Uncategorized

Pelawak Azlee Senario Britahu Isteri Sakit. Ini Keadaan Terkini Isteri Beliau

PELAWAK Azlee Senario meluahkan kebimbangan mengenai keadaan isterinya iaitu Aslinda Ayob yang kini berada dalam keadaan kurang sihat serta demam sejak lima hari lalu.

Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar berkata, isterinya terlantar sakit dan tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja harian di rumah.

“Saya minta kepada semua rakyat Malaysia mendoakan agar isteri saya kembali sembuh seperti sedia kala.

“Sebenarnya saya terkejut kerana mulanya dia hanya kata demam biasa, sepanjang lima hari saya hanya beri dia ubat sahaja dan hari ini saya mengambil keputusan untuk bawa berjumpa doktor kerana risau melihat keadaannya.

“Doktor sudah mengambil ujian darah dan kena tunggu keputusan dalam beberapa hari lagi, saya harap sangat bukan penyakit yang berbahaya,” kata Azlee kepada mStar.

VIDEO:

Azlee Senario sambut baik kehadiran pelawak baharu, soal rezeki Tuhan tentukan

PELAWAK, Azlee Senario menyangkal dakwaan kurang menerima tawaran lakonan ekoran kemunculan banyak pelawak baharu.

Kata Azlee atau nama sebenarnya, Azlee Jaafar, 55, dia sebaliknya menyambut baik kehadiran artis muda dan tidak melihat mereka sebagai saingan.

“Saya masih terima tawaran berlakon tetapi buat masa sekarang fokus itu lebih kepada menjadi pengacara majlis korporat.

“Kumpulan Senario juga masih aktif dan kami akan muncul dengan projek baharu namun masih dalam rangka rancangan,” jelasnya pada mStar.

 

Sekiranya tidak terikat dengan aktiviti penggambaran, Azlee lebih tertumpu kepada bidang pengacaraan majlis.

Mengulas lanjut, Azlee menasihatkan agar pelawak perlu kreatif namun tidak perlu menyentuh senstiviti yang mampu mencetuskan kontroversi.

“Perkembangan industri pelawak sudah semakin berkembang dan pada saya itu satu perkara yang baik.

“Paling penting percaya bahawa rezeki itu Allah yang tentukan. Jadi kita perlu lakukan yang terbaik dan jangan buat lawak yang mengundang aib.

“Cuba untuk hasilkan lawak bijak yang dapat menjaga martabat kita sebagai pelawak,” ujarnya.

Azlee berkata demikian ketika hadir sesi sidang media dalam talian drama Anak Beranak Abe Yie pada Selasa.

Drama arahan Pali Yahya dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures itu turut dibintangi oleh Jasmin Hamid, Aiman Tino, Wan Sharmila, Aidit Noh, Puteri Sarah dan Aidil Aziz.

Memulakan siaran pada 16 Ogos setiap Isnin hingga Khamis pukul 6 petang di TV3, Anak Beranak Abe Yie mengisahkan ragam sebuah keluarga menjalani kehidupan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Terdahulu,tular foto Azlee Senario  berniaga buah-buahan dan hasil laut di tapak niaga Saujana Utama

Azlee, 54, atau nama sebenarnya Azlee Jaafar berkata, dia mula berniaga buah-buahan dan hasil laut seperti ikan, ketam, kupang, kerang, lala dan siput sedut di tapak pasar malam di Saujana Utama, Sungai Buloh sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan lalu.’

“PKP kali ini memang agak terkesan kerana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum bagi arahan untuk menjalani penggambaran.

“Jadi saya buat keputusan berniaga untuk cari pendapatan bagi menampung keluarga.

Alhamdulillah sejak gambar saya berniaga tular, sambutannya amat menggalakkan. Saya berterima kasih kepada pihak media kerana membantu,” katanya kepada Harian Metro.

GAMBAR tular Azlee Senario berniaga buah-buahan. FOTO IHSAN PEMBACA

Azlee berkata, ada peminat yang selain datang mengambil gambar, turut membeli barangan jualannya.

“Sebenarnya mereka lebih suka tengok kita bercampur dengan golongan masyarakat menerusi berniaga.

Maknanya artis dapat merapatkan lagi hubungan dengan peminat.

“Walaupun nama besar atau sebaliknya, saya letak tepi. Yang penting saya cari rezeki halal.

Kalau duduk rumah nak tunggu tawaran kerja, takkan ada buat masa ini.

Lebih baik saya ambil inisiatif berniaga, sekurang-kurangnya kita dapat beli barang-barang dapur dan bagi makan anak isteri,” katanya yang mengambil barangan jualannya daripada pemborong di Chow Kit.

Azlee mula berniaga seawal jam 8.30 pagi dan akan pulang selepas barangannya habis dijual.

“Paling lewat saya balik pada jam 5 petang. Kalau dah boleh mula menjalani penggambaran, saya dah boleh buat kerja saya dan ada pekerja akan uruskan. Sayang pula nak tinggalkan.

“Tapak berniaga ini sebenarnya tapak pasar malam. MDKS (Majlis Daerah Kuala Selangor) bagi kebenaran semasa pandemik ini untuk berniaga di situ.

Tengoklah mereka runding dengan MDKS sama ada selepas pandemik dibenarkan berniaga atau sebaliknya,” katanya yang turut menerima pelanggan dari Gombak, Setiawangsa, Batu Caves, Denai Alam, Elmina, Puncak Alam dan Rawang.

Azlee turut menasihatkan rakan artis dan penggiat seni tabah di samping cuba berniaga sebagai sumber pendapatan.

“Selagi kita ada keupayaan cari rezeki, jangan malu. Berniagalah kerana sekurang-kurangnya kita dapat menyara keluarga dan apabila semua pulih kita akan dapat bekerja semula.

“Tolak tepi status kita popular atau tak. Yang penting kita cari rezeki.

Jangan fikir soal status. Yang penting siapa nak bagi rezeki untuk menyara keluarga,” katanya.

Azlee Jaafar (lahir 11 Jun 1967) ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia. Beliau lahir di Johor dan mula mencipta nama bersama kumpulan komedi Senario pada era 1990-an.

Beliau juga adalah seorang penggiat muzik ghazal di Johor.

Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) pada edisi FFM 14 (1999) menerusi filem Senario The Movie.

Selain lakonannya sebagai pemuda terencat akal dalam filem tersebut, lakonan Azlee sebagai pengusaha warung roti canai dalam filem Lagi-Lagi Senario (2001) juga mendapat pujian ramai pengkritik.

Beliau juga amat terkenal dengan lawak membuat muka pelik kerana lawak muka peliknya itu dibuat dari mula menjadi artis sehingga sekarang.

Rata-rata netizan memberi semangat kepada Azlee

“popular saja xbuat kerja duit xmasuk,,,, moga dimurahkan rezeki,, contohi lah bro ni”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Kekecohan dan pelbagai aksi lucu berlaku apabila terdapat ahli keluarga yang terlalu paranoid dengan wabak merbahaya itu sehingga insiden tidak diduga.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.