Johan, Adi Putra akhirnya ke Jakarta. Adi Putra beritahu pihak mana yg jempuat mereka

Kuala Lumpur: “Terima kasih CBI Pictures Indonesia, Yayan Ruhian dan Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional) kerana menjemput saya dan Johan As’ari ke Malam Gala Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di sini (Jakarta, Indonesia).”
Itu kata pelakon terkenal, Datuk Adi Putra mengenai kehadirannya di Jakarta, Indonesia bagi menghadiri Malam Gala Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang dijadual berlangsung malam ini.
Biarpun sebelum ini Adi, 41, yang juga pelakon utama filem itu berpendirian tidak mahu ke acara berkenaan susulan tindakan pihak penerbitan Studio Kembara yang masih bersikap ‘silent mode’.
Adi ketika dihubungi berkata, kehadirannya bersama Johan atas jemputan tiga pihak terbabit.
“Alhamdulillah, rezeki Allah itu luas. Kami baru saja tiba di sini. Sudah tentu bukan daripada mereka (pihak penerbitan),” katanya ringkas.
Menerusi hantaran video dimuat naik di Instagtam, Adi berharap filem yang bakal ditayangkan di negara itu bermula 31 Ogos ini diterima baik penonton di sana.
“Semoga dipermudahkan kepada seluruh warga Indonesia, memberikan sambutan baik dan menerima dengan terbuka filem ini. Allah Maha Kaya. Kebangkitan pahlawan, kebangkitan pejuang, kebangkitan kebenaran dan taat pada yang satu,” katanya.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan Adi masih berpegang prinsip untuk tidak ke Jakarta melainkan ada pihak pengedaran dan pihak penganjur dari Indonesia yang menjemput dirinya.
Dalam masa sama, Adi akui masih terkilan dengan sikap pihak penerbitan yang disifatkan gagal berkomunikasi dengan baik.

Tak tahulah saya’ – Syamsul Yusof
Serdang: Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof enggan mengulas isu berbangkit membabitkan Datuk Adi Putra yang enggan ke Indonesia untuk promosi filem terbabit kerana berkecil hati dengan Studio Kembara yang masih bersikap ‘silent mode’ terhadapnya.
Syamsul keberatan untuk masuk campur dalam perkara ini dan lebih fokus mengenai keterujaannya untuk ke negara terbabit.
“Bukan saja Adi Putra, malah saya juga terkejut apabila Johan As’ari tidak ke Indonesia sedangkan hubungannya dengan kakitangan penerbit sangat akrab. Tak tahulah saya.
“Saya tak nak bergaduh. Kenyataan saya ialah saya pergi Indonesia kerana demi abang Yayan Ruhian. Sebabnya saya amat menghargai kesungguhannya terhadap filem ini.
“Tengoklah berapa kali dia datang Kuala Lumpur demi Mat Kilau. Dia sendiri yang mesej saya beritahu Indonesia menanti saya. Tolong datang,” katanya ditemui selepas menjayakan Wacana Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) Dari Buku Ke Layar di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, di sini.
Turut terbabit sebagai panel wacana ini ialah pengarah Rashid Sibir dan Prof Dr Hatta Azad Khan, manakala Letfee Ahmad sebagai moderator.
Menurutnya pemergiannya semata-mata kerana Yayan dan peminat di sana.
“Saya akan ke sana esok manakala pratonton pada lusa. Saya akan pulang ke Malaysia semula pada Sabtu,” katanya.
Ditanya tidakkah terasa janggal promosi filem tanpa pelakon utama, Syamsul membayangkan akan berlaku kejutan nanti.
Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang akan ditayangkan di Indonesia pada 31 Ogos mencipta sejarah kerana ditayangkan di 200 pawagam di negara terbabit.
“Bukan mudah sebenarnya nak masuk ke sana. Saya nak guna kesempatan ini dengan berjumpa pengarah dan penerbit di sana.
“Mereka pun pelik macam mana Mat Kilau boleh meledak sebegini hebat di Malaysia,” katanya.
kredit:hmetero
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: