Uncategorized

Baru je Aliff Syukri Dakwa Jadi Penyanyi no 1 Negara, Sekali Kena Pvkul Ramai2 Dgn Geng CEO Batu

Petaling Jaya: Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan rakyat Malaysia tidak tahu menilai bakatnya sebagai penyanyi nombor satu negara kerana kesemua 10 lagu pernah dihasilkannya selama ini sentiasa ‘trending’ di YouTube.

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 35, ditemui berkata, dia mengaku dirinya sebagai penyanyi nombor satu kerana memang layak dengan gelaran itu disebabkan pencapaian lagu yang sentiasa ‘trending’ di platform digital.

Lagu Trending no 1 di Youtube

“Walaupun pelbagai kecaman yang saya terima, tetapi sehingga kini kira-kira 10 buah lagu yang sudah saya hasilkan, semuanya ‘trending’ nombor satu di YouTube dan tak pernah berada di kedudukan kedua atau ketiga.

“Seperti lagu Bobo Di Mana dan Kelepok Raya, ‘trending’ nombor satu di YouTube. Begitu juga lagu baharu, Baby Sayang ini terus ‘trending’ nombor satu di YouTube dalam tempoh sembilan jam selepas ia dilancarkan semalam. Sekalipun ramai netizen kata suara saya macam itik, tak boleh nyanyi, tapi lagu saya tetap ‘trending’,” katanya kepada Harian Metro.

CEO Batu Datang Rumah Dato Aliff

Dalam kemas kini di Ig, CEO Batu dan rakan-rakan telah datang ke rumah Dato Aliff dan telah ‘pvkul’ beliau secara berjemaah kerana tak tahan dengan kelaluan Dato Aliff

“Awak apa salah sy awakk saya hanya penyanyi no1 malaysia.. Dah trending no1 dah awakk jangan pukul sy awakk..“ kongsi Dato Aliff di IG

Untuk pengetahuan anda, CEO Batu merupakan salah seorang influencer yang mempunyai pengikut seramai 1.4 juta di TikTok dan 168,000 di Instagram

Terdahulu, Aliff Syukri ditemui pada sidang media untuk penjelasan isu muzik video lagu duetnya bersama Baby Shima, Baby Sayang di sebuah restoran di sini, pada petang tadi.

Aliff berkata dia juga berasa sangat sedih apabila dirinya didakwa gila dan diminta mendapatkan rawatan kesihatan mental oleh netizen. Katanya, dia masih waras dan tidak pernah mempunyai masalah mental.

“Apapun, ada kalanya saya terfikir juga mungkin bakat nyanyian ini akan dihargai oleh rakyat Malaysia selepas saya sudah tiada (meninggal dunia) nanti. Tapi, takkanlah nak tunggu saya dah mati, baharu semua orang nak menghargainya?

“Sejujurnya, kenapa saya terus menghasilkan lagu sehingga kini kerana saya memang ada impian nak jadi seorang penyanyi. Saya minat menyanyi kerana yakin ada bakat dan sentiasa disokong peminat,” katanya yang sanggup melaburkan duit sendiri sebanyak RM70,000 untuk single Baby Sayang itu.

AMBIL UBAT MENTAL?

Dalam perkembangan lain, Aliff turut menjelaskan mengenai isu kononnya dia menipu orang ramai dengan mengakui mengalami masalah mental seperti dalam video permohonan maaf sebelum ini.

Jelas Aliff, sebelum ini dia memang pernah mengambil ubat-ubatan tetapi mengalami kesan sampingan kesihatan mental dan mengambil keputusan untuk berhenti mengambil pil berkenaan.

Akuinya, dia kini 100 peratus normal dan berada dalam keadaan waras dan tindakannya memuat naik gambar pil itu kerana tertekan.

“Saya normal dan waras, ketika buat video mohon maaf itu saya nak cepat apatah lagi saya dalam keadaan tertekan kerana dimarahi ibu dan isteri ekoran video saya sudah tular dan mendapat kecaman netizen.

“Jadi saya kongsikan sahaja gambar pil berkenaan bagi meluahkan rasa kecewa,” katanya.

Sebelum ini, beberapa hari lalu nama Aliff Syukri hangat dan ‘panas’ di media sosial apabila tular beberapa ‘teaser’ video single Baby Sayang di media sosial seperti Tik Tok dan Instagram gara-gara tariannya bersama penyanyi Baby Shima yang dianggap melampau dan luc4h.

 

Kredit: kecohape

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.