Penampilan Fizo Omar di Taman Tema jadi buah mul0t orang ramai, rupanya ini yang mereka perasan

PETALING JAYA – “Sedih pula rasa. Fizo dah pergi haji kenapa masih berseluar pendek?”
Demikian antara teguran yang ditinggalkan netizen terhadap pelakon terkenal Fizo Omar apabila berkongsi foto percutiannya bersama keluarga di Taman Tema Legoland Malaysia Resort.
Menerusi beberapa keping foto yang dikongsikan pelakon berusia 36 itu, Fizo dilihat bercuti bersama isterinya, Fazeera Nazri Aziz serta anaknya Maryam.
“Beginilah kalau sudah jadi ibu bapa. Cari lokasi untuk anak-anak dan kami memilih LegolandMalaysia Resort.
“Asalkan anak-anak mendapat keseronokan maksimum. Ibu bapa pun boleh buat reunion (perjumpaan semula),” tulisnya dalam Instagram.
Namun apa yang menjadi perhatian netizen apabila pelakon itu dilihat memakai seluar terlalu pendek sehingga ke paras paha.
Segelintir komen yang ditinggalkan peminatnya meluahkan rasa kesal apabila Fizo atau nama Wan Hafizol Wan Omar mempamerkan auratnya untuk tatapan orang ramai.

“Tolong tutup aurat. Malu dengan anak-anak,” ujar seorang netizen.
“Aurat lelaki kena melepasi lutut. Harap maklum. Isteri masing-masing pandai-pandailah tegur. Nanti asyik suruh doakan yang baik-baik kalau diri sendiri tak nak berubah,” kata seorang lagi netizen.
Dalam percutian itu, Fizo juga berkesempatan bertemu dengan pasangan selebriti Fasha Sandha dan juga suaminya, Aidil Aziz apabila terserempak dengan mereka yang menghabiskan waltu bersama keluarga di tempat yang sama.
Sebagai info, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu pernah menunaikan ibadah haji pada tahun 2019. Dalam satu perkongsiannya sebelum ini, Fizo pernah mengajak golongan muda untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada usia muda ketika masih sihat dan bertenaga.
Pengalaman haji menginsafkan Fizo Omar
PELAKON, Fizo Omar, 34, menyeru umat Islam untuk menunaikan fardhu haji dan merasai sendiri pengalaman seperti mana yang dilaluinya.
Menurut Fizo lagi, ibadah rukun kelima tersebut mencerminkan diri sendiri ketika menjalankan kewajipan rukun haji.
“Wahai sahabat sekalian, pasanglah niat untuk ke sini dan rasai lah apa yang aku dah lalui.
“Kalau dah mampu tak perlu ditangguh lagi kerana ia bukan sahaja menjalankan rukun, tapi kepada aku pengalaman sebuah perjalanan mengenali diri sendiri dan mengenal kebesaran Sang Pencipta,” coret Fizo di Instagramnya sewaktu bermalam di Muzdalifah, Makkah.
Fizo turut mengakui pengalaman yang diperolehnya memberikan keinsafan dan berharap semoga pada masa mendatang dijemput menjadi tetamu ALLAH sekali lagi.
“Bak kata ulama, suasana ini diibaratkan seakan-akan padang Masyar nanti. Beginilah keadaan kita semua menanti saat dipanggil dan dihitung amalan duniawi kita.
“Siapa pun kau tetap sama sahaja. Bayangkan jutaan manusia bermuhasabah diri di Mudzalifah dengan penuh harapan keampuanan dari ALLAH.
“Pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia berkumpul dengan niat Lillahitaala tanpa mengira pangkat, darjat dan keturunan. Kita sama sahaja di mata ALLAH, hanya amalan kita sahaja membezakan kita semua,” akhirinya.
KOSMO! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: