“Selamber je dia buat macam tu..” penyanyi lelaki dik3cam ambil kesempatan atas BCL semasa Iive disaksi depan ank sendiri

Konsert Bunga Citra Lestari baru-baru ini menjadi perbincangan warganet di media sosial kerana terdapat seorang penyanyi muda menclum isteri Allahyarham Ashraf Sinclair ini ketika berada di atas pentas.
Di adakan pada hujung minggu yang lalu di Singapura, wanita yang biasa diplanggil BCL itu menjemput beberapa orang penghibur lain di konsertnya.
Dua daripadanya ialah Ariel NOAH dan Ray Prasetya yang baru-baru ini diperkatakan secara meluas.
Dalam salah satu aksinya, terlihat Ray Prasetya mencum pipi Bunga Citra Lestari.
Apa yang dilakukan oleh Ray Prasetya mendapat cemuhan netizen.
Mereka menganggap apa yang dilakukan oleh Ray Prasetya adalah tidak sopan.

“Awak masih muda, dengan orang yang lebih tua haruslah sopan. Hormati perempuan tu! Mungkin dia nak m4rah, tak elok sebab dia atas pentas,” kata netizen.
“Jaga sikap. Tidak manis dan tidak sopan untuk menclum wanita. BCL adalah wanita yang dihormati. Tidak boleh seperti itu,” jelas akaun trd**** itu.
“Tak sopan clum sambil lewa, cuma bcl yang saya terkejut. Lain kali jaga sikap awak,” jelas akaun yur*** itu.
“Orang ni clum Bcl. Tak sopan,” jelas akaun **** merah itu.
Netizen menilai perlakuan Ray Prasetya sebagai rekan duet yang mencium pipi BCL di atas panggung dianggap tak pantas. Waduh, gimana menurutmu? pic.twitter.com/BB1n4gNoit
— detikcom (@detikcom) August 23, 2022
Bunga Citra Lestari ketika itu juga kelihatan terkejut apabila tiba-tiba Ray Prasetya menclumnya. Dia segera memukul bahu Ray Prasetya. Ray Prasetya sendiri merupakan salah seorang daripada 12 finalis Idola Cilik 3.
Nama penuhnya Muhammad Raynald Ray Prasetya merupakan wakil finalis dari Jakarta.
Tindakan Ray Prasetya menclum pipi BCL mendapat kecaman netizen. Niatnya ingin mencipta detik romantis di atas pentas, malah aksi Ray itu dianggap kurang sopan. Malah, ada di antara mereka yang menggelarnya sebagai satu penghinaan.
Kalaulah saya tahu saya cuma ada masa 12 tahun dengannya… – Bunga Citra Lestari
PENGALAMAN berbelas tahun sebagai pelakon tidak dapat menyediakan Bunga Citra Lestari untuk menghadapi kehilangan paling besar dalam hidupnya.
Dalam pendedahan eksklusif di saluran YouTube miliknya, Bunga memaklumkan dia menerima pemergian secara tiba-tiba suaminya, Ashraf Sinclair, namun seperti manusia biasa yang lain, masih ada sebahagian daripada dirinya yang berharap apa yang terjadi hanya sekadar mimpi buruk.
“Saat dia pergi, saya sudah dapat menerima yang suami saya sudah tiada. Tetapi entah kenapa saya masih berharap saya cuma bermimpi buruk.
“Bertahun saya menjadi pelakon, saya sudah biasa menyerap emosi kehilangan seperti yang dikehendaki pengarah. Nyata ia tidak mampu membuat saya bersedia menghadapi kehilangan yang sebenar.
“Selama beberapa hari selepas Ashraf pergi, saya asyik menampar diri sendiri, bangunlah, kenapa saya masih tidak bangun dari mimpi.
“Ashraf orang pertama paling rapat dalam hidup saya, yang pergi meninggalkan saya. Saya cakap, Tuhan, aku redha dan aku ikhlas. Tidak ada momen di mana saya histeria dan tak dapat terima pemergiannya.
“Saya redha, cuma kejutan itu terlalu besar,” katanya dalam siri #BCLMelangkahLagi, berjudul Love Story #2 – Hari-Hari Terakhir Ashraf.
Pelakon dan penyanyi itu mengakui, sepanjang tempoh dia cuba menyesuaikan diri dengan ketiadaan suami yang hidup bersamanya selama 12 tahun, dia tidak pernah marah dengan takdir.
Sebaliknya, apa yang diratapi adalah persoalan bagaimana dia harus meneruskan hidup.
“Saya tidak marah dengan takdir Tuhan. Cuma saya berada dalam situasi ‘tidak tahu’.
“Selama saya hidup, saya diajar untuk menerima apa sahaja situasi.
Apa pun yang terjadi, acceptance, atau penerimaan itu penting, baru boleh ke peringkat seterusnya.
“Saya bertanya kerana saya memikirkan apa yang akan jadi, terutama dalam hidup saya dan anak, Noah. Saya masih ada bapa, bapa Ashraf juga masih ada.
“Tetapi Noah, anak saya, sudah kehilangan bapanya. Di mana lagi saya boleh cari figure yang begitu untuk Noah,” katanya sambil menyeka air mata.
Nampak tenang sepanjang temubual bersama Daniel Mananta, Bunga menyifatkan kehilangan Ashraf membuatkan dia kembali memikirkan apa sebenarnya yang dicari dalam hidup.
“Saya seorang yang teratur. Saya ada aturan dalam hidup saya, ada masa untuk keluarga dan ada masa untuk kerja.
“Bukanlah saya menyesal kerana memberi tumpuan kepada kerjaya. Tetapi hari ini bila difikirkan kembali, saya tertanya, untuk apa saya ‘berlari’ selama ini? Apa yang saya kejar?
“Kalaulah saya tahu masa saya dengan dia hanya 12 tahun, mungkin keutamaan saya juga berubah. Mungkin saya tidak ‘berlari’ begitu, dalam keadaan saya sendiri tidak tahu apa yang saya kejar,” ujarnya.
Sumber : mStar
Kredit: murai
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: