“Live ke tu”- Sweet Qismina Buat Persembahan di MHI Sekali Netizan Perasan Ada Yg Tak Kena - Menujukebenaran
Uncategorized

“Live ke tu”- Sweet Qismina Buat Persembahan di MHI Sekali Netizan Perasan Ada Yg Tak Kena

Sweet Qismina atau pemilik nama Farhanna Qismina Supandi bukanlah seorang selebriti baru dalam industri hiburan apabila dia telah berpuluh tahun menempa nama sebagai pelakon dan sering menjadi tumpuan buat peminat drama tempatan.

Namun begitu, Sweet Qismina mengejutkan peminatnya apabila dia turut menceburi bidang nyanyian dengan melancarkan sebuah single pertama berjudul Namo yang mana lagu tersebut telah mendapat ribuan tontonan di laman YouTube selepas dilancarkan sebulan yang lalu.

EMPAT tahun lamanya pelakon Sweet Qismina menggenggam impian mahu memiliki lagu sendiri sebelum hasrat tersebut terlerai menerusi peluncuran single debutnya, Namo. Ujar Sweet, ketika itu dia masih tercari-cari material terbaik yang kena dengan jiwanya untuk dijadikan single perdana, sekali gus mencuba nasib bergelar penyanyi selepas sekian lama menjadi pelakon. “Setelah berbincang dengan Raqeem Brian yang merupakan Pengarah A&R dan Pemasaran Domestik Warner Music, barulah saya temui lagu terbaik iaitu Namo. “Perancangan mengeluarkan single ini bermula pada November tahun lalu

Seperti penyanyi lain, Sweet Qismina juga berpeluang untuk menyanyi di beberapa rancangan di kaca televisyen dan kemunculannya di rancangan MHI juga nampaknya mencuri tumpuan ribuan warganet apabila ia turut dikongsikan di laman YouTube.

Sweet Qismina pula tampil dengan gaya cukup menarik untuk membuat persembahan di MHI baru-baru ini dengan memakai busana gabungan warna biru dan hitam. Seperti yang sudah dilihat, lagu berjudul

Namo itu juga memaparkan elemen menari. Jadi Sweet Qismina bersama dua penari wanita mencuri tumpuan netizen dalam persembahan mereka ini. Namun begitu, perhatian juga tertumpu kepada suara Sweet Qismina.

Ini kerana, netizen diruangan komen video dikongsikan itu turut meninggalkan reaksi yang tertanya-tanya sama ada penyanyi tersebut membuat persembahan live atau sekadar miming sahaja.

“Macam lip sync je? Nak dengar suara real”

“Macam tak nyanyi je”

 

“Live ke tuh hehehe”

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Sumber:HCL

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button