Baru Je Timang Anak Ke-8, Sekali Harry Khalifah Kongsi Sesuatu Buat Ramai Ucap Tahniah - Menujukebenaran
Uncategorized

Baru Je Timang Anak Ke-8, Sekali Harry Khalifah Kongsi Sesuatu Buat Ramai Ucap Tahniah

BARU sahaja menyambut kelahiran cahaya mata kelapan pada Januari lalu, penyanyi dan komposer Harry Khalifah sekali lagi berkongsi khabar gembira isterinya kini sedang hamil anak kesembilan.

Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan, Harry atau mesra disapa Apak, 42, dalam masa sama sudah menjangka isterinya iaitu Noormala akan kembali hamil dalam masa terdekat.

BARU sahaja menyambut kelahiran cahaya mata kelapan pada Januari lalu, penyanyi dan komposer Harry Khalifah sekali lagi berkongsi khabar gembira isterinya kini sedang hamil anak kesembilan.

Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan, Harry atau mesra disapa Apak, 42, dalam masa sama sudah menjangka isterinya iaitu Noormala akan kembali hamil dalam masa terdekat.

“Ketika mencuci uri anak kelapan sebelum ini, ibu saya ada berkata isteri akan hamil lagi dan anak seterusnya dekat.

Apak baru sahaja menyambut kelahiran anak kelapan Januari lalu yang diberi nama Mardeena.

“Orang tua tahu biasanya tahu bila akan dapat anak lagi apabila mencuci uri bayi. lni adalah kuasa Tuhan dan saya tidak menolak dikurniakan rezeki anak.

“Semestinya saya akan gembira dan bersyukur mendapat tahu tentang kehamilan isteri kali ini.

Pengalaman memiliki lapan orang anak sekarang ini membuatkan kami Iebih bersedia menyambut kelahiran kesembilan nanti,” katanya kepada mStar.

Sedar tanggungjawab sebagai seorang bapa semakin besar, Apak kini tidak boleh duduk diam dan perlu Iebih keras bekerja untuk menampung kehidupan keluarga.

Dalam masa sama, Apak turut menitip pesan buat semua pasangan suami isteri yang belum dikurniakan cahaya mata untuk sentiasa berdoa agar urusan mereka dipermudahkan.

“Saya tidak pernah anggap memiliki anak ramai sebagai satu beban. Setiap anak yang dilahirkan itu adalah rezeki dan saya harus menjaga amanah ini dengan sebaik mungkin.

“Jadi sekarang ini memang perlu lebih kerja keras sebab anak semakin ramai. Nak berehat pun tiada masa disebabkan jadual kerja yang padat. Semoga anak-anak ini akan membesar menjadi soleh dan solehah.

“Buat mereka yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan pernah berputus asa. Teruskan berdoa semoga dipermudahkan urusan untuk memilik anak suatu hari nanti,” ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Apak bakal tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul Lagu Untuk Amy hasil ciptaannya sendiri.

Selain itu dia turut menjalinkan kerjasama dengan sebuah produksi dari Jepun merakamkan semula lagu berjudul Wan Lebor.

Apak bersama isteri dan Japan orang anak mereka.


“Lagu Wan Lebor ini merupakan sebuah lagu rakyat yang mengangkat loghat negeri Perak

 

Apabila ada syarikat rakaman Jepun yang mahu merakamkan semula lagu ini saya amat berbesar hati memberikan kerjasama.

“Dengan cara ini bolehlah saya berikan sumbangan sedikit untuk mengharumkan nama negara,” jelasnya.

Ahmad Sairi Haslan bin Muhammad Redzwan atau lebih dikenali sebagai Harry Khalifah/Apak merupakan Gitaris Kumpulan Khalifah.

Beliau dilahirkan pada 24 April 1980. Beliau merupakan bekas Kumpulan Jinbara bersama dengan Yabang. Beliau bersama Yabang telah menganggotai band tersebut dari tahun 2000 sehingga 2005 dan menghasilkan 3 album. Yabang dan gitaris Harry yang pernah mencipta lagu “Kasihnya Laila” dan juga menjadi fenomena hit muzik single terhangat suatu ketika dulu, telah mengundurkan diri dari kumpulan Jinbara akibat ketidaksefahaman di antara mereka.

Pada 2006, Dia Bersama Yabang menubuhkan Khalifah. Beliau juga seorang penyanyi dan komposer terkenal. Antara lagu ciptaannya seperti Kasihnya Laila, Cikgu Ayu, Hang Pi Mana, Cintaku Dewi Kamala Dan Assalamualaikum Ustazah.

Beliau juga banyak menaikkan artis baharu hasil lagu ciptaan beliau. Antaranya Sedalam-Dalam Rindu dan Melamar Rindu nyanyian Tajul, Bayang nyanyian Khai Bahar.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button