliki pengikut 4.3 juta, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menawarkan kepada mana-mana pengguna yang ingin membeli akaun Instagram miliknya dengan harga RM500,000.
Beliau berkongsi perkara itu menerusi InstaStory miliknya hari ini.
Terdahulu, Aliff memuat naik video sedang menangis teresak-esak dan mengakui dirinya mempunyai masalah mental tahap dua.
Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada keluarganya serta orang ramai atas segala kesilapannya selama ini serta memaklumkan bakal mengundur diri dari media sosial.
Sehubungan itu, tinjauan Kosmo! di akaun sosial miliknya dapat dilihat tiada sebarang hantaran di kongsikan lagi dan gambar serta video sebelum ini juga telah dipadam
Ibu kepada usahawan ko.ntr.ov.ersi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim sebelum ini tam.pil memberikan te.gu.ran selepas anak lelakinya itu yang memuat naik sedutan klip video lagu terbaharunya bersama penyanyi sensasi, Baby Shima.
Bakal Kal.ah.kan Blackpink & BTS
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Aliff Syukri yang berpendapat kon.sep MV lagu terbaharunya itu bakal mengal.ahkan kumpulan Korea Selatan terkenal, BTS dan Blackpink.
“Artis no.1 nak menyanyi please beri laluan. Ada yang tak sabar nak dengar suara penyanyi no.1 Malaysia ni??
Konsep video klip kpop dan akan kalah.kan Blackpink dan BTS. Nantikan…”-Tulis Aliff Syukri
Ibu Beri Teguran
Walaubagaimanapun, hantaran yang dimuatnaik oleh Aliff Syukri telah mendapat teguran oleh ibunya, Rozita Ibrahim yang meminta anak lelakinya itu untuk tidak mengundang bala disebabkan aksi gelek yang mencolok mata itu.
“Wallahi ben.ci…Sudah jangan mengun.dang bala. Satu-satu Kri jemput. Yakinlah Kri niaga ni tak perlu artis akan berjaya. Tak payah jo.get laga punggung pun da.pat rezeki.”-Tegur Bonda Rozita
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: