“Guna lah sedikit otak” – Selepas Tular Posting Duit Dlm Bank Ghaib, Ada Benda Lain Buat Dr Rafidah Lebih Bimbang

LANGSUNG tiada sekuriti. Itu reaksi seorang pakar perunding perubatan dan nefrologi, Dr Rafidah Abdullah setelah kehilangan wang simpanannya dalam sebuah bank sebanyak RM13,000.
Berikutan itu katanya, dia amat kecewa dengan perkhidmatan bank berkenaan yang didakwa tidak mempunyai tahap keselamatan sewajarnya.
Katanya yang sudah hampir 30 tahun menggunakan perkhidmatan bank berkenaan, beliau sudah membuat laporan dengan bank, polis dan pihak berkaitan lain.
Namun jelasnya, maklum balas diterima adalah kalau sc4mmer sudah keluarkan duit, duit itu tidak akan dapat dipulangkan.
Berikut perkongsian penuh dari Dr Rafidah dalam 3 bahagian
“SELAMAT TINGGAL CIMB
Part 1
” Sudah hampir 30 tahun dengan CIMB. Hari ini sangat sangat kecewa dengan CIMB. Langsung tiada sekuriti. Takkan lah 3 transaksi melalui CIMB click berjumlah RM13 ribu pada 2-2:30 pagi tidak ada trigger langsung? Langsung tidak ada minta TAC. Lesap dalam sekelip mata.
“This is absolutely ridiculous. Nampaknya duit TIDAK SELAMAT dengan CIMB bank. Saya dah report ke CIMB, polis dan sebagainya. Setakat ini feedback adalah kalau scammer dah keluarkan duit, duit itu tidak akan dapat dipulangkan.
” Tidak apa. Saya redha.
“Yang pastinya saya langsung hilang kepercayaan kepada CIMB. Saya akan tutup akaun saya didalam masa terdekat ini.
” Hati-hati, mungkin berlaku kepada anda!
SELAMAT TINGGAL CIMB
Part 2
Terima kasih semua kerana respon di kesemua media sosial saya – Facebook, IG story, TikTok dan Twitter.
Untuk pengetahuan semua, saya menggunakan iPhone dan tidak memuat naik aplikasi pelik. Mungkin ada yang dapat maklumat saya. Saya sudah buang semua aplikasi di telefon dan reset.
Saya sudah buat laporan polis, CIMB, bank yang menerima duit saya (Hong Leong), email semua dan saya telah hantar laporan ke Bank Negara Malaysia.
Saya sudah anggap duit itu bukan rezeki saya. Tapi apa yang saya bimbang adalah apa yang saya baca. Nampak ramai sungguh yang terkena scam/hack begini. Sedih saya dengar Mak Cik Pak Cik dan rakyat yang kehilangan pendapatan dan simpanan mereka.
Apa yang bank-bank ini buat?
Hello, itu hak mereka. Ganti balik duit mereka.
CIMB: dah kenapa buat macam ini?
Saya harap Bank Negara Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap CIMB dan mana-mana bank yang memberi laluan perompak merompak hak rakyat Malaysia.
Rafidah Abdullah.
Nampaknya sekarang kena letak duit bawah bantal je!

SELAMAT TINGGAL CIMB
Part 3
Terima kasih CIMB kerana menelefon saya. Katanya, saya tertekan link beberapa hari yang lepas. Link ini membolehkan satu lagi device telefon iphone6 untuk register untuk akaun saya.
Soalan saya senang sahaja: saya sudah mempunyai akaun CIMB hampir 30 tahun; pernah tak saya register 2 phone untuk akaun ini? Semestinya TIDAK. Telefon nombor pun tak pernah bertukar. Jadi, transaksi 3 kali ke iphone 6 yang “telah didaftar” itu TIDAK memerlukan TAC.
Nak daftar telefon baru pun tidak memerlukan TAC. Dah kenapa pulak??? Saya demand CIMB untuk perketatkan sekuriti, hanya beri SATU nombor sahaja untuk CIMB click dan kalau ada register / tukar “phone baru atau lain”, tolonglah TELEFON tuan punya akaun.
I dont think this is rocket science.
I expect it done immediately.
Guna lah sedikit otak. Ketatkan SOP.
Ini hak individu masyarakat Malaysia.
Their hard-earned money, for goodness sake.
Rafidah Abdullah
Jom beli peti besi.
Reaksi Netizan
“Kasihan dkt kami rakyat b40 yg sekarang simpanan cukup2 mkn sampai ms hilang x ketahuan bt report ambil masa utk selesaikan” komen Siti
“mcm mne bole brlaku tanpa tac… adakah ini org2 yg brkait rapat dgn bank pnye keje?tahla… rakyt hdpnye da ssah.. jgn ditmbh ssh rkyat lg dgn bnda2 yg xselamat ni…”komen Yang Ariff
Respond pihak CIMB:
Dalam kemas kini terkink di FB, pihak CIMB belum menjawab secara spesifik isu melibatkan kehilangan wang dalam akaun Dr Rafidah
Sebaliknya, CIMB menegeluarkan peringatan kepada semua pelanggan supaya lebih berhati-hati dengan sebarang jeny4h siber
Berikut beberapa peringatan lain diberikan oleh pihak CIMB kepada pelanggan
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Kredit: kecohape
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: