Netizen kesian tengok Nuha Bahrin & Naufal ‘perform’ tapi penonton macam endah tak endah - Menujukebenaran
Uncategorized

Netizen kesian tengok Nuha Bahrin & Naufal ‘perform’ tapi penonton macam endah tak endah

Dua penyanyi yang semakin popular iaitu pemilik suara lagu Casablanca, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin kini menjadi tumpuan dalam dunia seni tanah air.

Gandingan pertama kali mereka dalam lagu terbaru itu ternyata berjaya memikat hati pendengar di Malaysia dan Indonesia sehingga bermain-main di fikiran netizen.

Terbaharu kedua-dua penyanyi tersebut sekali lagi nampaknya mencuri tumpuan warganet apabila video Nuha Bahrin dan Naufal Azrin membuat persembahan ketika selingan dalam KL Fashion Week 2022 (KLFW) yang sejak kebelakangan ini menjadi tumpuan orang ramai tular hangat diperkatakan oleh pengguna aplikasi TikTok.

Nuha

Dalam muat naik pemilik akaun bernama, iamhelmihaikall ini menerusi ruangan kapsyen memuji kedua penyanyi tersebut, “Kecik molek orangnya.” .

Mana tidaknya, Nuha Bahrin kelihatan jelita dengan mengayakan busana serba merah jambu manakala Naufal pula segak bergaya memakai sut biru muda.

Lebih mencuri tumpuan, mereka tidak lekang dengan senyuman ketika membuat persembahan di pentas.

Namun begitu, perhatian juga ditumpukan kepada kasut tumit tinggi yang dipakai Nuha Bahrin dimana netizen merasakan ia membuatkannya tidak selesa disebabkan saiznya dilihat besar dan bimbang akan terjatuh.

Tidak hanya itu, netizen juga mempersoalkan reaksi penonton di situ yang menyebabkan juga ada yang merasa kesian dengan penyanyi tersebut.

“Siannya aku pulak sedih…”

 Nuha

“Aku cukup ghisauu kalau dia terjatuh”

IMG_20220819_125702

“Kesiannya Nuha…”

 

“Mungkin dorang orang baru dalam industri dan yang datang…”

 

 

Dulu Terkucil Hingga Jadi Bahan Ejekan, Kini Nuha Bahrin Bangga Lagunya Menjadi Siulan

Sewaktu menyertai program realiti Vokal Mania pada 2020, vokal nyanyian Nuha Bahrin pernah terkucil sehinggakan dia dipersenda dan menjadi bahan ejekan umum.

Namun kini setelah dua tahun berlalu, Nuha yang tampil mempertaruhkan lagu duet, Casablanca bersama rakan artis, Naufal Azrin tak menyangka, lagu nyanyiannya itu tidak lekang disiulkan peminat muzik tempatan.

Nuha atau nama sebenar Nuha Sakina Saiful Bahrin mengakui, komen-komen lampau yang diterimanya pernah meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya sementelah gagal menyampaikan lagu Kekasih Awal Dan Akhir dengan baik.

 

Masa latihan semuanya okay saja” - Nuha Bahrin akui rosakkan lagu Datuk Jamal Abdillah - The News Malaysia
Nuha dikecam hebat kerana menyanyikan lagu Kekasih Awal Dan Akhir di Vokal Mania

Pun begitu setiap kritikan diambil sebagai pembakar semangat bagi meneruskan aktiviti nyanyian yang diminatinya sekian lama.

“Saya bangkit semula setelah berjaya dapatkan sokongan daripada orang sekeliling termasuklah para peminat dan pengikut di media sosial.

“Kata-kata positif yang dilemparkan memang banyak membantu saya untuk kembali berdiri pada hari ini,” ujarnya.

Casablanca mengisahkan tentang perasaan jatuh cinta kali pertama dan Casablanca bermaksud rumah putih yang menggambarkan putih, suci dan perasaan cinta yang dikaitkan dengan sebuah tempat.

Lagu Casablanca digilai ramai nyanyian daripada Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

Ketika ditanya sebab dirinya memilih konsep terbabit, Nuha mengakui lagu Arab mempunyai keunikan dan sedap untuk didengar.

Nuha juga mendedahkan dia membesar dengan lagu-lagu genre terbabit dan perkara itu menjadi pemangkin minatnya terhadap lagu Arab mula berkembang.

“Saya daripada kecil mendengar lagu Arab a lot with my mom. Bermula daripada situ, I develop interest towards Arabic music,” katanya.

Perancangan Nuha pada masa akan datang adalah untuk meneroka lebih banyak genre lagu yang berbeza seperti R&B, balada dan banyak lagi. – BOOM!

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button