Teruja lancar lagu baru “Baby Sayang”, tpi ramai simpati pada isteri Alif Syukri lepas tgok video lagu tersebut.

Terbaharu, usahawan kontroversi, Aliff Syukri memaklumkan dia akan tetap melancarkan lagu terbaharunya yang berjudul Baby Sayang meskipun sebelum ini mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Aliff di laman TikToknya, dia bersama Baby Shima kelihatan sedang bersanding di sebuah pelamin dengan memakai baju pengantin serba lengkap yang dipercayai sebahagian daripada babak muzik video Baby sayang itu.

Ujar Aliff di ruangan kapsyen, segala kegelisahan yang dialami oleh rakyat Malaysia berkaitan lagu terbaharunya itu akan terjawab apabila dia mengambil keputusan untuk melancarkan lagu tersebut pada hari ini, jam 12 tengah hari di saluran YouTube, Tv Terlajak Laris.
Lakonan dia menjadi, habis satu Malaysia tertipu!
Keputusan yang dilakukan oleh usahawan yang berusia 35 tahun itu telah mencetuskan kemarahan ramai dan menyifatkan dia telah mempermainkan rakyat Malaysia dengan drama air matanya yang memohon maaf kepada umum berkaitan muzik videonya itu, sebelum ini.
Apa lah perasaan isteri dia tengok perangai Alif macam ni
Bukan itu sahaja, dalam babak muzik video yang dimuat naiknya itu terlihat jelas aksi mesra dia bersama Baby Shima di mana penyanyi dangdut sensasi itu seakan memeluk tubuh Aliff ketika berada di atas pelamin.
Susulan itu, rata-rata netizen menyelar tindakan dua selebriti tersebut yang tidak menjaga maruah serta batas masing-masing tambahan pula status Aliff sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anaknya.
Terdahulu, Aliff tampil memohon maaf secara terbuka di laman Instagramnya kepada umum terutama ahli keluarganya yang terpaksa menanggung malu kerana perbuatannya itu.
Malah, dia juga mengambil keputusan untuk mengundur diri dari dunia media sosial demi menjaga nama baik ibu tercinta, isteri dan anak-anaknya.
“Dah realest kat youtube”-Tak Sangka Ini Jumlah Tontonan Selepas Sejam Di Muat Naik
Selepas pelbagai gimik murahan di buat, akhirnya MV Lagu terbaru Dato Aliff dan Baby Shima di muat naik ke saluran TV Terlajak Laris
“Dah realest kat youtube tv terajak laris.. saya tak nak Posting..dekat Instagram atau TikTok bahaya kalau nak tengok macam mana tarian dan juga jogetan yang sebenar pergi dekat YouTube TV Telajak laris…Vedio lebih panas.. lebih pedasss.. nantikan…. sy perlu serlahkan bakat sy awak demi peminat setia sy.. sy tau ramai yg jeles dgn bakat sy… apa pun.. Segala kegelisahan rakyat malaysia mengenai lagu #babysayang akan terjawab jam 12 tghri ni”-tulis Dato Aliff di IG beliau
Namun kali ini, netizan seolah-olah sepakat untuk tidak terus memberi perhatian kepada lagu baru tersebut dengan kerana selepas sejam di muat naik, jumlah tontonan hanya 4 ribu sahaja, berbanding lagu sebelum ini
Lagu baru Dato Aliff dengan Baby Shima menerima banyak kec4mn dari netizan
Berikut lagu penuh dan mv mereka. Anda nilaikan sendiri
Aliff Syukri belum ‘insaf’ dengan media sosial
Kuala Lumpur: Cakap tak serupa bikin.
Begitulah komen netizen terhadap usahawan kontr0versi, Datuk Seri Aliff Syukri.
Selepas empat hari mengumumkan ingin berundur dari media sosial dengan memadam semua gambar dan video selepas ditegur ibunya, Rozita Ibrahim, dia kembali memuat naik satu hantaran di Instagram, semalam.
Aliff yang sebelum ini menangis teresak-esak sambil meminta maaf kononnya ‘insaf’ tidak mahu lagi ‘bermain’ dengan media sosial memuat naik video dia menari dengan sebatang mop.
Malah, dia turut memuat naik dua lagi video untuk mempromosikan lagu nyanyiannya bersama penyanyi dangdut, Baby Shima.
Selain netizen yang melontarkan kecaman dan menggelarnya ‘attention seekers’, beberapa selebriti turut tidak ketinggalan menulis komen di situ.
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira menulis “ingat hilang lama datuk, tak tahan kan,” katanya disertakan emoji ketawa.
Pengacara TV Anim Ezati pula menulis “sekali dia bergelek dengan batang mop”.
Sejak beberapa hari lalu, Aliff menjadi bualan ramai sehingga menjadi bahan kecaman selepas tular video kontroversinya menari dengan Baby Shima.
Sebelum itu Aliff dia juga sudah terkena tempias makian netizen disebabkan hantaran lagu terbaru membabitkan individu kontroversi iaitu Kak Long 7E dan Ratu Farah Diva.
Dalam sedutan terbabit, dua individu itu terkinja-kinja di sebuah majlis kenduri di kampung.
Disebabkan kontroversi demi kontroversi itu, ibunya tampil membidas kelakuan Aliff yang dianggap keterlaluan dan mengundang bala.
Bagaimanapun, aksi itu masih jadi bahan usikan netizen yang menyifatkan penyesalan itu cuma sementara selain dikatakan sengaja mencipta kontr0versi.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
kredit:ig Aliff Syukri, hmetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: