Video dipelvk wanita tular, peminat Indonesia beri penjelasan sudah minta izin… Meerqeen dinasihatkan jaga batasan - Menujukebenaran
Uncategorized

Video dipelvk wanita tular, peminat Indonesia beri penjelasan sudah minta izin… Meerqeen dinasihatkan jaga batasan

KUNJUNGAN hero dan heroin drama Melur Untuk Firdaus iaitu Meerqeen dan Anna Jobling ke Jakarta, Indonesia sejak Ahad lalu mencetuskan fenomena apabila mereka diserbu peminat ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta.

Tidak menyangka sambutan luar biasa penyokong mereka di negara itu, kedua-dua pelakon itu dilihat tak menang tangan melayan peminat yang ingin bergambar dengan mereka.

Malah ke mana sahaja Meerqeen dan Anna pergi pasti ada peminat yang menyerbu mereka dan teruja dapat bertemu dengan pelakon berkenaan.

Bagaimanapun sebuah video yang dimuat naik oleh peminat wanita di negara itu ketika bertemu Meerqeen dan Anna mencetuskan perbalahan dalam kalangan peminat.

Menerusi video berkenaan, wanita itu yang pada awalnya menyapa kedua-dua pelakon itu dilihat tiba-tiba memeluk Meerqeen.

Diserbu Peminat

Kemunculan dua bintang Melur Untuk Firdaus ini di Jakarta mencetuskan fenomena,

Meskipun aktor itu kelihatan ragu-ragu dengan tindakan peminatnya itu namun Meerqeen tetap membalas pelvkan diberikan.

Sementara itu, peminat Meerqeen yang ada di antaranya dari Malaysia menyerbu ruangan komen wanita berkenaan dan menyifatkan tindakannya itu sebagai tidak sopan.

Malah ada menuduhnya sebagai tidak tahu menjaga sikap dan adab di antara lelaki dan perempuan.

Tidak berdiam diri dengan kecaman diterima, pemilik akaun TikTok dikenali sebagai Syilalaaaaa itu menjelaskan sudah meminta kebenaran Meerqeen sebelum memeluknya.

Malah wanita itu turut meminta maaf kerana tidak tahu tentang batasan.

“Maaf jika saya tidak tahu cara bersikap tetapi sebelum itu saya dah minta izin dengan mereka dan mereka kata boleh,” jelasnya menerusi video yang mendapat tontontan lebih 800,000.

Merqeen Peminat

Video yang dirakam peminat itu mendapat tontonan lebih 800,000 di TikTok.

Sementara itu, selain meminta Meerqeen menjaga batasan ada dalam kalangan peminat merasakan tindakan Meerqeen itu demi menjaga hati peminat.

“Nasib baik peminat di Malaysia belum sampai tahap begini. Harap Meerqeen jaga batasan ya,” tulis peminat.

Kunjungan Meerqeen dan Anna ke Jakarta bagi memenuhi undangan temu bual bersama media selain membuat kemunculan dalam program televisyen di Trans TV dan Trans 7.

Kedua-dua pelakon itu menjadi perhatian di negara itu selepas drama Melur Untuk Firdaus menjadi fenomena selain di Singapura dan Filipina.

Biodata Meerqeen

NAMA PENUH: Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam

NAMA POPULAR: Meerqeen

UMUR: 21 tahun

TARIKH LAHIR: 4 Jun 2001

ASAL: Ampang, Selangor

INSTAGRAM: Meerqeen

Kerjaya

Merupakan alumni Hero Remaja 2019/2020, Meerqeen antara 15 peserta yang terpilih dalam pertandingan ini. Pada waktu itu, antara peserta lain bersamanya adalah Nadhir Nasar dan Aniq Suhair. Pada 2017, Meerqeen pernah muncul dalam sebuah iklan yang juga pada waktu dia baru 15 tahun.

Filem pertama lakonan Meerqeen adalah ‘Kelaster’ yang mana dia memegang watak sebagai Usop. Filem tersebut ditayangkan di Astro First.

Manakala drama yang mengangkat namanya dalam bidang lakonan adalah ‘Angkara Cinta’. Dalam drama ini dia berlakon bersama Hun Haqeem dan Wanna Ali.

Kemudiannya Meerqeen muncul dalam drama Marry Me Senorita. Dia berlakon dengan Janna Nick, Dini Schatzmann dan Shaza Bae.

Kehidupan Peribadi

Untuk yang tidak tahu, Meerqeen adalah anak saudara kepada penyanyi terkenal Safura Ya’cob. Ibu saudaranya itu menjadi inspirasi Meerqeen dalam bidang seni.

Nama Meerqeen adalah hasil gabungan nama panjangnya yang diambil dari Shameer dan Shauqeen. Selain dari itu, Meerqeen juga adalah pelajar jurusan insurans di Kolej Vokasional Gombak.

10 fakta menarik mengenai beliau yang disebut-sebut bakal menjadi pelapis ‘hero Malaya’ ini.

1. Barangkali ramai yang tidak tahu, Meerqeen merupakan anak saudara kepada penyanyi era 90-an popular, Safura Yaacob.

2. Beliau menanam cita-cita untuk menjadi pelakon sejak berusia lima tahun.

3. Sebelum penyertaan dalam Hero Remaja 2020, beliau pernah menghadiri pelbagai sesi ujibakat iaitu sejak berumur 15 tahun, namun hanya menerima satu tawaran sahaja iaitu membintangi sebuah iklan pada tahun 2017.

4. Demi memberi tumpuan pada karier seni yang semakin berkembang, Meerqeen terpaksa menangguhkan seketika pengajian dalam jurusan Diploma Insurans di Kolej Vokasional Gombak.

5. Mempunyai dua orang pengurus peribadi yang bertanggungjawab mengendalikan urusan berkaitan kerjayanya.

6. Namanya ternyata lebih menyerlah berbanding juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar kerana tawaran dan rezeki yang diterima lebih melimpah ruah!

7. Turut mempunyai bakat dalam bidang nyanyian serta mempunyai perancangan untuk mengetengahkannya, namun diketepikan buat sementara waktu kerana ingin memberi fokus pada bidang lakonan yang diletakkan sebagai karier utama.

8. Merupakan peminat genre muzik RnB.

9. Antara karya yang melonjakkan namanya termasuk drama berepisod, Angkara Cinta, selain filem Kelaster dan Frontliners.

10. Meletakkan pelakon senior, Bront Palarae sebagai idola dalam bidang lakonan.

Penonton kurang senang babak ‘ajak mandi’ dalam ‘Melur Untuk Firdaus’… Meerqeen minta fikir positif, sekadar jenaka

DRAMA Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan di slot Lestary TV3 menjadi trending di media sosial.

Ia menerima sambutan hebat penonton apabila aksi lakonan pelakon utama iaitu Meerqeen dan Anna Jobling dilihat serasi membawa watak sebagai pasangan suami isteri.

Namun di sebalik pujian itu, ada juga penonton meninggalkan komen kurang senang dengan babak lakonan mereka yang dikatakan terdapat unsur lucah dan kurang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

“Kami dah jangka perkara ini akan berlaku, itu pun dah banyak babak sudah buang kerana kalau ikutkan skrip, lagilah teruk.

”Saya dan Anna sudah berbincang, apa yang patut untuk dilakukan bersama dan dialoq dalam drama tersebut sebenarnya kelakar.

“Benda itu biasa je sebenarnya, tapi itu okay sikit kalau dibandingkan dengan yang lain dan kalau kita fikir ia kearah positif maka ia jadi kelakar, kalau fikir ke arah lain maka jadi la begitu.

“Kita tidak boleh nak cakap dengan orang untuk terima kami atau sebagainya, setiap cerita mesti ada baik dan buruknya lagipun kami tahu apa yang perlu di buat,” kata Meerqeen kepada mStar.

 

Meerqeen tawan hati penonton

Meerqeen, 21, atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam menyifatkan kejayaan dicapai drama adaptasi novel My Rude Wife karya CikNorCinta itu sebagai pencapaian yang membanggakan buat diri dan kerjayanya.

“Saya anggap ini langkah kanan dan pembakar semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik dalam bidang lakonan.

“Bagi saya, ini bukan kejayaan kepada pelakon semata-mata sebaliknya kepada pihak kru dan produksi yang bertungkus lumus dari awal lagi untuk menjayakan projek ini hingga ditayangkan kepada umum.

“Untuk mereka yang sentiasa menyokong, saya amat hargainya. Untuk peminat baru pula, selamat menikmati karya Melur Untuk Firdaus dan teruskan memberikan sokongan kepada kami semua,” katanya.

Menurut Meerqeen yang juga finalis program Hero Remaja 2019/ 2020, dia menerima banyak mesej positif di media sosial.

“Saya bersyukur kerana drama ini memberikan impak yang sangat luar biasa untuk semua peminat. Paling menggembirakan apabila drama ini ‘trending’ sampai ke luar negara dan mendapat perhatian peminat dari beberapa negara jiran. Saya amat hargai sokongan mereka. Memang agak terkejut dengan sambutan diberikan.

“Jujurnya ramai yang menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram. Contohnya peminat dari Indonesia yang meminta drama ini ditayangkan di sana. Peminat dari Thailand pun ada,” katanya.

Drama Melur Untuk Firdaus, arahan Zamri Zakaria yang diterbitkan oleh A-Ten Alliance Sdn Bhd mengisahkan Firdaus Iskandar (Merqeen) yang tidak bersetuju dengan rancangan

ibu bapanya untuk mengahwinkannya dengan Melur (Anna Jobling) kerana sudah mempunyai teman wanita, Dee (Nesa Idrus).

Ibu bapanya memberikan tempoh 48 jam untuk Dee berkahwin dengan Firdaus. Namun, Dee tidak bersedia untuk berkahwin. Melur sedih kerana dia menyukai Firdaus. Melur cuba memikat hati Firdaus, malah meletakkan tujuh syarat untuk Firdaus.

Selain Meerqeen, drama yang turut ditayangkan di Disney+ Hotstar ini menampilkan Anna Jobling, Fimie Don, Nesa Idrus, Haleeda Mazlin, Kuza dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button