“Cakap pun tak sedap apa lagi menyanyi..” makan dalam respon Awie buat ramai yang bersetuju - Menujukebenaran
Uncategorized

“Cakap pun tak sedap apa lagi menyanyi..” makan dalam respon Awie buat ramai yang bersetuju

PENYANYI Datuk Awie meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan segelintir usahawan serta TikToker yang cuba memasuki industri hiburan dan bergelar penyanyi.

Kata Awie atau Ahmad Azhar Othman, 54, industri muzik kini rosak selepas kemunculan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh seseorang yang tidak berbakat.

Video di bawah sekali..

“Apa nak jadi dengan industri muzik kalau mereka melacuri industri ni dengan teruknya, teruk sangat tahu tak!

“Tiba-tiba stesen TV pakai lagu mereka untuk program, radio pakai lagu mereka untuk pasang walhal mereka bukan penyanyi, nak bercakap pun tak sedap apatah lagi nak menyanyi.

“Saya minta maaf, bukan saya bagus sangat saya pun tak bagus tapi saya sayangkan industri ni,” katanya

Dalam perkembangan lain, kumpulan Wings antara barisan artis yang bakal membuat persembahan pada Konsert Hausboom Muzik 2022 bersama artis lain seperti Hujan, Bunkface, Joe Flizzow, Ruffedge, Masdo dan ramai lagi.

terdahulu, Penampilan usahawan kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman bersama penyanyi Baby Shima menerusi perkongsiannya di Instagram menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Beliau dikatakan bakal melancarkan lagu terbaru bergenre Dangdut berjudul Baby Sayang, hasil duet bersama Baby Shima pada 17 Ogos nanti.

Meskipun lagu tersebut belum lagi diperdengarkan kepada para pengikut di akaun Instagramnya, dua selebriti itu teruk dikecam disebabkan aksi kurang manis yang ditonton orang ramai.

Teaser muzik video lagu itu yang dimuatnaikkan ke Instagram Aliff, menampilkan Shima yang hanya berseluar pendek berwarna hitam dan berstoking hingga ke paras paha sambil bergelek.

Berdasarkan reaksi yang membanjiri ruangan komen di Instagramnya, warga netizen kelihatan mengutuk penampilan kedua-dua selebriti itu yang dianggap tidak bermoral dan seolah-olah tidak menjaga sensitiviti masyarakat Muslim.

Bukan itu sahaja, ada segelintir warga netizen turut melabelkan Shima sama seperti pelakon lucah disebabkan oleh aksinya yang menggoyangkan punggung dalam muzik video tersebut.

Warga netizen menganggap Aliff seperti tidak serik menghasilkan kandungan yang dianggap mengaibkan.

Malah, sekitar awal tahun ini, Aliff pernah berjanji untuk tidak mahu lagi terjebak dengan gimik murahan demi meraih populariti.

Beliau berkata demikian kerana sesuai dengan peningkatan usianya.

Walau bagaimanapun, Aliff bertindak menutup ruangan komen selepas menyedari video berkenaan mendapat kecaman.

Mereka yang banyak berimaginasi’ – Baby Shima

Komen netizen ini saya tak ambil kisah. Saya tak boleh kawal orang nak cakap apa, mungkin mereka yang banyak menonton (cerita tidak bermoral) dan berimaginasi,” kata penyanyi sensasi, Baby Shima terhadap segelintir netizen yang mendakwa dia seperti pelakon lucah.

Dakwaan kurang manis itu diterima Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli selepas perkongsian ‘teaser’ lagu dangdut, Baby Sayang nyanyian duetnya bersama Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram ahli perniagaan berkenaan.

Baby Shima berkata, lagu Baby Sayang itu pun mengisahkan pasangan yang ‘angau bercinta’ dan mereka mengharapkan hubungan dijalin berkekalan selamanya.

Menurut Baby Shima, menyanyi sambil bergelek adalah perkara biasa sebagai penyanyi dangdut.

Ditanya mengenai dakwaan dia bekerjasama dengan Aliff demi untuk mengejar ‘trending’ di YouTube, Baby Shima menjelaskan semua penyanyi masa kini yang keluarkan lagu mengharapkan single mereka ‘trending’ di media sosial dan platform digital.

“Kerjasama saya dengan Aliff pun sebenarnya tidak di rancang. Saya cuma dapat lagu itu dan apabila mendengar melodi dan lirik lagunya dah rasa ‘best’. Sejak pada awal lagi, saya tidak tahu langsung siapa rakan duetnya sehinggalah ketika hari rakaman lagu dibuat.

“Apabila tahu Aliff ada rakan duet itu, saya okey saja. Saya yakin kami boleh bekerjasama dengan profesional kerana sudah saling memaafkan kira-kira setahun yang lalu atas perselisihan yang berlaku di Jakarta, sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

Baby Shima berkata, walaupun mereka sudah berbaik, tetapi tidak pernah berkongsi mengenainya di media sosial.

Katanya, sebagai penyanyi dia juga tiada masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa termasuk Aliff.

Terdahulu, kisah Baby Shima dan segelintir netizen Malaysia sentiasa bertali arus apabila segala tindakan dibuat penyanyi lagu Lalai dan Roadblock Hatiku itu di media sosial pasti tular dan mendapat kecaman netizen.

Baru-baru ini juga, Baby Shima dikecam segelintir netizen apabila bergelek ketika melintas jalan raya berhadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan membuat ‘nyanyian semula’ lagu Tiara dendangan asal kumpulan Kris.

“Cakap Pun Tak Sedap Apa Lagi Menyanyi”- awie berkata demikian dalam video minit 0.15. lihat video dia bawah

Lihat video ini:

Sumber : M star / viraIkini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button