Pembedahan terpaksa dihentikan untuk tempoh 48 jam, Remy Ishak pohon doa dari semua - Menujukebenaran
Uncategorized

Pembedahan terpaksa dihentikan untuk tempoh 48 jam, Remy Ishak pohon doa dari semua

PELAKON Remy Ishak memaklumkan ibunya kini sedang bertarung nyawa di Unit Kawalan Rapi Kardiovaskular (CICU) Hospital Serdang selepas pembedahan yang dijalankan terpaksa dihentikan.

Remy atau Mohammad Zalimie Ishak, 40, berkata, pembedahan itu terpaksa dihentikan buat seketika dan akan bersambung semula selepas tempoh 48 jam.

“Selepas 10 hingga 12 jam dalam bilik pembedahan, ia terpaksa dihentikan buat seketika dan akan bersambung semula selepas 48 jam,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu.

Terdahulu, pengurus Remy memaklumkan ibunya, Basrah Md Deris, 64, sedang kritikal selepas dibawa ke hospital berkenaan untuk menjalani pembedahan.

Remy dan adik-beradik tetap ikhtiar bagi melihat ibu tersayang kembali sihat.

Basrah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Melaka sejak dua hari lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan jantung.

Dalam pada itu, Remy berkata, sebagai seorang Muslim, dia percaya kepada qada dan qadar dan sebagai anak dia melakukan semua ikhtiar bagi melihat ibunya kembali sihat.

Kata Remy, masih banyak kebaikan dan kebahagiaan yang belum dia dan adik-beradiknya lakukan untuk ibu mereka.

“Sebagai seorang Muslim, saya percaya pada qada dan qadar. Saya percaya pada hari akhirat, saya percaya syurga dan neraka Allah.

“Namun apa yang saya dan adik-beradik lakukan sekarang adalah ikhtiar.

Masih banyak kebaikan dan kebahagiaan yang belum kami lakukan untuk ibu kami.

“Mohon jasa baik dari kalian semua mendoakan untuk saya dan adik-beradik supaya kami boleh bersama-sama semula dengan ibu kami,” katanya.

Isteri Remy, Ezra turut memaklumkan pihak keluarga ada membuat solat hajat buat ibu mentuanya.

Khamis lalu, Remy memberitahu ibunya berada dalam keadaan kritikal dan masih dirawat di Hospital Besar Melaka. Untuk rekod, pada 2018, ibunya dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung bengkak.

kredit: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button