“Kenapa tak tegur artis tayang pusat...”-Tak Puas Hati Asyik Dia Je Kena, Ini Luahan Baby Shima - Menujukebenaran
Uncategorized

“Kenapa tak tegur artis tayang pusat…”-Tak Puas Hati Asyik Dia Je Kena, Ini Luahan Baby Shima

KUALA LUMPUR: Kontroversi demi kontroversi tidak pernah surut dalam melingkari kehidupan penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima, 30.

Adakah Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli kebal atau lebih tepat lagi berhati kering hingga tidak langsung terusik dengan kecaman netizen yang menyampah gimik murahannya.

Sejak beberapa bulan lalu, satu demi satu kontroversi dicetuskan. Bermula bergelek erotik pada majlis rumah terbuka di Negeri Sembilan, kemudiannya berfoto bersama anjing, diikuti video menjengkelkan bersama usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri.

Selepas dikecam teruk sehingga ada yang melabelkannya sebagai pelakon ‘lucah’, Baby Shima mungkin akan insaf. Namun, ternyata tekaan meleset sama sekali apabila tular pula video bergelek di sebuah acara hingga menyebabkan penonton lelaki tertunduk malu.

Baby Shima berkata, dia tak pernah cetuskan kontroversi, sebaliknya netizen gemar memberi komen berlebihan dengan pelbagai tohmahan apabila ada sahaja penulis blog menulis cerita tanpa mengetahui keadaan sebenar.

“Berita disiarkan daripada sudut pandang berbeza, seolah-olah saya bergelek keterlaluan hingga penonton tertunduk malu. Sedangkan, penonton terhibur.

“Saya juga tidak bergelek berlebihan melainkan tarian mengikut rentak dalam video muzik. Sepatutnya netizen merasa penat, bukan saya. Ini kerana ada sahaja perkara netizen tidak puas hati, lantas tak berhenti mengecam.

“Cuba lihat semula segala komen negatif, ada atau tidak komen positif dan sokongan netizen?

“Segelintir yang bersikap negatif tidak mewakili keseluruhan masyarakat. Saya ada penyokong tegar yang masih sayangkan saya seperti saya menyayangi dan menghargai mereka. Kepada golongan ‘haters’, teruskan usaha anda,” katanya kepada BH Online.

Baby Shima dan Aliff Syukri menjadi topik hangat netizen apabila muncul dengan teaser video muzik yang menjengkelkan. – Foto IG Baby Shima
Penyanyi lagu Roadblock Hatiku dan Pura Pura Bujang itu menyifatkan teguran pendakwah bukan ikhlas, sebaliknya lebih kepada kecaman.

“Jika teguran, seeloknya disampaikan terus kepada saya, seperti teguran seorang mufti yang memberikan pencerahan kepada saya.

“Tidak semua pendakwah tulus dan lurus, ada juga pendakwah terpalit isu negatif. Kita makhluk ciptaan Allah yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Jika saya salah, tegurlah secara peribadi. Bukannya menggunakan platform laman sosial, jadi tolonglah bersikap adil.

“Peliknya, kenapa saya sahaja ditegur, sedangkan ada segelintir artis menayang pusat dan menari tergedik-gedik dengan menayang aset, namun tak pula ditegur. Kenapa saya sahaja jadi sasaran?,” katanya.

Ditanya adakah pernah timbul kekecewaan dan terdetik mahu meninggalkan dunia seni apabila jadi sasaran kecaman, wanita kelahiran Permas Jaya, Johor Bahru itu berkata, tak mungkin disebabkan segelintir netizen dirinya hendak ambil hati dan kecewa hingga mahu meninggalkan dunia seni.

“Saya mengimpikan mahu menjadi penyanyi dangdut terbaik Asia. Itu matlamat saya,” katanya.

Terdahulu, teaser video muzik dikongsi Aliff dalam Instagram (IG) antara lain memaparkan aksi Shima bergelek yang dianggap keterlaluan dan mencolok mata hingga menjadi topik hangat netizen.

Sebelum itu, Baby Shima mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sepotong video yang mempamerkannya bergelek di tengah tempat melintas pejalan kaki di hadapan Menara Berkembar KLCC

AKSI MANJA TAYANG PUSAT EYKA FARHANA MENERUSI KEMPEN BAJU DALAM DIKEC4M NETIZEN

Trdahulu Nama pelakon Eyka Farhana sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan tanah air.

Malah, dia juga seringkali terpalit dengan beberapa isu kontroversi melibatkan penampilan seksinya dan cerita mengenai hubungan cintanya bersama pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid.

Terbaharu, Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi sekali lagi tampil dengan aksi seksinya apabila terlibat dalam satu kempen pakaian dalam melibatkan jenama terkenal antarabangsa, Calvin Klein.

Menerusi video tersebut, Eyka tampil memakai sports bra bersama seluar dalam jenama terkenal itu yang turut dipadankan bersama jaket denim dan seluar jeans ‘baggy’.

Bahkan, penampilannya itu turut memperlihatkan bahagian perut dan pusatnya dengan jelas sambil beraksi manja dan terbaring di atas sofa.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet kurang senang dengan penampilan aktres itu yang beraksi seksi untuk menjayakan kempen jenama popular itu.

“Nak cabar siapa? Islam hanya pada IC….”

Bagaimanapun, ada juga rakan artis yang tampil memuji penampilan pelakon Juvana itu yang dilihat semakin cantik dan matang dalam persalinan berkenaan.

Terdahulu, Eyka pernah memkalumkan bahawa dia tidak mahu bersikap ‘poyo’ dan berpura-pura disebalik pakaian yangdikenakannya demi mengikut kehendak netizen.

kredit: https://www.hotfm.audio/

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button