“Kak Elizad, Kesian… takde anak.. “Siti Elizad diperli tiada anak oleh pendengar? Sekali Ini respon Elizad und4ng seb4k.

Memiliki zuriat sendiri merupakan impian setiap pasangan suami isteri di dunia ini.
Sentiasa memohon agar impiannya dimakbulkan Tuhan, pelakon terkenal, Siti Elizad Sharifuddin tidak pernah berhenti daripada terus berdoa untuk memiliki cahaya mata sendiri satu hari nanti.
Dia yang juga penyampai radio Sinar FM itu hari ini sekali lagi mengundang sebak ramai apabila menitipkan ucapan ulang tahun perkahwinan kelapan buat suami tercinta, Shamsul Baharin Rahman.
Baru-baru ini, tular satu video di aplikasi TikTok berhubung seorang pemanggil radio wanita yang didakwa telah memerli pelakon berusia 38 tahun itu mengenai soal cahaya mata.

Pengguna akaun TikTok, @eikazahalia berkongsi video itu daripada rakaman papan pemuka (dashcam) kereta miliknya yang mendengarkan perbualan individu tersebut bersama ElizadMenerusi rakaman berdurasi seminit itu, kedengaran pemanggil berkenaan meluahkan rasa rindu terhadap Elizad sebelum secara tiba-tiba berbual tentang cahaya mata.
“Nak ambil gambar (dengan Elizad).. Kak Elizad, kesian.. takpe ramai orang takde anak,” katanya dengan nada seolah-olah berbunyi sindiran.
Tidak cepat melatah, pelakon drama Hati Yang Dikhianati hanya mengiyakan sebelum memberi laluan kepada pemanggil terbabit untuk meninggalkan ucapan dipercayai ketika segmen petang Duo SINAR.
Menurut netizen, pemanggil tidak perlu menyentuh hal anak kerana topik hari itu langsung tiada kaitan dengan zuriat.
Berikutan itu, rata-rata netizen mendakwa pemanggil bernama Shima itu sengaja menyentuh soal zuriat sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.
Meninjau di ruangan komen, ramai turut tidak berpuas hati dengan menyifattkan pemanggil tersebut tidak sensitif selain meminta dia memohon maaf kepada Elizad.
Terdahulu, Elizad mengumumkan dirinya berundur dari segmen petang yang dikendalikan bersama Hefny Sahad bagi menjayakan Pagi Di Sinar bersama Jep, Rahim dan Angah.
Terdahulu, Elizad mengumumkan dirinya berundur dari segmen petang yang dikendalikan bersama Hefny Sahad bagi menjayakan Pagi Di Sinar bersama Jep, Rahim dan Angah.
Untuk rekod, Elizad pernah disahkan hamil sekitar Oktober 2020 namun mengalami kegugurqn beberapa minggu selepas itu.
Lapan tahun tanpa zuriat – Siti Elizad pasrah
Memiliki zuriat sendiri merupakan impian setiap pasangan suami isteri di dunia ini.
Sentiasa memohon agar impiannya dimakbulkan Tuhan, pelakon terkenal, Siti Elizad Sharifuddin tidak pernah berhenti daripada terus berdoa untuk memiliki cahaya mata sendiri satu hari nanti.
Dia yang juga penyampai radio Sinar FM itu hari ini sekali lagi mengundang sebak ramai apabila menitipkan ucapan ulang tahun perkahwinan kelapan buat suami tercinta, Shamsul Baharin Rahman.
“Selamat ulang tahun perkahwinan kelapan sayangku. Saya tiada ucapan panjang untuk awak sebab setiap kali ulang tahun perkahwinan pasti saya akan cakap ‘insya-Allah tahun depan pasti kita bertiga.’
“Rasa-rasanya sudah boleh tukar dialog itu, sudah lapan tahun menanti,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram.
Tidak pernah menyalahkan takdir, pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu percaya Allah SWT telah menyusun aturan hidupnya dengan baik.
“Percaturan Allah itu lebih baik. Reda dan pasrah. “Selamat hari ulang tahun perkahwinan, berbulan madu selama-lamanya. Hanya kita berdua, doakan kami ya semua,” katanya lagi.
Sebelum ini, pemilik nama penuh Siti Elizad Mohd Sharifuddin itu pernah meluahkan rasa kecewa dalam media sosial apabila terdapat segelintir netizen yang menuduhnya sebagai wanita mandul kerana masih belum dikurniakan zuriat.
Untuk rekod, Elizad pernah disahkan hamil sekitar Oktober 2020 namun mengalami kegugurqn beberapa minggu selepas itu.
Terdahulu, dia juga pernah berkongsi momen menjalani proses rawatan kesuburan In-vitro fertilisation (IVF) pada sejak Oktober 2020 untuk mendapatkan cahaya mata. Untuk rekod, Elizad dan Shamsul mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015.
Sumber:gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: